Dapur,

Makanan Eksotik Mentarang Sedap Dimasak Sambal

Selasa, November 03, 2020 Mahamahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha dah mencuba makanan yang dikategorikan sebagai eksotik ini iaitu Mentarang. Ini kerana ia sukar untuk di dapati hanya berada di beberapa persisir pantai yang berselut seperti Kuala Selangor dan juga Perlis. Sebab tu ia jarang nampak dijual di pasar sebarangan kalau ada jumpa pun kat dua negeri ini sahaja.



Maha pun kebetulan hari tu ada mesyuarat di sekitar Kuala Selangor dengan pelanggan jadi kebetulan dah sampai situ memang nampak ada orang jual di tepi-tepi jalan. Hari tu masa Maha beli harga Siput Mentarang ini mencecah RM25 sekilo tapi puas hati banyak juga boleh dapat dengan sekilo tu. Sempat juga bertanya pada penjual mentarang tu macam mana nak simpan dan juga nak cuci siput ini. Menurut kata mereka yang pakar di situ siput ini sensetif dengan air tawar kalau nak basuh kena basuh sebelum beberapa minit nak masak.



Siput ini mampu untuk bertahan lama juga sehingga seminggu kalau disimpan dalam peti sejuk beku. Bila nak masak keluarkan dan juga cuci dengan air sehingga bersih daripada bau dan bendasing yang ada. Kalau korang nak masak terus dengan cengkerang pun boleh atau nak keluarkan isi Mentarang ni dan masak begitu pun boleh juga. Maha hari tu Masak Sambal dengan cengkerang dan pastikan masak dengan perlahan kerana kulit cengkerang siput ini sangat nipis dan mudah pecah.



Nak cuba tak resipi yang Maha buat hari tu Siput Mentarang Goreng Sambal sangat mudah. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan.

Bahan Utama
1/2 kilo Siput Mentarang
3 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1 inchi Halia
10 biji Cili Kering
1 sudu kecil Sebuk Lada Hitam
1 sudu kecil Sos Tiram
Sedikit Minyak Masak
Garam dan Gula secukup rasa



Cara Memask:
1) Basuh siput Mentarang sehingga bersih.
2) Tumbuk sehingga hancur Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia. Tumis dalam kuali dengan sedikir minyak masak. Tumis sehingga naik bau.
3) Kisar Cili Kering sehingga hancur dan apabila bahan tumis mengeluarkan bau wangi masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
4) Kemudian masukan Sos Tiram dan gaul sehingga sekata dan masak sekejap.
5) Masukkan pula siput Mentarang yang terlah dibersihkan dan gaulkan sehingga sekata. 
6) Sedapkan lagi masakan dengan sedikit Gula dan Garam.



Siap lah resipi mudah Maha ni. Tapi ingat bila dah masuk siput mentarang tu jangan kacau sangat nanti cengkerang mudah pecah. Nak tahu bagaimana Mentarang ni dah masak tengok kalau ada cengkerang yang terbuka tu makan ia telah masak secukupnya. Kalau korang nak cuba yang lain boleh juga buat mentarang Goreng Tepung atau juga panggang dengan api lagi sedap. Kat sekitar Kuala Selangor memang banyak restoran sediakan masakan mentarang ni pelbagai masakan tradisional yang enak-enak. Korang boleh tru ok. Selamat mencuba semua.










6 ulasan:

  1. Kecik-kecik dulu selalu masuk lumpur di pantai Jeram cari mentarang ni. Balik rumah, rebus, cecah dengan air asam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap cicah air asam hehehe kita nampak org sana buat bakat sedap juga kannnn...

      Padam
  2. kat Johor macam tak pernah jumpa.. nak kena pergi selangor la baru jumpa agaknya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang saya tahu kat Kuala Sel dan Perlis jer ada boleh dtg sini makan puas2 hehehe

      Padam
  3. Sedapnyaaa. Lama xmakan kerang2 ni. Baru sebulan habis pantang 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lepas pantang jadi terus pantang tengok jer wakakakaka kena cuba..

      Padam