Bendera Putih,
Kempen Bendera Putih #RakyatBantuRakyat
Kerajaan mengumumkan lagi untuk melanjutkan TOTAL LOCKDOWN sambungan daripada sebulan lalu sehingga pada tarikh yang belum ditentukan. Walaupun ia tidak dipanggil lagi sebagai PKP tapi Fasa 1 namun SOP tetap sama dan juga undang-undang sama dengan PKP. Ini katanya sebagai langkah mengekang penyebaran Coronavirus yang semakin membimbangkan sehingga mencatatkan lebih 5000 kes setiap hari dan lebih 60 kematian sehari. Ianya akan dilaksanakan secara berfasa dan pembukaan operasi juga akan dilakukan secara berperingkan.
Namun begitu, perlu kita akui dan ambil berat tentang individu dan keluarga yang terkesan dengan kawalan pergerakan ini. Ada bapa yang hilang sumber pendapatan, ada anak yang diberhentikan, ada ibu yang perlu berhenti kerja. Belum lagi ada antara mereka yang bakal diberhentikan kerja. Bagaimana pula dengan mereka yang hanya bergantung dengan pendapatan harian untuk menyara anak-anak? Pasti ianya menjejaskan kehidupan mereka sepanjang kawalan ini dilakukan.
Cuba kita bayangkan keluarga yang terpaksa mencatu makanan kerana mereka khuatir bekalan makanan tidak cukup. Malah ada yang terpaksa mengemis dan juga mengambil tindakan luar jangka seperti merompak untuk mendapat bekalan. Itu belum lagi mereka yang ambil jalan pintas dengan membunuh diri. Mereka ini sangat memerlukan bantuan samada dari segi makanan, minuman, keperluan harian, pampers dan susu untuk anak-anak. Kebersihan dan kualiti kehidupan rakan dan jiran kita juga perlu kita jaga.
Justeru, dengan ini satu kempen iaitu "Bendera Putih" telah dilaksanakan dengan memberi maklum kepada orang terdekat, jiran atau siapa sahaja nampak rumah yang mengibar bendera putih di depan rumah adalah mereka yang sangat memerlukan bantuan dari kita. Pada anda yang nampak mereka mengibarkan bendera putih depan rumah sila hulur bantuan tidak kira sedikit atau pun banyak untuk membantu mereka dalam masa yang getir ini.
Kalau anda tidak mampu untuk hulur bantuan dalan bentuk kewangan atau keperluan mugkin boleh bertanya khabar kepada jiran atau keluar tersebut. Setidak-tidaknya anda boleh menghubungi NGO atau badan yang boleh datang memberi bantuan kepada mereka. Ini kerana mereka yang berada dalam masalah buntu dan tidak tahu dimana mereka nak mengadu serta mendapatkan bantun.
Antara NGO atau badan persendirian yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan:-
1) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) (https://www.ppim.org.my)
2) Pertubuhan IKRAM Malaysia (https://ikram.org.my)
3) Mercy Malaysia (https://www.mercy.org.my)
4) KitaFund (https://kitafund.com)
Sekiranya ada individu yang nak bagi sumbangan kepada keluarga yang memerlukan boleh juga komen untuk saya senaraikan maklumat anda di sini.
Marilah sama-sama kita bantu mereka yang sangat memerlukan dalam waktu yang getir ini. Ini kerena kes memunuh diri akibat tekanan masalah keluarga meningkat masa musim PKP ini. Juga mereka yang sangat susah sehingga terpaksa ikat perut untuk tahan makan. Jadi moga sedikit sumbangan kita dapta membantu mereka yang memerlukan.
Mudahan dimudahkan urusan semua orang. Alhamdulilah, rakyat Malaysia memang semua prihatin dan sedia membantu.
BalasPadamBetul setuju tu sis.. kita cuba bantu apa boleh musim covid kena hati2 bantu kena jaga SOP juga kan...
Padam