Anchor Food Professionals,

Resipi Istimewa Dari Chef Florence Tan Menggunakan Mentega Anchor Dalam Tin

Rabu, Februari 19, 2020 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Anchor Food Professionals bahagian perkhidmatan makanan Fonterra bersama chef selebriti Malaysia Florence Tan, hari ini memperkenalkan tiga resipi yang direka khas untuk para peminat pembuat kek dan masakan dengan menggunakan mentega Anchor dalam tin yang diperbuat daripada 100% tenusu asli dari New Zealand.

Chef Florence Tan yang mengetuai demonstrasi masakan ini menyediakan tiga resipi unik iaitu kek coklat supermoist bersadur coklat, tat labu berkeju dan biskut emping jagung emas bermadu dengan badam yang mempunyai aroma yang hebat dan rasa unggul mentega Anchor dalam tin. Mentega ini diperbuat oleh pakar tenusu dari New Zealand sejak beberapa generasi yang menghasilkan antara susu yang paling berkualiti di dunia.
Supermoist Chocolate Cake with Chocolate Glace

Mentega Anchor dalam tin diperbuat daripada krim segar bermutu tinggi yang diperolehi daripada 100% tenusu asli New Zealand yang kaya dengan aroma yang terpelihara serta kekal di dalam tin bagi memberikan kelazatan dan rasa yang unggul. Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan manis dan juga berempah termasuklah kek lapis, biskut, kek paun hinggalah nasi kurma dan ayam kurma. Wakil media dan influencer media sosial turut menyertai sesi demonstrasi masakan bersama Chef Florence menggunakan mentega Anchor dalam tin. 
Pumpkin Cheesy Tart

Anchor Food Professionals sejak sekian lama telah menghasilkan produk tenusu dari New Zealand daripada ternakan lembu yang diberikan rumput semula jadi. Ia kemudian dibekalkan kepada restoran, kafe dan pembuat kek dan roti bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan rasa makanan yang lazat.
Honey Gold Cornflakes with Almonds

Anchor Food Professionals amat berbangga dapat berkongsi produk tenusu berkualiti tinggi ini dengan seluruh warga Malaysia.  Produk tenusu terbaik ini adalah hasil daripada faktor cuaca di New Zealand yang sederhana di mana ternakan lembu diberikan rumput sepanjang tahun serta usaha gigih dan ketekunan dari 10,000 peladang pemegang saham Fonterra yang memiliki kepakaran dan pengalaman perladangan sejak beberapa generasi bagi menghasilkan produk yang selamat dan berkhasiat.

Setiap tin mentega Anchor mengandungi 454g mentega asli dari New Zealand, dan boleh didapati di Tesco dan kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek di seluruh Malaysia. Pilihlah mentega yang bermutu tinggi untuk masakan dan membuat kek dan roti untuk hasil yang lazat hari ini!

Info lanjut tentang mentega Anchor dalam tin serta resipi dari Chef Florence layari : 










0 Pandangan: