Cyberjaya,

Jom Makan Di Restoran Sana Sini Di DPULZE Shopping Centre Cyberjaya

Sabtu, Julai 11, 2020 Mahamahu 12 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Lama dah kota Maha tak buat review makan-makan kat restoran ni sejak daripada PKP hari tu lagi. Sekarang ni setalah kita berapa pada fasa PKPP lega sikit banyak restoran dan juga kedai makan dah mula beroperasi penuh dengan membenarkan pengunjung untuk makan direstoran namun tetap mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.


Maka dikesempatan dan peluang ada ini Maha cuba penuhi jemputan untuk makan di restoran yang menjadi piliha ramai orang. Salah satunya adalah Restoran Sana Sini yang terletak di aras LG DPulze Shopping Centre. Bestnya datang sini kerana ia adalah sebuah Restoran Bertema Unik sebab menggabungkan banyak unsur-unsur menarik daripada luar dan tempatan.




Restoran ni luas tak silap Maha boleh muatkan lebih kurang 100 orang tetamu dalam satu-satu masa. Sebab tu kat sini mereka ada sediakan ruangan untuk korang nak buat acara seperti harijadi, pelancaran produk, reunion atau juga perjumpaan rakan-rakan mahupun sahabat lama. Macam kami lah semua hari tu makan-makan lebih kurang ada 20 orang blogger setelah lama tak bertemu akibat duduk rumah dan sekali dapat berkumpul meriah habis ruih rendah dalam restoran ni.

Selain daripada dekorasi yang unik makanan kat sini juga sangat menarik. Korang boleh dapat macam-macam daripada makanan barat kepada makanan local dan juga makanan orang Asia. Kalau yang suka makan protien sahaja pun ada, kalau siapa nak makan nasi dan mee juga ada. Jadi kalau datang beramai-ramai satu keluarga semua orang boleh pilih menu yang berbeza. Hari tu sahaja kami dapat makan lebih kurang 20 jenis juadah yang sedap.
Nasi Ayam 7 Adik Beradik

Butter Milk Chicken Rice

Salted Egg Yolk Squid Rice

Spicy Szechuan Chicken Rice

Pineapple Seafood Fried Rice

Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop

Sweet And Sour Fish Rice

Black Pepper Beef Rice

Menu paling popular dan juga menjadi perhatian pengunjung adalah Nasi Ayam 7 Adik Beradik. Specialnya nasi ni kerana ada 7 jenis nasi pelbagai warna dan rasa disediakan dalam satu hidangan bersama dengan ayam goreng yang rangup dan sambal yang menyelerakan. Selain tu ada juga menu nasi lain yang boleh dicuba seperti Butter Chicken With Egg Floss Rice, Black Papper Beef Rice, Sweet And Sour Fish Rice, Salted Egg Yolk Squid Rice, Sambal Prawn Rice, Butter Milk Chicken Rice, Pineapple Seafood Fried Rice dan juga Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop.
Curry Laksa Noodle

King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg

Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette

Claypot Beancurd With Vegetable

Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom

Sizzling Ayam Bakar Rice

Tu untuk yang ada nasi kalau korang nak makan yang ada mee banyak pilihan dan paling Maha suka adalah Curry Laksa Noodle memang terasa mee karinya dan bahan penuh kat dalam satu mangkuk tu terbaik. Selain tu ada lain banyak seperti Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom dan King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg. Siapa suka makan panas-panas wajib cuba mereka punya sizzling atau claypot yang ada seperti Claypot Beancurd With Vegetable, Sizzling Ayam Bakar Rice dan Sizzling Ayam Bakar Rice.
Fire Flame Cajun Chicken Chop

Spaghetti Aglio Olio With Seafood

Classic Chicken Carbonara

Salted Egg Chicken Wing

Sambal Prawn Rice

Butter Chicken With Egg Floss Rice

Menu barat juga tak kurang sedapnya kat sini di antara yang ada iaitu seperti Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette, Spicy Szechuan Chicken Rice, Classic Chicken Carbonara, Spaghetti Aglio Olio With Seafood, Fire Flame Cajun Chicken Chop dan Salted Egg Chicken Wing. Banyak kan korang tengok pun berputar biji mata tak tahu mana yang nak kena cuba dulu hehehe. Semua sedap bagi Maha tapi hari tu kami makan seorang sikit dan berkongsi baru dapat rasa semua. 

Minuman kat sini juga puas hati sebab apa korang boleh tengok gelas yang digunakan juga bersaiz besar dan memang kalau orang perempuan tu tak habis mesti kongsi punya hehehe. Maha hari tu cuba mereka punya Soya Cincau meman banyak air soya dan juga cincau dalamnya. Kalau korang nak tengok air besar mana ada dalam video Youtube yang Maha upload kat bawah ni.


Meriah kan makanan dan juga minuman kat Restoran Sana Sini. Restoran ni beroperasi setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Sekarang ni mereka buat promo korang boleh dapat potongan 20% untuk makan pada waktu 3.00petang hingga 6.00petang dari hari Isnin hingga Jumaat. Pulak tu kalau korang makan kat sini juga akan boleh nikmati aiskrim, pop corn, soup dan salad secara PERCUMA. Korang nak tambah atau ambil sebanyak mana pun boleh untung tak. Bestnya kalau jadi warga Cyberjaya atau Putrajaya yang berhampiran. Banyak pilihan tempat makan. Nanti korang dah cuba kongsi pengalaman makan kat sini ok.

Maklumat lanjut tentang Restoran Sana Sini layari:






12 ulasan:

  1. aduhhh makanannya semua nampak menarik dan menyelerakan...adakah sebab maha pandai amek gambar? hahahaha! nasi ayam 7 beradik rupanya nama dia ha...

    BalasPadam
  2. Nama nasi ayam tunuh beradik tu memang unik dan menarik. Agaknya nama resyoran ni ikut kata kata PM ke Ke Sana Ke Sini hihi...

    BalasPadam
  3. nampak luas jgk restoren die kan. kalau family besar dtg makan rmai2 pun xde hal. aduhai..menu die tu mengugat iman betul..

    BalasPadam
  4. I like the food I see here, all nampak ya sedap. Nak visit Restoran Sana Sini Di DPULZE Shopping Centre Cyberjaya one day too

    BalasPadam
  5. Wah......sedap nyer nampak pumpk fried rice with chicken chop tu. Hokkaido curry chicken chop rice with omelette tu pun nampak sedap.

    BalasPadam
  6. Semua menu nampak sedap, kalau pergi situ rasanya dah tau dah Sis nak order apa hehehe..
    Nasi 7 beradik tu makan utk seorang ke sepinggan tu Maha?

    BalasPadam
  7. wah semua nampak menyelerakan ya haha ni yang terliur ni hehe

    BalasPadam
  8. Banyak tempat makan kat mall tu. Semua nampak kena dengan selera pengunjung yang berkeluarga. Bleh la pi sana. Cyberjaya je kan. Hehe

    BalasPadam
  9. Tak pernh makan dekat sini lagi.. Area cyberjaya ni.. Boleh cuba ni.. Banyak pikihan makanan ade

    BalasPadam
  10. wah, meriah betul menu kat sini, semua jenis makan ada. Nanti kalau berjalan area sana boleh lah singgah sini!

    BalasPadam
  11. bagus la kalau restoran dah beroperasi. dah penat masak kat rumah sejak PKP hahah

    BalasPadam
  12. banyaknya pilihan. kalau pergi ni mesti tak tahu nak order yang mana, sebab semuanya nampak sedap dan portion yang besar. :)

    BalasPadam