Armada Hotel,
Citarasa Kampungku Bufet Ramadan Di Utara Hotel Armada Petaling Jaya
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mesti sekarang ni korang tengah riki-riki lokasi dan pilihan utuk berbuka puasa Ramadan nanti yang tinggal lebih kurang 30 hari jer. Mungkin orang Petaling Jaya dan yang berhampirannya boleh pilih kat satu hotel yang bagi Maha tak pernah mengecewakan setiap kali bufet Ramadan mereka. Hotel yang Maha maksudkan kali ini adalah Armada Hotel Petaling Jaya yang terletak tepi lebuh raya persekutuan.
Satu restoran Halal yang ada kat hotel tesebut iaitu Utara memang menyajikan juadah berbuka makanan Melayu yang sangat menepati citarasa orang Malaysia. Bertepatan dengan tema mereka tahun ini 'Citarasa Kampungku' korang akan rasa menu berbuka mereka seperti mana berbuka di kampung sendiri. Dengar cerita ada lebih daripada 100 jenis juadah pilihan semasa bulan Ramadan nanti. Puaslah korang kalau boleh makan semuanya.
Macam biasa kalau buka puasa mesti kena ada menu pembuka selera tradisi seperti Kerabu Mangga, Kerabu Nenas, Kerabu Kaki Ayam dan Kerabu Udang. Juga ada Cincalok, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk.ditambah sedap lagi dengan pelbagai jenis Sambal klasik, yang jarang ditawarkan di mana-mana bufet Ramadan lain.
Tu baru permulaan kita pergi pula dengan pilihan menu utama yang pasti buat korang tak keruan bila melihatnya. Antara yang menjadi perhatian ramai bila buka puasa kat sini adalah Sambal Udang Petai, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Berempah, Ikan Pari Masak Asam Pedas (Kawah), Daging Masak Hitam, Paru-paru Goreng Berlada, Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Ikan Sembilang Panggang, Pucku Paku Goreng Belacan dan kegemaran sepanjang masa Siput Sedut Masak Cili Padi.
Tapi Maha paling suka bila datang sini menikmati mereka punya juadah yang menjadi lambang kesedapan kat restoran ini iaitu Laksa Thai, Bubur Lambuk dan Roti Durian. Ini memang jarang dapat kat tempat lain kalau ada pun Maha jamin tak sesedap yang pernah Maha makan kat sini. Pasti last kena cuba pencuci mulut dari pelbagai jenis Kuih Melayudan hidangan istimewa pemanis seperti Pengat Nangka dengan Sago, Ais Cendol dengan Pulut, Bubur Gandum dan Bubur Kacang Hijau. Last kena ada minuman tempatan seperti Air Bandung, Air Sirap Selaseh atau Teh Tarik.
Kalau korang buat tempahan awal sekarang sehingga 19 April 2020 nanti korang buleh dapat tawaran harga serendah RM75.00 untuk seorang dewasa. Kalau tidak harga normal untuk bufet Ramadan kat sini adalah RM90.00 seorang dewasa dan RM45.00 seorang kanak-kanak (6 hingga 12 tahun). 'Citarasa Kampungku' bufet Ramadhan ini akan bermula dari 24 April hingga 22 Mei 2020 nanti.
Juga mereka ada menyediakan menu Sahur dari 3 pagi hingga 5 pagi dengan harga RM20 seorang. So bermalam kat hotel boleh berbuka puasa dan juga bersahur sekali memang cukup lengkap.
Sebarang tempahan dan juga pertanyaan boleh hubungi :-
Tel : 03-7954 6888 ext. 4557
018 222 0824
Facebook : https://www.facebook.com/HotelArmadaPJ
0 Pandangan: