Buffet Ramadhan,

Berbuka Puasa Pada Ketinggian 288 Meter Dari Aras Bumi Di Tengah Kuala Lumpur

Ahad, April 11, 2021 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Korang nak tak buka puasa pada ketinggian 421 meter. Hehehe ini lah masanya nak menikmati semua pemandangan seluruh Kuala Lumpur sambil menyantap juadah berbuka puasa. Kat mana lagi tempatnya mestilah kat Menara Kuaa Lumpur yang merupakan menara ke tujuh tertinggi di dunia. Satu pengalaman yang menarik ni hehehe.



Maha pun jarang dapat naik Menara KL kalau semata-mata nak naik sahaja tengok pemandangan KL. Tapi kali ni naik dengan makan buka puasa sempena dengan Ramadan yang akan datang nanti. Kali ini Dewan Bankuet Megeview TH03 Menara KL membawakan juadah buka puasa dengan tema 'Nostalgia Santapan Keluarga'. Membawakan juga makanan-makanan yang sering kita makan jiga kat rumah bersama keluarga. 







Walaupun nak naik menara tinggi ni SOP kena patuh juga tau korang kena scan MySejahtera dahulu dan juga kena pakai penutup mulut dan hidung. Buka puasa kali ini membawakan juadah yang menarik dengan pelbagai jenis sajian antarabangsa dan juga tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan. Istimewa kali ini adalah daging kambing Australia yang di panggang mengikut cara Timur Tengah bersama perapan rempah-ratus Arab. Ia juga dihidangkan bersama dengan Nasi Pilaf serta Salad Timun & Tomato.







Selain itu juga juadah yang selalu menjadi selera keluarga kita macam Patin Masak Tempoyak, Butter Prawn, Asam Pedas Daging Tetel, Daging Ayam Masak Kurma, Daging Gulai Kawah, Sotong Masak Sayur, Masak Lemak Labu dan Pucuk Manis dan banyak lagi lah nak senaraikan kat sini. Semua hidangan ini disediakan oleh rakan kerjasama mereka iaitu Restoran Berputar Atmosphere 360. Situ pun Maha pernah makan berbuka puasa menarik juga.







Kalau makan mesti nak berhibur baru tambah selerakan kat sini sepanjang buka puasa bulan Ramadan ini ditemani oleh persembahan daripada The Sky Band. Mereka akan memainkan lagu tradisional yang mengimbau memori dan juga kenangan bersama keluarga. Jangan risau walaupun buka puasa kat menara tinggi tetap juga sini ada sediakan ruang solat dan juga ruang tandas. 



Kalau korang tanya harga pula jangan terkejut sangat berbaloi kerana korang bukan sahaja dapat makan dapat juga naik menara dan meninjau pemandangan cantik sekitar KL ni tau. Harga biasa tiada promosi adalah RM110 untuk seorang dewasa manakala untuk kanak-kanak RM63 seorang untuk hari bekerja. Kalau hari minggu Sabtu dan Ahad ada lain sikit iaitu RM145 untuk dewasa dan RM83 untuk kanak-kanak.







Tapi kalau korang beli sekarang ini sehingga 12 April untuk promosi 'Early Bird' boleh dapat harga hanya RM77 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak hari bekerja manakala untuk hari minggu RM102 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak lagi jimat sehingga 30%. Kalau nak naik sampai ker Sky Deck tempat pantau paling tinggi dan juga terbuka tu hanya perlu tambah RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak sahaja dah boleh naik lagi tinggi dan tempat terbuka.







Tunggu apa lagi cepat sekarang tengah promo lagi dan boleh dapat harga murah naik Menara Kuala Lumpur bukan selalu kita naikkan. Jadi warga negara Menara KL pun tak pernah naikkan hehehe sedih. Bufet Ramadan ini akan bermula dari tarikh 15 April hingga 10 Mei 2021 sahaja dan juga dari pukul 6.00 petang hingga 9.30 malam. Korang boleh tengok KL dari atas pada waktu malam lagi cantik penuh lampu warna-warni. 

Sebarang tempahan atau juga pertanyaan hubungi :
Tel : 03-2020 5499







5 ulasan:

  1. Mewah-mewahh hoiii! Semua menu buffet kat sini menggoda betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lah bawa family naik menara KL buka puasa hehehe bukan selalu

      Padam
  2. Uhh syok ni kalau dapat berbuka puasa kat sini. Mesti akan jadi kenangan unik ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Tuan Hasrul buka kat tempat tinggi dan menarik jarang2 org buat...

      Padam
  3. Untuk tempahan bole juga whassap 013.3692388

    Thank you mahamahu for joining our launching😊

    BalasPadam