Buffet Ramadhan,

Penghantaran Berbuka Puasa Simfoni Santapan Maya Dari Hotel Maya

Isnin, April 19, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga tidak dilupakan kepada kawan-kawan sekalian. Masih lagi Tahun ini Maha tidak pernah lupa untuk buat tempahan buka puasa penghantaran terus kerumah. Walaupun banyak hotel yang telah buka bufet Ramadan mereka tapi ada juga yang masih memberi keselesaan dan juga kemudahan terutama pada mereka yang ada keluar ramai untuk buka puasa. Kali ini Maha mencuba menu baru dari Hotel Maya Kuala Lumpur dengan temanya Simfoni Santapan Maya.



Selalunya Hotel Maya akan sediakan ala-carte kat cafe mereka untuk hidangan makan tengahari atau malam tapi kali ini untuk buka puasa boleh juga tempah penghantaran terus ke rumah. Ada banyak set yang diperkenalkan kali ini iaitu Aman Sari Set Menu, Laman Bayu Set Menu dan Dedaun Set Menu. Ini untuk mereka yang ada lebih dari empat orang nak makan berbuka sangat sesuai set ini. Memang banyak dan juga puas hati dari segi rasanya.







Ini sebab Maha sendiri dah cuba juadah mereka ini tau. Maha dah tempah Dedaun Set yang mengandungi banyak pilihan masakan daripada pembuka selera, menu utama dan juga pencuci mulut. Kalau untuk pembuka selera ada seperti Bubur Lambuk Ulik Mayang, Sup Soto Ayam Simpang Renggam, Kerabu Betik Muda dan juga Ulam-ulaman kampung bersama Sambal Belacan.






Juga ada menu utama ini yang best korang kena tru iaitu mestilah ada Nasi Putih Haruman Pandan dengan lauk pauk seperti Ayam Kermek Bergajus, Daging Salai Masak Lemak Pisang Muda, Ikan Patin Masak Tempoyak, Sayur Campur Cendawan Tiram Goreng Belacan Timur Jaya dan Acar Rampai. Dalam banyak-banyak ni paling Maha suka adalah Daging Salai memang cukup rasa lemaknya dan salai dagingnya serta pedas yang cukup sangat. Kemudian kalau Ikan Patin Tempoyak pula tak hanyir dan rasa kuah tempoyak pekat best gileerrrr..



Juga turut sama dalam set ini adalah empat botol minuman pelbagai rasa dan juga kebaikan diantaranya adalah seperti Asam Boi Cooler, Mahsuri Berry, Rimba Kiwi dan juga Awan Biru. Ini adalah minuman ciptaan chef kat sini sangat istimewa rasanya korang kena cuba ok mamang lazat. Menarik bungkusan yang di hantar bukan bungkus biasa-biasa tau dalam pek yang kemas dan juga senang nak simpan dan kendalikan puas hati. Sebab tu Maha suka tempah penghantaran dari Hotel Maya ini setiap kali buka puasa.



Penghantaran PERCUMA untuk perbelanjaan minimum RM80.00 dalam lingkungan 5km dari Hotel Maya. Manakala cas penghantaran RM100 dalam lingkungan 10km dan lebih daripada hotel. Hanya untuk penghantaran sekitar Kuala Lumpur buat masa ini. 



Kalau korang nak tengok menu lain yang ada boleh layari sahaja laman sesawang yang disediakan ada banyak menu ala-carte dan juga set selain daripada yang Maha pilih ini  https://www.flipsnack.com/mayahotelkl/simfoni-santapan-maya.html
Kalau nak pesanan dan pertanyaan, sila hubungi hotline F&B: https://wa.me/60122828187









0 Pandangan: