Buka Puasa,

Hidangan Nasi Dulang Bukhari Di Restoran Grandmama's Ramadan Ini

Jumaat, April 16, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi lagi diingati. Kali ini siapa yang suka makan dalam dulang macam orang zaman dulu-dulu boleh lah menikmati hidangan Nasi Dulang Bukhari di Restoran Grandmama. Tahun ini istimewa makan dalam dulang yang pasti korang kenyang punya. Anggaran satu dulang tu pun banyak dan sangat puas hati makan.




Nasi Dulang with Oven Roasted Boneless Leg  of Lamb

Ini adalah nasi dulang pertama yang ada di sini kepada pecinta daging kambing. Mereka menggunakan bahagian peha kambing yang tanpa tulang hanya isi semata-mata. Di masak sehingga lembut dan empuk kalau korang tengok kat bahagian tengah daging tu masih berjus lagi bila dipotong dengan warna merah jambu tapi tak adalah tak masak. Daging tu sangat lembut sehinggakan korang boleh siat satu persatu tanpa masalah.



satu dulang ini ia datang bukan sahaja daging kambing ada juga hidangan sampingan lain seperti Nasi Bukhari di bawah daging dan juga ada Kerabu Tomato, Kuah Kari, Acar Jelatah, Sambal Kicap dan juga Air Asam. Pada yang kurang pedas nasihat jangan terus tuang semua kuah ini korang kena makan tuang sikit-sikit pada daging baru rasa. Harga satu dulang ni hanya RM95.00 dan ia sesuai untuk makan 2 ke 3 orang tau.

Nasi Dulang with Roasted Tumeric Chicken

Ini adalah set dulang kedua yang korang boleh pilih sempena Ramadan ini di Restoran Grandmama. Dalam ini korang boleh nampak ada satu ekor ayam yang diperap denagn rempah dan dipanggang sempurna sehingga warna keemas-emasan. Macam lebih kurang ayam golek tapi rasa lain kerana mereka menggunakan rempah yang berbeza.



Ia juga didatangkan dengan juadah sampingan seperti di bawah ayam tu ada Nasi Bukhari dan juga ditepi disediakan dalam mangkuk kecil adalah Kerabu Tomato, Kuah Kari, Acar Jelatah, Sambal Kicap dan juga Air Asam. Korang nak cicah ayam ni dengan sos ini atau tidak terpulang bagi Maha makan ayam dan nasi serta kerabu tomato tu dah cukup hehehe best. Harga untuk satu dulang ni pula RM65.00 sesuai untuk 2 ke 3 orang juga.

Nasi Dulang with Chef's Specially Marinated Beef Ribs

Ini pula set nasi dulang untuk daging lembu istimewa resipi daripada Chef Executive mereka sendiri. Korang boleh tengok daging lembu tu besar dalam lebih kurang berat 600gram. Di masak cukup lama bagi memastikan daging empuk dan cukup masak untuk dimakan hanya cubit-cubit sahaja isi daging tu dah tertanggal sangat lembut. Rasa pun sedap dengan rempah yang hebat tak boleh nak teka masak apa ni hehehe.



Ada juga hidangan sampingan macam dulang-dulang yang lain iaitu ada Nasi Bukhari di bawahnya dan juga ada Kerabu Tomato, Kuah Kari, Acar Jelatah, Sambal Kicap dan juga Air Asam. Kalau daging ni bagi Maha sedap dicicah dengan air Samba Kicap kepedasan terasa dan juga melengkapi hidangan nasi dulang ini. Harga satu dulang ni pula RM115.00 kerana menggunakan daging berkualiti.

Nasi Dulang with Spiced Mixed Seafood

Ini nasi dulang khas kepada mereka yang suka makanan laut. Dalam satu dulang tu ada kepelbagaian makanan laut seperti Ikan, Udang dan juga Lala. Ikan tu korang tengok digoreng rangup sehinggakan tulangnya pun boleh makan tau. Tapi jangan lah makan nanti tercekik lak. Udang digoreng dengan tepung rangup serta Lala dimasak cili kat tepi tu. Perhhh ini hidangan kegemaran Maha memang suka lah.



Sama juga tidak ketinggalan ada hidangan sampingan seperti Nasi Bukhari di bawahnya dan juga ada Kerabu Tomato, Kuah Kari, Acar Jelatah, Sambal Kicap dan juga Air Asam. Kalau ikan tu korang boleh cicah dengan air asam sangat sesuai memang kena bagi Maha lah. Tak tahu ikut korang nak makan dengan mana-mana semua sedap lah bak kata orang. Harga satu dulang ni hanya RM95.00 untuk makan 2 ke 3 orang sangat sesuai.






Kalau korang rasa Set Nasi Dulang ni masih tidak mencukupi untuk makan dan nak tambah lagi beberapa masakan lain pun boleh ada disediakan sempena dengan Ramadan kali ini. Memang Restoran Grandmama tahu yang korang tak akan puas makan dengan lauk dulang yang ada mesti nak add-on lain punya. Jadi korang boleh pilih daripada lauk Asam Pedas Ekor, Udang Msak Kam Heong, Tempoyak Ikan Patin, Gulai Ikan Tenggiri, Ayam Goreng Cili Berlada, Gulai Ayam dan Masak Lemak Nanas Cili Padi.






Dah jadi banyak dah tu penuh satu meja makan dengan lauk pauk puas lagi tak. Kalau korang yang datang dengan kumpulan yang ramai atau ahli keluarga besar yang juga boleh makan banyak boleh ambil yang kombo set. Ambil satu Set Nasi Dulang and tambah set Kombo A atau set Kombo B iaitu lauk pauk untuk dish sampingan. Lagi jimat kat situ. Kalau korang tambah satu-satu hidangan sampingan pun boleh. Ikut mana keselesaan korang yang nak makan. 



Semua set ini akan disediakan dengan buah kurma dan juga kuih muih untuk permbuka makan. Set Nasi Dulang ini promosi telah bermula 13 April 2021 hingga 12 June 2021. Bagi orang muslim boleh ambil set ini waktu berbuka atau makan malam. Bagi yang bukan beragama Islam boleh jer order set ini waktu makan tengah hari ada jer. Tapi promosi set ini hanya boleh didapati di Restoran Grandmama Pavilion KL dan juga Intermak Mall Outlet sahaja ok. 



Sekarang ini juga Grandmama's ada juga menyediakan juadah dalam bentuk sejuk beku untuk dibawa pulang atau order secara atas talian melalui Shopee atau Lazada. Ada banyak dalam pek yang mudah untuk disimpan dan hanya keluar untuk dipanaskan terus boleh dimakan. Sempena dengan Ramadan ini sangat sesuai untuk masak waktu sahur yang memang kita malas sangat nak masak. Jadi senang sekarang ini bawa pergi travel pun boleh. So tunggu apa lagi buat pembelian sekarang juga. Selamat berpuasa dan selamat menjamu selera. 

Hubungi untuk buat tempahan berbuka puasa: 
Grandmama's Pavilion KL : 03-2143 9333
Grandmama's The Intermark Mall : 03-2181 2839










0 Pandangan: