Bandar Sri Sendayan,

Mana Lagi Untung Beli Atau Sewa Sahaja Rumah

Jumaat, Mei 07, 2021 Mahamahu 20 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Semua orang impikan untuk memiliki rumah sendiri tanpa perlu menyewa. Ada yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk mendapatkan rumah idaman sendiri. Ada juga yang buat lebih daripada satu kerja siap buat partime kerja lagi semata-mata untuk memenuhi kehendak memiliki rumah sendiri pada usia yang muda.



Yer semua itu betul masing-masing punya cara dan juga kemampuan sendiri untuk memastikan bahawa rumah idaman menjadi milik kita sepenuhnya. Namun, berbelanja besar untuk membeli aset dalam keadaan ekonomi sekarang yang sedang gawat mungkin sesuatu yang membimbangkan. Juga nak memastikan bahawa rumah yang kita pilih itu adalah yang betul-betul mengikut kehendak kita.



Jadi sebab itu ramai membuat keputusan untuk terus memilih menyewa daripada membeli rumah, kerana takut akan komitmen yang tinggi bila dah ada rumah sendiri. Tapi sampai bila kita nak menyewa kerana kalau ikutkan pengiraan pembayaran sewa rumah itu lebih kurang sama sahaja dengan pembayaran rumah yang kita beli sendiri, yang akhirnya jadi milik kita. Kalau rumah sewa bila-bila masa sahaja tuan rumah nak dan berhak untuk halau kita keluar bila mereka perlu rumah tu.



Jadi kena pertimbangkan untuk memiliki rumah sendiri walaupun tak sebesar mana yang penting rumah itu adalah rumah kita dan mempunyai segala kemudahan di persekitarannya. Sebab apa Maha cerita macam ini kerana Maha ada jumpa satu perumahan baharu yang sekarang sedang dalam pembinaan dan pelancaran fasa baharu adalah pada May 2021 ni dan dijangka pada kuater keempat tahun 2023 nanti.

Hanna @ Laman Sendayan


Kat mana tu? Ia terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Fasa baharu ini diberi nama HANNA @ Laman Sendayan. Ia dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad iaitu pemaju yang dipercayai dan telah bertapak lebih daripada 24 tahun dalam industri pembiaan perumahan ini. Sebab faktor pemaju juga sangat penting dalam pemilihan rumah yang kita nak beli jadi kena kaji dulu pemaju baru kita mula buat rundingan.



Di sini pemaju menyediakan beberapa perkara penting yang korang kena tengok untuk membeli rumah. Pertama berapakah harga kediaman anda? Di Laman Sendayan, Hanna, rumah teres 2 tingkat harga daripada RM400K+ sahaja.  Manakala Harga Kemasukan Rendah dan Kadar ‘interest’ juga rendah. Ini sangat membantu untuk mereka yang pertama kali nak membeli rumah.



Selain itu juga pemaju memberikan bayaran tempahan RM1,000 dan juga kalau ikut pada harga rumah ini ansuran yang korang kena bayar lebih kurang dari RM1,400 sahaja. Jadi kalau korang boleh bayar sewa rumah beribu-ribu tapi rumah tak jadi milik korang baik korang bayar rumah bulanan macam ni dah pasti rumah ini adalah milik korang. Betul tak!!

Reka Bentuk Rumah Moden


Faktor kedua yang korang kena ambil tahu sebelum nak beli rumah adalah mesti lah kena tengok reka bentuk rumah. Rumah kena ada sekurang-kurangnya paling asas adalah tiga bilik dan juga dua bilik air, pengudaraan dan pencahayaan yang bagus untuk keselesaan dalam rumah.



Rumah di Hanna II ini memberikan lebih lagi daripada apa yang asas perlukan. Tengok pada rumah Plan A sahaja dah ada empat bilik dan juga tiga bilik air. Keluasan 2152sq.ft memang sangat luas kerana ia adalah rumah landed.



Juga pada rumah Plan A1 yang membezakan hanya Lot Size sahaja. Jadi tak ada masalah kerana ia mengikut bajet korang jugakan.

Fasiliti Yang Tersedia


Perkara ketiga yang korang kena ambil tahu bila nak membeli rumah sendiri ini adalah fasiliti yang tersedia di kawasan tersebut. Memang sekarang banyak perumahan yang dibina hanya rumah sahaja tiada kemudahan lain yang menjadi faktor kepada kesenangan dan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.




Kalau di Hanna ini memang tidak dinafikan lagi bahawa segala kemudahan semua sangat dekat dan lengkap di sini untuk penghuni yang akan tinggal lama di sini. Kemudahan seperti institusi pendidikan kerana ia berhampiran dengan Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan.



Juga ada pusat perniagaan dan pusat riadah seperti Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark dan Sendayan Green Park. Juga paling penting kediaman sihat bermula dari kawasan perumahan mampan dengan adanya kemudahan rekreasi untuk gaya hidup sihat yang terdapat di dalam perumahan ini.



Juga keahlian percuma untuk d’Tempat Country Club. Apa itu d’Tempat Country Club? Ia adalah macam lebih kurang pusat komuniti yang ada segala kemudahan seperti tempat rekreasi macam gym kolam renang, dewan atau tempat makan. Juga ada gelanggang badminton dan gelanggang bola keranjang untuk aktiviti sukan. Jadi tak perlu nak pergi jauh-jauh atau keluar kawasan perumahan kerana ada berhampiran sahaja.



Kalau korang berminat untuk tahu lanjut tentang perumahan Hanna @ Laman Sendayan, Bandar Sri Sendayan Negeri Sembilan ini boleh terus hubungi mereka di sini:



#HANNA #LamanSendayan #JOMBELIDONSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment








20 ulasan:

  1. berbaloilah jika sewa lepas tu boleh milikinya pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sewa terus miliki lagi mudah

      Padam
  2. Harga rumah nie memang kompetitif dan lengkap dengan kemudahan asas. Paling penting mudah dimiliki.

    BalasPadam
  3. So, kita nak jadi jiran ke camne? Jangan dekat sangat kalau jiran, biar jauh sikit maka boleh la berjogging ke rumah ko. Hehe

    BalasPadam
  4. Cantiknya rumah..kalo kte pilih untuk trus miliki maklum la zaman skrg kumpul aset tu penting

    BalasPadam
  5. Urm...... I would say beli is better. It is because for our own good and future. But that also depends on your money la. Hehehe.

    BalasPadam
  6. beli atau sewa dua2 ada pro and cons, tepuk poket and decide. rumah matrix ni tak pernah tak cantik

    BalasPadam
  7. Beli atau sewa dedua kena tengok juga kewangan kita. Percaya pada rezeki. Kalau usaha, pasti rumah yang disewa boleh dibeli or berpindah ke rumah yang lebih selesa. Usually yang berpindah ke rumah yang dibeli adalah faktor ingin keselesaan. Macam ruby, ruby menyewa je dulu masa zaman bujang. Bila dah berkeluarga dan ada anak baru beli rumah. Good investment. Kalau tak duduk rumah tu, bleh sewakan. Tambahan rumah kat Sendayan ni luar KL.

    BalasPadam
  8. sebenarnya tak rugi kalau beli hartanah ni, selain untuk diduduki boleh juga buat long term investment dengan menyewakannya dan menjualnya selepas beberapa tempoh.

    BalasPadam
  9. Cantik juga rumah2 kat Bandar Sri Sendayan ni, terpulang pd bujet masing2 nak beli atau sewa.sapa yg tak nak ada rumah idaman kan, klu bujet cukup mmg dorang nak beli

    BalasPadam
  10. Bagi saya beli lebih terjamin. Bayar tiap bulan tapi lama-lama akan jadi hak milik kita berbanding sewa. Saya suka perumahan macam Hanna ni. Nampak selesa dan selamat. Yang penting banyak dan dekat dengan kemudahan asas yang diperlukan. Kalau ada bajet lebih saya pasti booking yang type A1.

    BalasPadam
  11. Beli lagi untung, bila da beli rumah dan dalam masa sama sewa rumah..memang jelas ketara beli lagi untung..beli kita bayar2 jadi hak kita..sewa, bayar2 tak jadi hak kita ..lepastu harga sewa tentu2 lebih mahal dr harga beli bayar kat bank :D

    BalasPadam
  12. a well presented the difference, absolutely helpful for those considering owning a house. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
  13. Inilah soalan yang Nell tanya diri sendiri sebelum decided to go for my first house 2 years ago! Ni mcm aim nak dptkan rumah landed house la lepas ni! Cantiknya property sini!

    BalasPadam
  14. Kalau tanya mana lagi untung of course la beli hehe. Siapa yang mampu tu boleh beli kat sini sbb cantik sangat! Moden plak tu.

    BalasPadam
  15. Kalau lalu area Sendayan memang suka tengok kawasan Perumahan dekat situ. Harga rumah makin tinggi. Kalau ada rezeki, better beli rumah dari menyewa. Boleh buat investment.

    BalasPadam
  16. Kalau ikut kajian, rumah adaalah salah satu sebab ramai jadi bangkrup, tapi semuanya bergantung kepada kewangan memasing kan.. tak mampu beli, kita sewa.. tapi kalau harga berbaloi dengan apa yang kita dapat, apa salahnya kita cuba kan.. Sis suka snagat dengan floor plan dia..

    BalasPadam
  17. Kalau memang dah tahu area nak settle down, memang sesuai sangat beli terus dari bayar sewa bulanan yang tinggi. Kalau terlebih mampu, boleh beli dan sewakan. Cantik betul kediaman rumah dia ye sesuai sangat untuk mereka yang berkeluarga

    BalasPadam
  18. Kalau Hanna @ Sendayan ni dekat Selangor, aku dah book ni. Design cantik. Persekitaran best. Fasiliti best. apa lagi yang nak kan?

    BalasPadam
  19. design lawa
    kemudahan lengkap
    rugi kalau tak grab nih

    BalasPadam