Chines Cuisine,

Promosi Ulang Tahun Pertama Di Restoran Eatz @ Hong Kong

Isnin, September 07, 2020 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha tak pernah lagi sampai ker Hong Kong dan menikmati masakan asal mereka. Tapi sekarang ni kat Malaysia dah ada restoran yang menyajikan masakan asli sana iaitu Eatz @ Hong Kong. Tak silap Maha restoran ini mula beroperasi bulan September 2019 di Lower Ground Floor, The Garden Malls, Mid Valley City

Sempena dengan ulang tahun pertama mereka sejak mula beroperasi kini restoran ini menawarkan promosi Happy Anniversary Deal dengan harga RM36.80++ untuk dua orang. Di mana dalam set promo ini pelanggan dan peminat makanan Hong Kong boleh pilih 2 item utama dalam senarai Freshly Steamed & Healthy Set. Juga dalam set ini termasuk dengan 2 pinggan nasi putih serta 2 cawan Chinese Tea. Manakala setiap orang tambahan akan dikenakan bayaran masing-masing RM17.80 ++.



Ada 12 menu utama yang boleh dipilih di sini di antaranya adalah seperti Scallion Ginger Steamed Chicken, Scallion Ginger Steamed Fish, Spicy Black Bean Steamed Chicken, Spicy Black Bean Steamed Fish, Stir Fried Black Pepper Beef, Stir Fried Black Pepper Chicken, Stir Fried Spicy Black Bean Chicken, Steamed Beef Shimeiji Mushroom, Stir Fried Mixed Vege, Curry Mixed Vege, Omelette Mixed Vege dan Dumpling Soup. 


Korang tengok semua menu utama ni memang sangat sihat dan menggunakan cara masakan orang Hong Kong. Mereka kat sana memang suka makan cara macam ni jadi adakah kita orang Malaysia suka juga. Juga promo ini ada sekali dengan hidangan sampingan lain yang perlu Add-On dengan hanya harga RM6.80++ setip satu. Di antara menu sampingan yang korang boleh pilih seperti Mini Spring Roll, Fried Wantan, Swiss Sauce Drummets, Siew Mai dan juga ada Curry Fish Ball.

Stir Fried Spicy Black Bean Chicken

Omelette Mixed Vege

Steamed Beef Shimeiji Mushroom

Dumpling Soup

Dalam banyak-banyak yang ada dalam promo ini Maha dan cuba dan suka iaitu Stir Fried Spicy Black Bean Chicken dan juga telur Omelette mereka ni sangat besar saiznya. Korang boleh rasa sikit kepedasan dalam menu ni dan juga ada rasa masam-masam masin kerana ia ada menggunakan sedikit taucu dalamnya. Kalau yang telur tu pula mengandungi pelbagai sayur dalamnya iaitu kacang panjang, lobak merah dan juga jagung. Bila makan bersama dengan nasi putih ia akan melengkapi rasa kesedapannya.

Mini Spring Roll

Swiss Sauce Drummets

French Toast

Egg Tart

Promosi istimewa korang boleh oder setiap hari daripada hari Isnin hingga Ahad dari jam 3.00 petang hingga 10.00 malam sahaja. Ia adalah untuk makan malam kalau makan tengah hari ada menu yang asala di restoran ini. Promo ini juga telah bermula dari bulan August hari tu lagi hingga bulan September ini. 



Menambah getaran sambutana bulan hari jadi Restoran Eatz @ Hong Kong korang buat pembelian mana-mana Main Course atau Set Makan Tengahari atau Set Sepanjang Hari layak untuk mendapatkan Curry Chicken Pau atau HK BBQ Pau secara Percuma. Promo sah dari 24 Ogos dari 10 pagi - 6 petang, setiap hari, termasuk juga cuti umum. Tapi ingat ia ditawarkan selagi stok masih ada jadi kalau dah habis maafkan yer tunggu promosi akan datang. Maha dah cuba korang bila lagi. Selamat menjamu selera semua.

Promosi dan juga menu menarik di sini boleh layari :




17 ulasan:

  1. tak pernah nampak lagi restoran macam ni. dah lama jugak tak ke mid valley ni. kalau zaman kolej dlu memang selalu pergi.hehe. menu2 pun nampak sedap

    BalasPadam
  2. semua nampak sedap la. saya memang suka chinese food. tapi malangnya eatz ni takde di kota bharu

    BalasPadam
  3. Terliur tengok menu Steamed Beef Shimeiji Mushroom dengan Egg Tart dia! Menu dia banyak yang healthy lah. Nak tryyyy!!!

    BalasPadam
  4. Semua nampak sedap-sedap... tak pernah try lagi even selalu juga lalu lalang depan kedai ni.. lepas ni nak singgah memburu... heee

    BalasPadam
  5. Teekejut baca tajuk ingatkan Maha pergi Hong Kong hahahaha. Dumpling soup dia tu aaaa tempting sgt!

    BalasPadam
  6. Apoo.. gi.makan x ajak aku. Rindu pada makanan sedap2 huhuhh

    BalasPadam
  7. Wah.. banyak pilihan.. harga pun nampak menarik.. puas hati dpt makan

    BalasPadam
  8. Dah setahun dah Eatz Hong Kong. Nak pergi lah nanti. Makanan di sana sedap dan restoran dia cantik. Hehe

    BalasPadam
  9. So fast 1 year already. Happy Anniversary to Eatz @ Hong Kong. Time to go back for more food hehe

    BalasPadam
  10. semua nampak menyelerakan la haha dah la lapar ni. thanks ya share. nanti boleh cuba.

    BalasPadam
  11. Menyelerakan sungguh omelatte tu, makan dengan nasi panas mesti sedap tu kann.. boleh cuba ni kalau ke sana... sila bawa Sis ya Maha..

    BalasPadam
  12. Wahh, susah betul nak cari kedai macam ni yang halal. Boleh la pergi ramai2 dengan housemate lepas ni. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  13. Memamg sedap makann dekat sini. Nad per h dtg makan dekat sini.. Pastu lama juga tak p.. Tengok Maha makan terliur pulak.

    BalasPadam
  14. Scroll blog maha pagi-pagi ni jadi lapar pulak. Tak jadi masak hari ni. Nak pi cuba menu kat sinilah. Nampak semua sedap-sedap. Nak ajak husband siap-siap.

    BalasPadam
  15. Aduh berkriuk kriuk perut tengok menu2 tu semua. Nampak sedap sangat. Nak cuba lah nanti. Harga pun reasonbale sgt.

    BalasPadam
  16. Selalu nampak org share makan dekat eatz nie. Teringin nak cuba tapi x tercuba-cuba. Nanti bolehlah try makan kt sini. Awak temankan boleh ? 🤪

    BalasPadam
  17. wah sedap pulak tengok gambar makanan dia..pernah dengar restoran ni tapi tak pernah makan kat sini. Nanti kalau ke mid valley boleh la singgah

    BalasPadam