FoodPanda,

5 Kedai Membeli-Belah Runcit Dalam Talian Terbaik Di Malaysia

Selasa, Jun 15, 2021 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sekarang ni kita punya PKP disambung lagi untuk dua minggu bermula 15 Jun hingga 28 Jun 2021. Kita kena terus 'lockdown' kendiri kawal diri untuk tidak keluar kalau tiada urusan penting demi melawan pandemik ini. Jadi bila duduk rumah jer dengan keluarga yang ramai selalu juga terputus bekalan untuk bahan memasak. 



Cara paling mudah dan paling selamat dalam masa sekarang adalah buat pembelian dalam talian. Ye lah sekarang semua kedai, supermarket atau pasaraya ada buat perkhidmatan pembelian dalam talian dan perkhidmatan penghantaran terus depan pintu. Ini cara paling mudah, selesa dan selamat untuk kita beli bekalan barang rumah. Di sini Maha senarai 5 kedai membeli-belah barangan runcit dalam talian yang terbaik dan sesuai di negara kita Malaysia. Jom kita tengok.

1. Tesco




Apabila kebanyakan kedai yang lain tidak dapat beroperasi, Tesco adalah tempat yang terbaik untuk anda membeli bahan makanan dengan harga yang berpatutan. Dengan terjadinya pandemik sekarang ini, kita harus melupakan untuk melakukan aktiviti di luar buat sementara waktu, tetapi itu tidak bermaksud bahawa kita harus melepaskan peluang untuk mendapatkan barang yang murah dan lain-lain barangan keperluan lain yang diperlukan.

Tesco juga memastikan bahawa pekerja penghantaran mereka sentiasa menjaga kebersihan dan membersihkan kotak penghantaran dan alat pembayaran juga. Jika anda sedang mengkuarantin diri, anda diminta untuk beritahu kepada mereka dan mereka akan menyimpan barang anda ke dalam beg plastik dan meninggalkannya di depan pintu rumah anda supaya kita dapat mengurangkan sebarang sentuhan.

2. MYDIN




MYDIN merupakan salah satu pasar raya kegemaran rakyat Malaysia. Anda akan menemui barangan jenama tempatan seperti Maggi, A1, Ayam Brand, makanan ringan dan juga barang keperluan anda dengan mudah di sini. Anda juga akan dapat membeli barang keperluan anda dengan cara pukal. Dengan itu, anda tidak perlu membayar dua kali untuk bayaran penghantaran. 

Terdapat juga tawaran utama untuk barang pukal mereka, di mana anda dapat menjimatkan lebih banyak lagi untuk keperluan asas harian seperti sabun tangan dan pencuci badan. Terdapat juga makanan haiwan untuk haiwan peliharaan anda, serta bahan makanan sejuk beku dan segar, dan semestinya produk yang mesra Halal.

3. Redtick




Redtick mempunyai lebih dari 10,000 barangan runcit yang ditawarkan. Terdapat pelbagai jenis barang dalam tin, rempah ratus, dan juga barang yang diimport dari Korea sehingga anda tidak akan kekurangan bahan biasa dan bahan Korea di sini.

Mereka juga mempunyai bahagian Shop Fresh, Shop Big di mana terdapat potongan harga sehingga 23% untuk barang-barang pantri seperti Balducci Spaghetti Noodles dan juga Vitagen Twin Packs, terdapat juga makanan ringan seperti Tomorion Chocolate Pies dan Pringles.

Anda disarankan untuk membuat pesanan sebelum jam 13:00 dan anda layak untuk penghantaran pada keesokan harinya selama 6 slot waktu penghantaran antara jam 9:00 sehingga jam 21:00. 

Dan sekiranya anda tinggal luar daripada kawasan Lembah Klang, anda akan mendapat peluang Redtick Plus yang dapat dihantar ke seluruh negara, tetapi memerlukan masa sehingga 1-5 hari bekerja sehingga barang runcit anda dapat terus dihantar terus ke depan pintu rumah.

4. Potboy




Kepada sesiapa yang terlupa untuk membeli sesuatu barang ketika membeli dalam keadaan yang tergesa-gesa, anda boleh melayari Potboy. Mereka menawarkan perkhidmatan penghantaran secara percuma tanpa pembelian minimum kepada pelanggan mereka. Anda dapat menemui semua barang yang anda perlukan di sini.

Anda jangan terkejut apabila melihat penurunan harga semua produk mereka. Mereka mendapatkan barangan secara langsung daripada pembekal, jadi anda boleh mendapatkan harga yang rendah untuk setiap barang dari mereka. Terdapat juga bahagian Promosi Panas di mana anda boleh mendapatkan potongan dan tawaran tambahan untuk mi segera, makanan dalam tin, produk tenusu, dan makanan ringan kegemaran rakyat Malaysia. 

5. MyGroser




Perniagaan makanan tetap dibuka walaupun hanya untuk pengambilan dan penghantaran sahaja, yang melegakan bagi kita yang tidak boleh memasak. Tetapi dengan semua masa lapang yang kita miliki di rumah sekarang, cubalah untuk memasak dengan mendapatkan kit makanan yang siap untuk dimasak dari MyCroser. 

Kedai penghantaran barangan runcit dalam talian ini mempunyai semua yang anda perlukan, dari produk kecantikan hinggalah barang untuk rumah tangga, daging dan makanan laut, bungkusan nugget beku dan ikan, dan juga makanan pastri seperti kek dan lain lain lagi. 

Selain daripada kedai-kedai pilihan di atas terdapat satu lagi pihak yang menawarkan servis grocery delivery. Pihak yang dimaksudkan ini adalah Pandamart. 

Dengan Pandamart pemesanan makanan dan barangan runcit boleh dilakukan dengan mudah secara online. Tidak hanya itu, barragan sangat banyak dan harganya pula adalah sangat berpatutan.









10 ulasan:

  1. Dah lama x membeli belah kat kedai- kedai atau pasaraya kat atas tu selepas pindah semula ke Seremban,lepas ni nak order kat Tesco je la memandangkan Tesco dekat skit ngan rumah. Nak fizikal shopping tak boleh kan..berkurung lagi kita sampai 28hb

    BalasPadam
  2. Banyak medium online untuk barangan runcit sekarang ni. Semua dihujung jari. Tak payah susah-susah nak keluar pergi kedai dah.

    BalasPadam
  3. Dah lama tak pergi Tesco, rupanya sekarang dah ada online shopping pula. Taktau la faiq yang tak perasan dah ada lama atau skrg baru ada.

    BalasPadam
  4. hanya pernah beli dari tesco and mydin je yang lain belum try lagi, lani beli online je senang

    BalasPadam
  5. untung la area rumah ada coverage byk kedai online. rumah aida ni, Maha, foodpanda dan grab pun selected aje. tak byk choice of food and drinks. kena keluar sendiri utk beli brg runcit mahupun makanan.
    tapi ok la. aida still prefer beli secara fizikal. sayur. ikan. kita pilih yg kita suka. pernah beli brg basah time PKP 1.0 hari tu. daging. aduh Maha, sedih. ntah hape hape yg diberikan kat kita. geram! serik nak beli online lagi dah.

    BalasPadam
  6. First time dengar Redtick tu. Yang lain ada gak pernah dengar atau terbaca. Menarik nie, especially zaman kena kurung nie kan

    BalasPadam
  7. Skrg tgh elak pi Tesco semua, sebab kes menular dalam Tesco sini.. memang Sis belanja semua online, ada pasar online dalam taman ni.. mudahkan semuanya..

    BalasPadam
  8. Nak try la PotBoy tu . Dari segi harga dah berbaloi. Dalam situasi PKP ni better online je la . Nak selamatkan, walaupun dah vasik Sal emmang kaga sebab kita tak nampak virus tu . Kalau nampak senang nak lari ..hehehe. Tq tau share

    BalasPadam
  9. Saya paling suka shopping grocery dekaf Tesco dengan Jusco.. Tesco sbb brg murah.. Jusco sebab brg2 tersusun cantik and byk brg import tpi utqite pricey skit la kan

    BalasPadam
  10. Pernah dengar Tesco dengan Mydin je. Yang lain memang tak pernah dengar langsung. Agak2 ada yang boleh deliver are Pahang tak? Or memang untuk are KL Selangor je?

    BalasPadam