Nescafe,
NESCAFÉ Menjenamakan Semula Minuman Kopi Tempatan Sebagai Edisi Kopitiam
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat semua penggemar kopi di Malaysia, adakah anda bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu? NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum telah menjenamakan semula rangkaian minuman kopi tempatannya kepada Edisi NESCAFÉ Kopitiam, dan bersempena dengan ini, dua variasi baharu juga telah diperkenalkan iaitu NESCAFÉ Kopi-C dan NESCAFÉ Kopi Cham. NESCAFÉ" Kopi Cham merupakan kombinasi teh dan kopi, manakala NESCAFÉ Kopi-C pula adalah adunan kopi dan susu yang lebih halus. Kedua-dua perisa ini telah diiktiraf sebagai minuman yang paling digemari di kopitiam tempatan.
Diinspirasikan oleh hiasan dalaman kopitiam Malaysia, rekaan baharu tin dalam edisi ini mencerminkan simbol nostalgia yang bertumpukan kepada warisan. Klasik namun trendy, NESCAFÉ berikhtiar untuk mengembalikan kenangan silam buat rakyat Malaysia agar warisan ini dapat terus dipelihara dan dibanggakan.
"Di NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum, kami berusaha untuk memastikan keselesaan dan keterangkuman rakyat Malaysia apabila menikmati minuman kopi tempatan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat untuk perisa kopi tempatan dan populariti Kopitiam, kami memperkenalkan NESCAFÉ Kopi-C dan NESCAFÉ" Kopi Cham, bersama-sama keseluruhan produk kopi tempatan yang telah dijenamakan semula dalam Edisi Kopitiam ini," kata April Wong, Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia- Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Dengan rasa yang telah sekian lama dikenali dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia, NESCAFÉ menyasarkan untuk merealisasikan konsep tersebut dengan memperkenalkan gaya kontemporari untuk penggemar kopi tegar tanpa mengkompromikan keasliannya.
Penjenamaan semula rangkaian kopi tempatan sedia ada di bawah Edisi NESCAFE Kopitiam turut merangkumi NESCAFE Tarik, NESCAFÉ Tarik Kaw, NESCAFE Kopi-O, NESCAFÉ White Coffee dan NESCAFÉ Ice. Edisi NESCAFÉ Kopitiam kini boleh didapati di seluruh negara di kedai-kedai yang turut serta dan platform perniagaan online seperti Lazada dan Shopee. Nikmati Detik Kopitiam Anda, di mana sahaja dengan NESCAFÉ Kopitiam!
Pandai dorg, cantik tin nescafe sekarang kalau simpan buat koleksi pun lawaaa ni!
BalasPadamcun sgt tin ne baik simpan tin nescafe buat koleksi.
BalasPadamRawlins dah try Kopi-C and I love the taste. Rawlins akan tuang dalam cawan, letak ketulan ais and layan movie. Nyaman sis!
BalasPadammacam best je nescafe kopitiam ni, belum try lagi. kena try ni, deisgn tin pun cantik
BalasPadamCantik laaaa corak tin nyaa.. menarikkk
BalasPadamDah cuba dah, KopiC dan Tarik Kaw.. rasa macam biasa cuma menatik perhatian tin dia tu lerr.. masa mula nampak pun.. ehhh tin baru laaaa.. tak tau pulak ada banyakk lagiii
BalasPadamConfirm lepas rebranding ni makin larissss . Tengok packaging tin tu pun dah teruja. Sayang lak nak minum. Nanti nak belanja Mr Husband sebab dia suka nau² nescafe ni
BalasPadamcantiknya tin dia. dah pernah rasa semua flavour ni. ada yang kureng, ada yang sedap. hahaha tapi tin dia memang unik. sekali tengok terus rsa nak beli
BalasPadamSedap3 kopi ni. Nanti boleh try.. kopi rasa kopitiam mmg terbaik
BalasPadamNell tertarik dengan packaging terbaru mereka la... baru tari Nescafe tarik beli kat myNEWS aritue.. so good!
BalasPadam