Sebenarnya Vietnamese Spring Roll Dimakan Bersama Sos Kacang - Rasa Viet
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Sejak hari viral makanan Vietnamese Spring Roll ramai orang kita cuba buat menu ni dengan pelbagai bahan dan cara. Tapi tahukan korang sebenarnya makanan ini bukan di makan dengan sos pedas seperti mana yang kita kat Malaysia makan. Kalau ikutkan orang Vietnam makan Spring Roll ni dengan mencicah bersama dengan sos kacang. Maha baru tahu semua ini setelah pergi makan sendiri makanan Vietnam di sebuah restoran terletak di Bangsar Kuala Lumpur.
Kalau tidak selalu orang Malaysia akan makan Spring Roll tu dengan sos cili yang masam-masam pedas tapi kat sana sangat berbeza. Maha hari tu pergi nikmati sendiri makanan yang menjadi signature negara terbut di Restoran Rasa Viet. Dulu restoran ni dikenali sebagai nama 'Xin Chao Vietnam' atau maksudnya Hello Vietnam.
Kalau korang berada di tengah-tengah Bangsar South boleh cari restoran ni yang terletak di bagunan The Sphere. Depan pintu masuk restoran ni pun korang dah berasa berada di sebuah perkampungan di pedalaman Vietnam kerana ia mengetengahkan reka bentuk pintu dan juga warna yang sinonim dengan negara tersebut. Lepas tu ada pula sebuah basikal lama yang sangat sesuai untuk korang bergambar di sini.
Restoran ni terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam yang berhawa dingin atau juga bahagian terbuka yang lebih kepada angin semulajadi. Tak panas kalau berada kat luar ni tapi sesuai bagi mereka yang suka dengan cuaca di Malaysia. Sini banyak sudut untuk Instagramer atau mereka yang suka OOTD bergambar cantik dan juga penuh gaya. Setiap sudut boleh dimanfaatkan sangat bestlah.
Maha cerita pula makanan yang Maha telah cuba semasa datang makan kat sini hari tu. Pastinya kita akan dihidangkan dengan makanan pembuka selera dimana korang boleh pilih nak cuba Fried Roll atau juga yang Maha sebut tadi Vietnamese Spring Roll yang dimakan bersama dengan sos kacang. Kalau yang goreng tu memang makan dengan sos pedas. Spring Roll mereka ni memang sangat padat dan juga bungkusan yang ketat di mana inti dalamnya mengandungi Udang, Ayam, sayur-sayuran dan juga bihun.
Vietnamese Spring Roll |
Fried Roll |
Korang kena cuba juga mereka punya salad atau kita panggil kerabu mangga yang ni disediakan dengan keropok udang. Cara nak makan Mango Salad Prawn ni korang kena isikan bahan-bahan kerabu tu atas keropok udang dan makan sedikit demi sedikit sehingga habis memang terasa segalanya. Korang boleh rasa kesegaran manga dan salad yang digunakan dan juga kerangupan pada keropok udang tu terbaik lah.
Mango Salad Prawn |
Kesedapan hari tu diteruskan lagi dengan makan pula mereka punya Sizzling Pancake. Lebih kurang juga ia menggunakan Rice Paper Roll untuk menggulungnya dan didalamnya ada macam-macam seperti sayur-sayuran dan juga pancake yang di goreng garing. Inti dalamnya tu ada daging ayam dan juga udang. Memang makanan Vietnam ni kaya dengan sayur-sayuran yang segar dan juga menyihatkan lah.
Sizzling Pancake |
Tak habis kat situ lagi Maha order lagi menu lain yang menjadi juadah utama kat restoran ini iaitu Rice Noodle Soup. Ini memang korang wajib kena cuba tak sah kalau datang restoran ni tak cuba sup dan mee mereka ni. Kat sini mereka masak sup ini ikut cara tradisi dengan merebus bahan utama selama lebih kurang 10 jam baru sup tu siap dan rasa keasliannya.
Rice Noodle Soup With Smoke Duck Pho |
Rice Noodle Soup with Beef Pho |
Rice Noodle Soup With Prawn Pho |
Sup mee beras ni di sediakan dengan pelbagai pilihan bahan utama iaitu Steam Chicken Pho, Smoke Duck Pho, Prawn Pho atau juga Beef Pho atau Meatballs Pho. Korang boleh pilih mana yang nak dicampur untuk membangkitkan rasa enak dalam hidangan ini. Cara nak makan pun unik dan menarik sepertimana yang diajar oleh mereka nak makan sup ni kena gaul perlahan di permukaan sup dan hurup satu sudu. Lepas tu baru masukkan bahan seperti sayur yang disediakan. Nak tambah uhpmmm lagi mereka sediakan sos atau sambal yang ni korang boleh cicah sikit-sikit itu cara mereka menikmati hidangan sup ini sebenarnya.
Traditional Caramel Pudding |
Maha pun baru belajar cara orang Vietnam makan mee, kalau kita campur semua sambal dan gaul sekali sehingga sekata. Menariknya makanan di sini tiada menggunakan MSG dan juga mengekalkan cara masakan tradisional dari negara Vietnam. Kalau korang tanya tentang Halal kat sini ia menggunakan pembekal bahan makanan yang dijamin halal. Jadi ia adalah restoran mesra muslim dan korang boleh tengok sendiri di laman web Rasa Viet di sini.
Drip Coffee With Milk |
Satu lagi bila orang datang melancong ke Vietnam adalah untuk mencuba mereka punya keenakan kopi asli. Kat sini pun ada kopi sama seperti di sana iaitu Drip Coffee With Milk. Dimana minuman kopi panas yang disediakan akan dibiar menitis perlahan-lahan dalam cawan dan setalah siap ia akan dikacau bersama dengan susu dan dituang dalam gelas berisi ais untuk rasa sejuk dan segar. Kalau nak minum kopi panas-panas pun boleh layan juga. Bagi Maha yang kurang minum kopi ni pun boleh terima kopi mereka sangat pekat dan berkualiti terasa segalanya. Tak cukup untuk minum secawan kena dua tiga cawan hehehehe.
Juga korang boleh order minuman segar iaitu Lemongrass Ginger dengan ais sangat segar rasanya. Betul lah patut orang Vietnam cantik dan juag usia panjang sebab mengamalkan makanan sihat dan juga berkualiti macam ni. Lepas ni kita tak perlu nak terbang jauh ke sana untuk nikmati semua makanan Vietnam kat Malaysia pun dah ada. Restoran ini buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Maha dah cuba korang kena datang sendiri dan cuba menu kat sini semuanya ok. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.
Promosi dan juga info lanjut boleh layari :
Laman web : https://www.rasaviet.com/
Facebook : https://www.facebook.com/RasaViet
Instagram : https://www.instagram.com/rasa.viet
Email : hello@rasaviet.com
Kenapa u tak ajak I kalau makan sedap2 nie? Lain kali jangan lupa diriku ye
BalasPadamAwass yer aku terjebak makan sini pun selepas tengok kau pergi makan sini sedap-sedap aku pun terikut juga lah hehehehe.
PadamHeyy bawaklah akak pi makan spring roll tu. Rindu makanan vietnam! Kopi dan popiah transparent tu my favourite.
BalasPadamLama dah teringin nak pegi makan dekat rasa viet ni, tapi belum ada kesempatan lagi.... springroll dia nampak tersangat lah menyelerakan
BalasPadamsos kacang makan dengan apapun sedap, menu dia menggoda untuk pergi ke sana..hehe
BalasPadamNak sangat try vietnam roll yang ori and yang goreng tu 😋
BalasPadamSurely all the food there looks good. I should visit this place too. :D
BalasPadamOh yummy!!!!!! I love eating Vietnamese spring roll. Thank you for sharing your about this restaurant.
BalasPadamOh my oh my.... Favorite husband kita vietnam food ni. Nanti nak ajak dia datang sini
BalasPadamLast pergi makan kat restoran Vietnam masa kerja kat PJ dulu... laa ni dah 5 tahun tak pi dah... baru ni my Kaisah ada ajak buat Viatnamese Spring Roll ni... dah terbaca kat Mahamahu ni, memang kena buat la nampak gayanya... sedapppppp...
BalasPadamCantiknyaaa kedai makan dia... Memang Maha saje nak pakai baju Melayu ek..
BalasPadamJujurnya kan, tak pernah lagi makan spring roll ni tau.. nanti nak jugalah try..tapi mana plak nk csri yang sos kacang ek...
thanks sharing restoren ni. unik sangat, boleh makan menu vietnam yang sedap2 di Malaysia jer
BalasPadamSedapnya la kopi tu kan. Yang paling penting, makanan dia semuanya lazat dan authentic Vietnam! Nanti ajak I lagi ye
BalasPadamsedap ke sos kacang mcam pelik jer..tapi makanan kat sini semuanya nampak sedap
BalasPadamSelama ni dok tengok orang jual dengan sos berlada macam sos Thai tu rupanya makan dengan sos kacang. Kena try version asli Vietnam ni
BalasPadamGambar makanan buat jadi terliur. Haha. Yes, Vietnamese roll makan kuah kacang tapi saya tetap suka dgn sos cili thai.
BalasPadam