Cooking,
Tiba-tiba Mengidam Dan Buat Sendiri Resipi Sate PKP
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sekarang ni kita masih lagi dalam mood PKP dan juga 'lockdown' diri sendiri daripada keluar tanpa urusan penting. Sekarang pun ramai yang kena WFH jadi apa aktiviti korang buat sepanjang PKP ni. Ada yang menunjuk kehebatan dalam pelbagai perkara seperti ada yang mula bercucuk tanam dan tak kurang juga yang mengasah bakat memasak.
Macam Maha lah waktu masa PKP ni lah hampir hari-hari masak sendiri tapi kadang-kadang bosan dengan masakan sendiri ada juga beli kat kedai luar. Tapi kali ini Maha nak cuba buat satu resipi yang tak pernah terfikir nak buat sendiri kat rumah. Korang rasa? Maha nak masak Sate guys. Sate PKP Maha bagi nama sebab tiba-tiba datang idea ni.
Yer lah masa duk punggah peti sejuk tu ada ternampak daging lembu yang masih tak guna lagi. Rasa dah lama beli daging ni masa Ramadan hari tu lagi. Beli kat laman web Ikhlas.com kat situ ada banyak daging segar korang boleh beli dan mereka ada sediakan penghantaran terus ke rumah. Juga ada tulang dan juga ekor lembu tau. Maha beli daging tu sangat bagus dan lembut dagingnya tak liat.
Kebetulan juga ada nampak promo kat Shopee satu Panalux Portable Gas Stove BBQ ni yang sesuai untuk buat bakar-bakar tapi guna gas. Sebab ia mudah dan nak masak sate terus beli dan memang sampai cepat beberapa hari sahaja. Bila dah sampai portable gas tu maka semangat nak masak sate PKP ni makin menjadi-jadi lah. Kalau korang nak resipi perapan sate ni Maha kongsikan apa yang Maha buatlah dengan olahan sendiri selain belajar dari Youtube wakakaka.
Bahan perapan Sate:
1 Kilo Daging dan 1 Kilo Isi Ayam
4 Biji Bawang Besar
1 Labu Bawang Putih
4 Batang Serai
4 Inchi Halia
4 Inchi Lengkuas
2 Sudu Makan serbuj Jintan Manis
1 Sudu Serbuk Kunyit
1 Sudu Cili Kering Kisar
200gram gula
Garam secukup rasa
Cara meyediakan bahan perapan dan bakar Sate:
1) Basuh isi ayam dan daging sehingga bersih. Kemudian potongkan kepada bahagian kecil atau juga bentuk petak senang untuk cucuk.
2) Kisar semua bahan ini bawang besar, bawang putih, serai, halia dan lengkuas sehingga hancur.
3) Masukkan isi ayam dalam bekas lain dan juga daging dalam bekas berlainan dan masukkan bahan kisar tadi pada dua-dua bekas serta gaul sehingga sekata.
4) Masukkan pula bahan lain iaitu serbuk jintan manis, serbuk kunyit, cili kisar, gula dan garam ke dalam dua-dua bekas tadi serta gaul sekali lagi sehingga sebati.
5) Selepa sekata boleh diperap daging dan ayam dalam peti sejuk semalam untuk rasa yang lebih maksima.
6) Esoknya keluarkan dari peti sejuk dan cucuk dengan lidi satay dalam anggaran tidak terlalu panjang.
7) Boleh dibakar atas arang atau juga menggunakan portable dapur untuk rumah yang tiada tanah nak bakar arang hehehe.
Setelah dibakar dalam lebih kurang 15 sehingga 20 minit sahaja, dah boleh dihidangkan dengan kuah kacang yang masak sendiri dan juga nasi impit yang masak awal pagi, serta ada timun. Kuah kacang tu lain sikit daripada kuah kacang untuk nasi impit, kalau untuk sate ni kena lebih pekat dan juga lebih manis itu yang Maha sukalah. Maka lengkap resipi untuk membuat Sate PKP ni sangt mudah bukan. Kalau korang rasa nak cuba nanti kongsi pengalaman kat sini ok rasa macam mana. Bagi Maha boleh la untuk makan sendiri wakakaka...
Assalamuaikum bro Maha, lama tak berkunjung blog bro. Selamat Hari Raya, hehe
BalasPadamMemang duduk di rumah sahaja musim PKP ini prut sangat terasa lapar. Terima kash berkongsi resipi satay ini. hehe, Boleh Naim masak lepas ini .
senang je nak masak satay kan yang penting rajin je.hahaha. Musim pkp ni macam2 idea memasak akan keluar
BalasPadamFirst of all, the satay looks so delicious (you make me craving for satay now :P). Second, this is a good activity to do during lockdown. So pls do more of this kinda activity and share it with us here.
BalasPadamAku tak kira - PKP settle je, aku nak datang rumah dan aku nak makan sate nie. Tak kira!
BalasPadamrajinnyaaaa maha buat sate. okay dah save resipi nanti boleh try. tengkiuuuuu bagi resepi
BalasPadamTerrible lah you, i tengah diet you kasi tunjuk sate & recipe, acenna??? esok nak try buat sate kat rumah
BalasPadamBerkenan dengan bbq stove tu jer sebenarnya ...tapi sate tu memang nampak sedap , kalau dah sedap tak payah kuah kacang pun layan.
BalasPadamWah menarik.. Sennag ade dapur gas mcm ni.. Buat sate sendiri memg puas.. Ok thank you resipi. Boleh cuba ni.. Hehehe
BalasPadamDapnyeee! Maha, yang postable gas tu pakai elektrik ke atau kena pakai gas yg utk camping tu? Lama dah mencari teringin nak buat camni la kaedahnya
BalasPadamWahhh bestnya. Satay PKP mcm ni pun dah seronok makan ngan anak-anak. Cuma takda pembakar tu. Kalau pakai arang. Nanti jirang marah kan. Nak beli juga la pemanggang camtu. Tq Madi share!
BalasPadamMadi? Bukan Maha ke? Hahahaha
PadamWuuu tak sangka PKP je terus pandai buat sate... Sis plak pandai buat rendang kerang hahaha.. bolehlah tiru respei ko, dalam freezer ada tetel, tp tak best plak, kang liat, nak beli daging laaaa... kecurr uii
BalasPadamjus durian belanda
BalasPadamsarang burung walet
kebaikan sarang burung
bird nest malaysia