Buffet Ramadhan,

Aktiviti Yang Menyeronokkan Dan Makanan Enak Di Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands

Isnin, Mac 30, 2020 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari ni tak habis lagi Maha nak cerita pasal percutian geng havoc kami kat Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands. Kali ni Maha nak share beberapa aktiviti yang kami semua buat bersama-sama sepanjang STAYCATIONISTABEAUTE tiga hari dua malam. 

Bukan sahaja dapat tidur hotel yang mewah malah dapat makan dan juga ilmu berguna terutama yang ada penyakit macam Maha ni. Nak tahu sakit apa korang kena baca habis kat post ni Maha share segala ilmu yang dapat. Selain tu juga makan-makan yang menarik ditawarkan oleh hotel ini. Pada yang terlapas posting lepas tentang suasana hotel yang sangat mengkagumkan ini boleh jengah kat posting Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands ini ok.

Malan Warisan Budaya


Malam hari kedua kami kat hotel dipenuhi dengan aktiviti iaitu food review dengan bertemakan Malam Warisan Budaya. Pada malam itu kami dikehendaki memakai pakaian mengikut tema iaitu pakaian tradisional. Yer lah sebab malam tu kami kena review untuk Ramadan sekali. Maha buat pertama kali sewa pakaian mengikut tema yang dianjutkan. Pakaian kali ini direkemen oleh rakan blogger yang selalu menang best dress kalau mana-mana pertandingan tak pernah mengecewakan. 




Siapa lagi kalau bukan blogger cantik Rawlins Una. Terima kasih babe sebab carikan baju tema Sultan ni. Memang sangat padan dan sesuai dengan saiz Maha yang comel ni. Kalau korang ada mana-mana nak cari baju untuk sesuatu tema boleh contact Rawlins ni dia ada banyak kawan. Alhamdulillah sebab baju tu juga kami bertiga dinobatkan sebagai pakaian mengikut tema dan dipilih oleh juri. Seronok dapat pakej penginapan lagi kat sini tunggu akan datang lagi sana hehehe.

Bufet Buka Puasa Sajian Warisan Budaya 


Macam yang Maha bagi tahu tadi kenapa kami berpakaian Melayu lama ni kerana pada malam tu juga kami buat review untuk pakej bufet Ramadan di hotel ini. Korang jangan sangka yang hotel mewah macam ni tak ada promo buka puasa dengan makanan tradisional. Harga pula sangat berpatutan dan korang boleh dapat pelbagai jenis makanan tradisi Pahang.





Korang boleh nikmati buka puasa di sini dengan makanan seperti Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Panggang dan Ayam Panggang, juga ada Rendang Ayam bersama dengan Lemang dan Ketupat Palas. Kalau buka puasa mesti kena ada kuih-muih tradisional dan juga pelbagai lauk pauk lain lebih kurang 30 jenis semuanya. Hari tu hanya beberapa menu utama yang dihidangkan bagi merasaikan bagaimana kesedapan makanan kat sini.








Kalau nak cuba bufet buka puasa mereka ini boleh datang ke hotel ni ditingkat lima Restoran The Garden Terrace. Tapi promo ini hanya akan bermula dari 29 April 2020 hingga 21 Mei 2020, waktunya pula dari pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam. Korang boleh dapat harga istimewa ‘Early Bird’ RM55.00nett sahaja untuk seorang dewasa sehingga bulan April 2020 ini. Manakala kalau harga biasa korang walk-in masa bulan puasa di sini hanganya pula RM78.00nett untuk seorang dewasa dan RM34.00nett untuk kanak-kanak. Mana tahu masa turun Genting Highlands nak singgah sinikan. 




Sebarang tempahan buka puasa kat Swiss Garden Hotel & Residence Genting Highlands boleh hubungi :
Whatsapp : 016 - 670 0743 (Ravi) 
                   017 - 542 8790 (Firdaus) 
Email : ravindra.chantira@shrgh.swissgarden.com 
             fnb@shrgh.swissgarden.com 


Berzumba Di Pagi Hari


Setelah malam tu kami makan dengan kenyang dan puasa macam-macam makanan pagi esoknya iaitu hari ketiga kami kat sana dipenuhi dengan aktiviti yang menyihatkan. Mana tak pagi-pagi lagi selepas sarapan pagi kami melakukan aktiviti berzumba. Secara jujur memang Maha tak pernah menyertai zumba sebelum ini kat rumah atau kat mana-mana ini pertama kali. Susah juga nak ikut step yang dibuat oleh jurulatih.



Zumba kami pagi tu di ketuai oleh seorang pakar Dr. Lashela Dharmadass. Orang nampak muda dan cantik jer sebab selalu amalkan zumba dan pemakanan sihat maklumlah doktor. Beliau adalah seorang Dr pakar dari TOSCANA Medi Clinic yang menaja program kami sepanjang bercuti di sini. Sejam jugalah kami habiskan masa dengan zumba ni habis keluar semua peluh jantan. Memang rasa sihat sehari tu dapat bersenamkan.

Perkongsian Kesihatan Dan Kecantikan


Selepas sahaja aktiviti dengan zumba pagi tu kami masuk bilik mandi-mandi dan siap-siap untuk satu sesi ilmiah sebelum beraakhir program kami. Sesi Health Beauty Talk bertajuk 'Snoring and Anti-Aging' dari TOSCANA Medi Clinic. Ye lah dah seronok-seronok kena juga dapat ilmu berguna dan di sinilah Maha baru tahu tentang penyakit yang Maha hadapi. Kalau korang nak tahu Maha ada masalah dengkur yang serius juga.



Penerangan daripada doktor yang mengajar zumba tadi baru tahu yang sebenarnya penyakit untuk dengkur ini boleh dirawat tanpa sebarang ubat dan ia mampu bertahan lama. Maha cerita sikit pasal klinik ini kalau korang nak tahu. TOSCANA Medi Clinic merupakan klinik kesihatan kulit, pusat estetik dan kesihatan. Matlamat utama klinik ini adalah untuk untuk menawarkan rawatan individu premium pada kadar harga yang berpatutan. Toscana menawarkan sesuatu untuk setiap orang dan keperluan antara kesihatan kulit, body contouring, facelift, rejuvenation therapies, anti penuaan, rawatan stemcell, pengurusan berat badan dan banyak lagi. Salah satu daripada 10 klinik estetik terbaik di Malaysia. 


Salah satu juga rawatan mereka adalah untuk golongan yang ada masalah berdengkur terutama orang lelaki. Mereka di sini menggunakan rawatan teknologi laser FOTONA Nightlase Snoring untuk masalah dengkur ini. Rawatan ini tiada kesan sampingan dan juga perlu dilakukan tiga ke empat kali untuk memastikan kesan yang terbaik. 

Selain itu juga Dr. berkongsikan tentang masalah yang orang perempuan suka sangat kalau dengar ini iaitu masalah penuaan. Kadang-kadang kita tengok orang tu usia muda tapi muka nampak tua. Selalunya tanda-tanda penuaan ni boleh dilihat secara fizikal iaitu di sekeliling mata, bahagian pipi mulai jatuh dan banyak lagi serta usia semakin meningkat semakin nampaklah tanda-tanda tuh. Bukan hanya daripada masalah genetik tapi juga ada banyak masalah lain terutama daripada tekanan. Sebab tu doktor nasihat orang yang nak nampak muda kena ceria dan tidak stress.

Kalau korang rasa nak mencuba service dari klinik ini mereka terletak di Publika Solaris Dutamas. Juga korang boleh hubungi mereka melalui laman sosial mereka:

Laman web : www.toscanamed.com
Tel : 03 6143 8866
        016 6088 846

Berakhir sudah program dan juga aktiviti kami sepanjang beberapa hari berada di sini bersama dengan orang yang giler semuanya. Daripada dalam bilik sampai kepada tempat makan dan juga semua aktiviti memang seronok. Rindu korang untuk buat trip macam ni lagi next time. Sambil bercuti kita belajar banyak perkara tentang kesihatan barulah enjoy. Jumpa korang lagi nanti next trip.









13 ulasan:

  1. Semua program menarik. Tidak terlalu padat kan. Korang ada masa nak ootd, bergambar dan enjoy staycation. hehe

    BalasPadam
  2. Masa mula nengok je korang upload gambar dan video kat sana, dah memang tau dah mesti happening kan...dan sejujurnya inilah kali pertama Sis tau Swiss Inn Genting tu...next time boleh singgah sini memginap..

    BalasPadam
  3. Wah! Tahniah terpilih dan menang ntk pakaian mengikut tema. Sgt nice. Untunglah dapat hadiah penginapan lagi di sini. Seronoknyaa.

    Dahlah buffet dia menarik yakmat! Ikan patin tempoyak tu! Pergh! Padulah kalau dapat makan. Memang bertambah. Harga pon just nice.

    Thank you sharing !

    BalasPadam
  4. wahhh bestnya, food review dan sekali ada beberapa aktiviti yang dijalankan. Menarik!

    BalasPadam
  5. Program yang menarik dan bermanfaat untuk dikongsikan bersama. Nak tanya la, mana sewa baju2 tradisional tu. Cantik sungguh

    BalasPadam
  6. program yang menarik dan sangat mengujakan kalau dengan family and friends memang lagilah menyeronokkan. cantik2 la depa pakai baju tradisional tu.

    BalasPadam
  7. heiiisedapnya tengok gambar foods..lapar dibuatnya..seronok tengok insta storry korang holiday kt sini :D

    BalasPadam
  8. amboi amboi amboi. mcm pengantin ekk, maha :)
    ni rawlins yg menang kan - pakaian nyer tu ohsem!
    makanan? hmmmmm terbaik la kan. ni baru tgk, lom try makan lagi :) ha ha ha ha...

    BalasPadam
  9. Wahhh nampak best sungguh ya bercuti di Swiss Garden nie. Nampak menyeronokkan betul aktiviti yg Maha buat dengan kawan2 di sana. Nak pergi jugaklah nanti lepas habis kurantin

    BalasPadam
  10. Seronok aktviti siap ade zumba dan talk lagi..good la..mkanan pulak semua sedap..pakian korang memang awesome giler...nanti nak bercuti sini la

    BalasPadam
  11. Banyak program dia ye. Berbaloi sangat pergi. Terisi juga masa dengan aktiviti yang berfaedah macan ni.

    BalasPadam
  12. I found the professional short nursing bio examples really motivating. It shares a personal journey of becoming a nurse and the challenges faced along the way. It’s a beautiful reminder of why so many of us choose this profession—to make a difference in people’s lives. A great read for any aspiring nurse!

    BalasPadam