Aik Cheong,

Aik Cheong Coffee Memperkenalkan Variasi Baharu IT’S Cup Series Dan Black Series Coffee

Isnin, Disember 28, 2020 Mahamahu 21 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Revolusi kopi semakin hari semakin bekembang dan juga makin berada pada tahapnya yang tersendiri. Bagi pecinta kopi untuk mendapatkan satu produk kopi yang bagus dan bekualiti perlu melalui proses yang ketat. Maha masih boleh terima kopi pada keadaan asal mahupun yang mengalami pembaharuan daripada proses sehingga ia menjadi sesuatu yang baharu selagi sumber biji kopi tu adalah yang terbaik dari ladang.



Sekarang ni banyak sangat jenama kopi dalam pasaran dan kita sendiri mudah keliru dengan bungkusan mereka sahaja tapi bukan pada rasa. Namu lain yang ditampilkan oleh Aik Cheong Coffee yang mempunyai konsep "Menikmati rasa kopi yang enak di rumah". Jenama kopi ini hampir semua orang kenal siapa tak kenal setelah 65 tahun berada di industri kopi Malaysia dan antarabangsa. 



Jenama Aik Cheong telah mengembangkan lagi dan memberi sentuhan baru kepada peminat kopi dengan melancarkan minuman kopi trend baru iaitu minuman segera 'Hot Cup' yang disebut "IT'S lebih daripada sekadar produk kopi biasa sejak Jun, tahun lalu (2019). Ada enam jenis kopi dalam cawan tahan panas ini istimewa untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup pantas dan semua kena cepat dan segera. 

Variasi IT'S Dari Aik Cheong Kopi




Pengenalan reka dan koleksi baru kopi cara Aik Cheong telah membawa kepada kopi dalam cawan genggaman yang mudah digunakan untuk kemudahan menikmati kopu dalam pengangkutan, juga korang dapat meningkatkan produktiviti dan mencapai prestasi yang lebih baik dengan formula yang baru diperbaiki. Didatangkan dengan enam warna cawan yang terang untuk mencerikan hari korang sambil menikmati secawan kopi. Jom Maha nak tunjukkan enam variasi kopi dalam cawan baharu dari Aik Cheong ni.


1) IT’S Flat White Extra Shot
Mulakan pagi korang dengan Flat White Extra Shot kopi ini. Dengan cawan berwarna kuning yang ceria ini membuatkan pagi korang untuk melangkah lebih semangat dan produktif. Cara penyediaan sangat mudah dengan tambahkan air panas, dan anda boleh menikmati secawan Flat White panas bila-bila masa; di mana sahaja.



2) IT’S Cappuccino Choco Topping
Masa untuk tea time dan korang boleh berehat sebentar dengan secawan Cappuccino Choco Topping dalam cawan menarik bewarna  biru. Ia juga mudah untuk disediakan dengan tambah air panas dan ia sedia untuk dinikmati selang waktu rehat seketika. 



3) IT’S Teh Tarik Gula Melaka
Kalau korang lepak minum dengan kawan-kawan apa yang korang selalu order untuk minum. Mestilah secawan Teh Tarikkan. Ia bagaikan satu nostalgik kepada suasana santai dan berborak yang lebih panjang. Kali ini Teh Tarik mereka menggunakan Gula Melaka sebagai ganti kepada gula konvensional atau susu pekat. Jadi tak salah nikmati Teh Tarik sihat ini dengan cara mudah dalam cawan menarik bewarna coklat ini.



4) IT’S Long Black Extra Shot
Penat seharian bekerja perlukan tenaga tambahan untuk terus beraksi diwaktu yang panjang. Ini masa untuk korang nikmati pula secawan kopi Lang Black Extra Shot. Dalam cawan bewarna merah terang ini seperti mana rasanya dan juga dua kali ganda tenaga yang dibekalkan kepada korang. 



5) IT’S Matcha Latte Nata De Coco
Pada yang gemar akan Matcha Latte mereke juga ada sediakan secawan Matcha Latte dalam cawan bewarna hijau yang terang ini. Ia sesuai untuk waktu korang bepesta kerana rasa Matcha yang ditambah lagi dengan Nata De Coco dalamnya buat ia seperti sesuatu yang luar jangkauan. 



6) IT’S Chocolate Marshmallow
Chocolate selalu dikaitan dengan penurunan tekanan kerana ia ada enzim dalam rasa coklat tu buat kita tenang. Sebab itu kat sini ada juga Chocolate Marshmallow yang memberi rasa kemanisan yang lebih sekata. Dalam cawan bewarna merah jambu buatkan korang lebih relax dan santi menikmati minuman coklat panas ini.


Cara Membancuh IT's Teh Tarik Gula Melaka


Black Drip Coffee




Ini juga adalah satu variasi baharu daripada Aik Cheong untuk dipersembahkan kepada pecinta kopi. Siri Black Drip Coffee terbaharu dari persembahan beraroma dan unik untuk memuaskan para peminat kopi yang setia. Kopi ini dihasilkan dari biji Arabica yang baru dipanggang, dipilih dengan teliti dan digabungkan dengan persekitaran yang kondusif untuk memastikan pengguna mendapat kopi berkualiti. Korang yang suka Black Coffee memang kena cuba ini memang power sangat rasanya. Jom kita kenali beberapa variasa Black Coffee dari Aik Cheong ni.



1) Colombia Medellin
Biji kopi Medellin berasal dari dataran tinggi yang sejuk di "City of Eternal Spring" di Colombia. Diadopsi dalam keluarga Arabica, sifat berasid yang berani, berkhasiat dan sederhana akan menyegarkan pagi korang dengan secawan kopi ini dan menambah rasa koko aromatik yang kuat. Ia adalah kopi pekat yang tiada apa tambahan rasa lain melainkan korang yang nak tambah pemanis.



2) Ethiopia Yirgacheffe 
Ethiopia Yirgacheffe yang baik dan menyegarkan dianggap sebagai pusaka berharga dari ragam Arabica. Yakinlah korang akan terpesona dengan sisi manis dan buah dari kopi ini. Korang boleh tambahkan sedikit ais untuk rasa lebih segar dan sejuk dalam kopi ini.



3) Guatemala Huehuetenago
Kopi Huehuetenago sangat mengagumkan kerana ia berada di kawasan pergunungan tertinggi lebih dari 2000m di barat Guatamela dan menjauhkan diri dari kesan gunung berapi yang tercemar memberi kelebihan untuk menghasilkan beberapa selera menarik dan sangat unik. Campuran sempurna untuk menaikkan mood, menyegarkan fikiran dan menggoda lelangit korang. Pasangkannya dengan makanan ringan kegemaran korang dan ia pasti menjadi makanan hebat



4) Nicaragua Jinotega
Kopi Nikaragua ia terkenal di komuniti Amerika Tengah. Berasal dari keluarga Arabica, ia membawa aroma manis dan butterscotch yang menjadikannya minuman yang menggembirakan bagi mereka yang mempunyai senyuman manis. 




Korang tidak perlukan kemahiran untuk membakar atau juga menjadi seorang barista bagi menyediakan kopi hitam ini. Ini kerana dalam setiap bekas atau sachet telah tersedia langkah untuk menyediakan drip minuman kopi ini. Hanya ikut langkah yang Maha sediakan dalam video ini pasti korang akan puas hati nikmati kopi dengan cara yang berbeza.

Cara Membancuh Black Drip Coffee

IT'S Granola


Aik Cheong juga mengeluarkan satu minuman sihat daripada gabungan kekacang dan juga bijirin dalam satu packet Gronola. Variasi IT'S Gronola ini juga membuatkan para minuman diet yang sentiasa amal kesihatan dalam pengambilan harian korang. Ada dua variasi IT's Gronola jom kita kenali produk baru ini.



1) IT'S Granola Berries Cup
Dalam satu sachet itu mengandungi bahan sepeti Rolled Oat, Oat Powder, Chia Seed, Honey, Sugar Sugar, Canola Oil dan juga buah berri seperti Cranberry, Blueberry, Mulberry, Goji Berries dan Yogurt Bites.



2) IT'S Granola Mix Fruits And Nuts
Dalam varian gronola ini pula mengandungi Rolled Oat, Oat Powder, Chia Seed, Honey, Sugar Sugar, Canola Oil serta buah dan kacang sampuran iaitu Cranberry, Gigitan Yogurt, Pistachio, Kacang Mete dan Biji Labu.



Granola yang dihasilkan ini korang boleh nikmati dengan cara yang mudah iaitu dengan campuran susu atau yougurt. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai snack tambahan yang tinggi dengan serat dan protein. Ia menggunakan bahan asli yang tiada perisan buatan dan juga tiada gula tambahan. Sebab itu ia menjadi makanan sihat dan sesuai untuk diet. 





Selain daripada produk baharu ini juga Aik Cheong memang terkenal dengan pelbagai produk yang mereka pernah hasilkan dari dulu sampai sekarang seperti Kopi Hitam, Kopi Putih, Teh Susu (Teh Tarik), Coklat Panas dan banyak lagi. Antara yang menarik dan juga mendapat sambutan hebat diluar sana adalah :-

- Mocha Kopi Pracampur
- Latte Kopi Pracampur
- Cappucinno Kopi Pracampur
- Caramel Macchiato Kopi Pracampur
- Kopi O Plus
- Kopi O 2 In 1 Sugar Added
- Kopi O Original
- Kopi O Strong
- Kopi O 3 In 1 Creamer & Sugar Added
- CoffeeMix Rich
- CoffeeMix Regular
- CoffeeMix One+One
- CoffeeMix Brown
- Teh Tarik Combo
- Teh Tarik Classic
- Teh Tarik Halia
- Teh Tarik One+One
- White Coffee Original
- White Coffee Hazelnut
- White Coffee Less Sugar
- White Coffee One+One
- Aik Cheong Cafe Art Variety Pack
- Minuman Coklat 
- Matcha Teh Hijau Pracampur

Semua produk keluaran Aik Cheong ni korang boleh dapatkan secara atas talian melalui pembelian di offical store mereka di Shopee : https://shopee.com.my/aikcheong dan Lazada : lazada.com.my/shop/aik-cheong-coffee-roaster/. Lagi mudah cepat dan juga selamat tak perlu bersesak-sesak musim pandemik ini. Mereka akan hantar terus ke depan rumah.  Bagi produk IT'S Cups ada jual di kedai seperti 7-Eleven, FamilyMart, myNEWS, Petronas Station, Caltex, Shell, AEON Big, AEON, Giant dan The Store.


Mr Tan Boon Heong Permain Badminton Kebangsaan



Aik Cheong Coffee juga telah melantik Mr Tan Boon Heong sebagai duta kepada produk mereka atas kejayaan dan pencapaian hebat beliau dalam dunia sukan badminton. Kejayaan peringkat antarabangsa seperti Pingat Emas Bergu Lelaki Sukan Aisa, Juara Terbuka Malaysia, Kejuaraan All England, Terbuka Switzerland dan banyak lagi. Keupayaannya yang luar biasa dan semangat juang gigih yang ditunjukkan Mr Tan sangat sesuai dengan falsafah perniagaan Aik Cheong. 

Maklumat lanjut dan juga promosi terkini produk Aik Cheong boleh layari laman:







21 ulasan:

  1. This makes me want to try a few cups myself as well. I love the convenient colourful packaging that Aik Cheong has come out with. :)

    BalasPadam
  2. Tertarik pula nak cuba IT’S Teh Tarik Gula Melaka dan Chocolate Marshmallow tu! Mesti sedap kan hee suka cups dia warna-warni and cute sangat. Kita pun boleh feeling cute sambil menikmati minuman kita :p

    BalasPadam
  3. kopi aik cheong ni memang sedap..sllu minum kopi dia jer..yang lelain tu kena try..npk mcm sedap..lgpun cups dia warna-warni..

    BalasPadam
  4. I like this coffee for Ah Cheong. It tasted good. Plus, I like the packaging. So chick and hipster.

    BalasPadam
  5. wah..ada yang baru la. memang selalu minum kopi jenama aik cheong ni. suka minum teh tarik halia die

    BalasPadam
  6. Wah banyak juga jenis air yang ada ya. Bolehla sis dtg umah awak nak try kopo Aik Cheng. Ok gak bekas colorful yg dia pakai.

    BalasPadam
  7. Ok. Daku nak try teh gula melaka dan drip dan granola tu kelak. Simpan untuk daku!

    BalasPadam
  8. Kat rumah ni memang Gina kopinaik Cheong pun. Cantik la packaging baru, Rasa mestilah sedap

    BalasPadam
  9. Saya first time kenal dgn kopi Aik Cheong ni masa jadi bartender kat satu restoran ni. Bila rasa, terus jatuh cinta sebab harga murah tapi rasa kopi mahal. Tak sangka pulak ada banyak variasi rupanya.

    BalasPadam
  10. Uiii macam-macam jenis kopi haaaa. Nama kopinya pelik-pelik tak pernah dengar.menarik betul nama kopinya

    BalasPadam
  11. Kenapalah takde cawan yang purple ek hahaha..
    Menarik sangat ni, bagi peminat kopi macam Sis pasti nak mencubanya.. nanti nak cari juga...

    BalasPadam
  12. So cute all the packaging they did on it. Makes me even want to buy and drink more

    BalasPadam
  13. Suka sangat packaging dari Aik Cheong ni.. Nell cuba yang Matcha Latte aritue.. Not bad juga bah. boleh la try flavor lain nanti...

    BalasPadam
  14. wow, there is just so much to love about their new range of coffee! the colors of the packaging is just so attractive and i am sure that the taste is going to be just as good. thanks for sharing about this! :)

    BalasPadam
  15. Lebih banyak produk kopi yg hebat dan menarik dari brand ni. Nanti boleh cuba

    BalasPadam
  16. Banyaknya jenis kopi brand ni ada. Dari cawan, paket dan black kopi.. Suka tgk black kopi tu tuang dalam paket macam tu.. Boleh cuba ni.. Granola pun ada

    BalasPadam
  17. Ooo ada kuar yg br pulak ek. Kte suka kopi aik cheong sbb kopi dia mmg kaw

    BalasPadam
  18. Currently i m into single origin coffee and their black drip coffee is one of the sort after, love the bold and fruity aroma

    BalasPadam
  19. Kopi aik cheong memang sedap. Black series tu paling kita suka

    BalasPadam
  20. Tak pernah try langsung brand Aik Cheong nih tapi kali ni rasa nak cuba sebab tengok banyak variasi nak2 yg jenis cup dan drip . Yang cup tu bagusnya boleh bawak keluar lepas bancuh , packaging pun cantik dan menarik.

    BalasPadam
  21. Honestly Sally bukan peminat Drip Coffee, tapi bila rasa Nicaragua Jinotega, terus berubah persepsi Sally. No wonder peminat kopi ada soft spot untuk drip coffee, masa dan suhu air mempengaruhi rasa dia. Nicaragua Jinotega ini rasa dia Sweet + Deep taste of coffee.

    BalasPadam