Dapur,

Tiga Resipi Kuih Tradisional Yang Berasaskan Daripada Daun Pandan

Jumaat, Jun 25, 2021 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masa PKP duduk rumah ni lah rajin memasak dan mencuba beberapa resipi yang tak pernah terfikir nak buat sebelum ni. Sebab ingatkan resipi tu susah tapi rupanya tidaklah sesusah mana cuma kena ada kesungguhan sahaja. Sepanjang dah nak masuk sebulan PKP 3.0 ni Maha dah cuba beberapa resipi kuih tradisional yang menggunakan daun pandan sebagai asas utamanya.


Sebab hari tu beli daun pandan nak buat masak sikit jer tapi sebab bila beli kat pasar dapat dalam kuantiti yang banyak jadi tak tahu nak guna apa. Maka daun pandan ni Maha kisar, tapis dan perah untuk dapatkan pati air daun pandan. Lepas tu terus terfikir nak cuba masak beberapa resipi kuih tradisional yang menggunakan jus daun pandan ni. Jom maha kongsikan di sini beberapa resipi mudah yang korang juga boleh cuba.


1) Kuih Cara Manis




Bahan-bahan utama:

2 cawan Tepung Gandum
3 cawan Santan
2 biji Telur
3 helai Daun Pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit Garam
Gula secukupnya (untuk intinya)
Minyak masak (untuk sapuan pada acuan)

Cara cara memasak:

1) Daun pandan dikisar dengan air dan tapis buang hampasnya ambil jus pandan sahaja.
2) Kemudian masukkan semua bahan iaitu tepung gandum, santan, telur, garam dan jus pandan ke dalam pengisar dan kisar semua bahan sehingga sebati. Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.
3) Panaskan acuan khas untuk kuih cara diatas dapur.
4) Sapukan sedikit minyak dahulu pada acuan supaya mudah ditanggalkan bila masak nanti.
5) Tuangkan adunan yang ditapis dalam acuan sehingga penuh dan isikan gula ditengahnya. Tutup acuan dgn tudung, tunggulah hingga masak. Gunakan api yg perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.
6) Angkat dan boleh dimakan. Tapi jangan makan panas-panas nanti gula yang cair akan mengakibatkan mulut korang melecur.


2) Kuih Buah Melaka @ Onde-Onde




Bahan-bahan utama:

1 cawan Tepung Pulut
2 sudu besar Tepung Beras
5 helai Daun Pandan
Gula Melaka (di potong kiub kecil)
Kelapa Parut (gaulkan dengan garam secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau
3 cawan Air kosong (untuk memasak kuih)

Cara-cara memasak:

1) Didihkan air kosong dalam periuk.
2) Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis buang hampas ambil jus pandan sahaja. 
3) Kemudian campur jus pandan dengan sedikit pewarna hijau dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
4) Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan gula melaka sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
5) Rebus dalam air mendidih sehingga buah melaka timbul. Angkat dan toskan.
6) Salut buah melaka dengan kelapa parut di campur dengan sedikit garam, gaul rata dan hidangkan.


3) Resipi Sri Kaya Pandan




Bahan-bahan utama :

1 Biji Telur Ayam
200 Gram Gula Pasir 
2 Cawan Santan Pekat
5 Helai Daun Pandan
2 Sudu Besar Tepung Jagung
Secubit Garam
Sedikit Pewarna Hijau
Air

Cara-cara memasak:

1. Kisarkan daun pandan dengan air dan tapis ambil jus pandan sahaja.
2. Dalam bekas besar, pecahkan telur dan pukul telur perlahan-lahan, sambil itu masukkan santan pekat kacau perlahan-lahan hingga sebati
3. Setelah sebati, tapiskan dan masukkan ke dalam mangkuk jus pandan
4. Masukkan pula gula, tepung jagung, pewarna dan gaul sehingga sebati
5.Masak diatas dapur api yang perlahan. Pasatikan sentiasa kacau sehingga campuran adunan menjadi pekat dan likat.
6. Setelah pekat, sejukkan ia seketika.
7. Sedia untuk dimakan bersama roti kukus atau dijadikan inti pau

Jangan marah tau ini cara orang bujang macam Maha buat kadang-kadang tidak ikut sangat cara asal masakan itu mungkin ada yang terlangkau. Apa pun yang penting adalah hasil di penghujungnya itu sedap dan boleh makan sendiri puasa hati hehehe puji diri sendiri nampak. Kalau korang ada resipi PKP yang menarik boleh kongsikan. Mana tahu nanti Maha boleh cuba juga ok. Selamat mencuba dan selamat memasak.









2 ulasan:

  1. saya suka kuih bingka pandan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh tak pernah cuba lah kuih Bingka Pandan boleh try ni yang saya tahu Kuih Bakar jer hehehehe...

      Padam