Balakong,
Ulang Lagi Beli-Belah Di Segi Fresh Sebab Barang Dapur Dah Habis
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Yes, dah masuk hujung bulan ni macam ni lah tugas sebagai seorang anak bujang trang tang tang ni. Pergi mana lagi kalau bukan beli barang keperluan dapur sebab dah habis. Kalau tidak tak berasap lah dapur kat rumah tu. Walaupun duduk bujang tapi Maha selalu masak kat rumah ok senang dan boleh masak apa yang kita suka wakakakaka.
Macam biasalah kat mana lagi tempat yang Maha nak tuju kalau bukan kat Segi Fresh ini. Sini lah selalunya setiap bulan Maha akan habiskan peruntukkan untuk perbelanjaan bulanan membeli barang dapur. Terutamanya barang basah dan juga barang segar macam ikan, daging ayam, udang, sotong, sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Maha suka pergi sini sebab apa kalau korang datang awal dalam pukul 8.00 pagi barang semua masih banyak dan juga segar-segar belaka. Pulak tu kalau nak bandingkan tempat lain barang basah dan segar mereka ini jauh berpatutan daripada tempat lain. Kali ni Maha beli barang dapur termasuk juga barang untuk masak istimewa kali ini iaitu Masak Lemak Udang Harimau.
Tengok lah harga Udang Harimau yang sebesar dua jari Maha ni memang puas hati. Pulak tu udangnya segar dan masih mantap isinya maksudnya keras lah. Pulak tu korang tengok bahagian sayur paling penting Cili Padi mereka semua motel-montel dan segar hijau kemerahan. Baru rasa ada mood nak beli barang daput. Tengok lak kat halia ni besar-besar dan juga molek-molek jer hehehe puas hati kalau shopping kat sini.
Selalunya Maha kalau beli barang dapur ini akan beli sekali bekalan buah-buahan sebab memang Maha suka makan buah. Kat sini pun ada macam-macam koleksi buah yang segar dan terbaik macam Buah Anggur, Buah Mata Kucing, Nanas, Tembikai, Pisang dan banyak lagi lah. Rasa tak puas hati kalau beli tu tak penuh satu troli memang rasa ada jer yang kurang nanti hehehehe.
Satu lagi yang bestnya Maha beli kat Segi Fresh ini kerana ia ada ruangan parking yang banyak jadi kalau datang bawa kereta tak susah-susah nak tunggu lama parking. Sekarang ni tak silap Maha dah ada lebih kurang 42 pasaraya di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan. Yer lah walaupun dalam ekonomi tak stabil dan juga dengan masalah pendamik Covid-19 ni Segi Fresh masih teguh membekalkan barang segar dan harga lebih murah kepada pengguna.
Kat Segi Fresh ni masih mengamalkan SOP yang ketat dimana kalau nak masuk kena pakai penutup mulut dan hidung dan juga buat pemeriksaan suhu serta pendaftaran secara online atau tulis nama. Lepas tu bila nak beli dan juga bayar ada penjarakan fizikal serta semua pekerja mereka pun pakai penutup mulut dan hidung. So rasa selamat lah untuk membeli kat sini.
Memang setiap bulan Maha akan beli belah kat Segi Fresh ni kerana segalanya ada. Bahagian barang runcit pun ada macam beras, sabun, makanan ringan dan macam-macam lagi lah. Bawah satu bumbung ada segalany. Maha nak balik ni nak sediakan resipi masakan yang Maha sebut tadi nanti korang tunggu video masakan yang Maha sediakan nanti ok. Selamat membeli-belah semua.
Info lanjut tentang promosi harga dan lokasi pasaraya layari:
Laman web: http://segifresh.com
Facebook: https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram: https://www.instagram.com/segifreshmarket
Memang best shopping kat Segi Fresh ni. Barang basah dia semuanya fresh belaka.
BalasPadamKenapa tak ajak I pergi sekali? Sampai hati u
BalasPadamBila ntah segi fresh ni nak ada dekat Penang... mesti best beli belah
BalasPadamMemang puas hati beli barang kt sini. Walaupun kat tempat saya ni tak besar outletnya, so far apa yg nk beli tu ada.
BalasPadamTempat shopping favourite eina!! Eina pegi area Kg Subang.. Hihi.. Bawang dia best sebab ada jual yang pack2 kecik tu n cantik2..
BalasPadamrajinnya ank bujang ni memasak..baguslah. bertuah siapa kahwin dengan Maha kan.hehe. sedap tu masak lemak cili..brg2 memang nampak fresh kat sana..bguslah.
BalasPadamMurah-murah juga ya barang-barang dekat sini
BalasPadamSeriously tengok segar bugar barang basah..tak kurang barang kering untuk makan. Semua ada ya. Nanti Sal cari area rumah. Macam takde lagi
BalasPadammemang nak fresh sangat udang dan bahan-bahan lain yang di jual kat sini. kalau dekat ni, huda pun nak shopping sini gak. baru best nak masak guna bahan fresh
BalasPadamLama tak beli barng basah dekat segi.. Fresh dan murah.. Brg bash pun dh nak hbis.. Ajak husbnd pergi sink la
BalasPadammemang best shopping dekat sini..macam2 ada dan semuanya nampak murah dan berbaloi
BalasPadamBestnye shopping barang basah kat sini. Nampak segar2 je barang basah dia
BalasPadamDah lama teringin nak singgah segi fresh ni. Dengsr kata kualiti baik , harga pon murah. Tlg buka satu rawang serendah plis. Bukit beruntung jauh 🤣
BalasPadamkita kalau shopping barang basah memang akan tuju ke segi fresh sebab segar bugar barang basah dorg. plus harganya berpatutan
BalasPadamHarga ni tak kesah sgt janji fresh. Mcm halia tu bengang je selalu dah kecut. Huhu. Kenapalah jauh sgt
BalasPadamFresh barang basah kat sini. Harga pun murah jgk. Bestnya kalau ada 1 kat kuantan.
BalasPadamSegi fresh ni memang best. Ruby kalau balik rumah mak, memang ke Segi Fresh. Senang semua barang dapur ada.
BalasPadamAM pun kalu beli brg basah, segi fresh jadi pilihan., kebanyakan produknya segar, banyak pilihan dgn harga yg berpatutan
BalasPadam