Covid-19,
Musim Pandemik Kita Duduk Rumah Sambil Main Masak Resipi Ikan Singgang
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat kerja dari rumah ni membuka banyak peluang untuk Maha nak belajar memasak pelbagai resipi yang susah atau juga yang mudah. Tambah sekarang nak keluar malas kedai pun banyak yang tutup kalau keluar pun tak boleh makan kat kedai kena bungkus juga jadi baik masak sendiri kat rumah.
Sekarang ni musim penyakit jadi Maha cuba satu resipi yang pernah tular kat media kerana dikatakan mampu untuk melawan penyakit Covid-19. Resipi apa mesti ramai tahu iaitu Ikan Masak Singgang. Terkejut juga Maha bila dengar berita tu tapi itu bukan berita palsu tau ia adalah benar kerana ia dinyatakan sendiri oleh seorang pensyarah dari salah sebuah universiti di pantai timur. Katanya bahan-bahan herba masakan dalam resipi tradisional ini telah terbukti dapat merawat pelbagai penyakit. Namun untuk merawat penyakit Covid-19 tiada lagi kajian saintifik yang dilakukan oleh mana-mana pihak.
Namun bagi Maha mungkin ia boleh dikembangkan kajian yang lebih mendalam dalam usaha kita untuk mencari penawar kepada penyakit berjangkit ini. Selain kita hanya berharap pada vaksin sahaja mungkin satu hari ada penawar dari Malaysia sendiri untuk penyakit Covid-19. Tidak mustahil itu semua boleh berlaku. Tapi Maha bukan nak buat kajian itu kali ini Maha nak cuba buat sendiri masak singgang ini.
Secara jujur Maha akui memang tak pernah masak dan tak pernah rasa masakan ini. Kalau cari kat Google atau Youtube memang ada banyak versi untuk buat masak singgang ini. Ia ikut pada selera masing-masing. Maha buat ini adalah ikut apa bahan yang ada kat dapur masa tu. Maka terjadi lah resipi Ikan Masak Singgang ala bujang main campak-campak. Jom tengok bahan yang Maha gunakan dalam resipi kali ini.
Bahan utama :
2 ekor ikan (Tak kisah ikan apa sahaja Ikan Kembung ke, Ikan Tongkol, Ikan Tenggiri atau apa sahaja)2 ulas Bawang Merah3 ulas Bawang Putih1 inci Halia1 batang Serai1 inci Lengkuas1 inci Kunyit Hidup3 tangkai Cili Padi1 tangkai Cili Merah2 keping asam keping1sudu garam500 ml air kosong
Cara nak memasak :
1) Siang ikan yang nak digunakan dan basuh bersih2) Potong semua bahan nipis-nipis iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi, cili merah dan serai dititik.3) Dalam periuk, masukkan air kosong dan tunggu sehingga air mula mendidih. Apabila telah nampak mula mendidih masukkan semua bahan yang dipotong tadi.4) Masak sementara dan kemudian baru masukkan ikan yang dibersihkan dan juga asam keping.5) Akhir sekali masukkan sedikit garam untuk perasa.
Dah siap resipi mudah main campak-campak sahaja semua bahan hehehe. Betul nampak masaka ini sangat sihat tanpa minyak seperti semua bahan direbus sehingga keluar rasa. Warna kuning yang datang dalam kuah Maha buat ini adalah daripada kunyit hidup bukan guna kunyit serbuk baru original. Bila makan dengan nasi putih dan pula ada sambal belacan dan sayur ulan-ulaman memang bertambah. Betul lah enak juga masakan yang mudah dan sihat ini. Nampak gaya boleh cuba lagi lepas ni. Korang kalau nak cuba boleh juga sekali sekala makan yang sihat macam ni hehehe. Selamat mencuba semua.
0 Pandangan: