Food Review,

Konsep Mexican Street Foods Di Kafe Mercado Wisma Central

Rabu, Julai 14, 2021 Mahamahu 10 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Amacam korang hari ni moga terus sihat dan juga duduk rumah musim pandemik ni. Kalau rasa nak keluar atas urusan yang betul-betul penting sahaja. Tapi bagi Maha lagi senang kalau buat pembelian dalam talian sahaja. Korang boleh pilih apa nak dan mereka akan sediakan dan hantar terus depan pintu. Lagi selamat dan juga lagi senang tak perlu nak keluar, semua boleh buat hujung jari.


Macam baru-baru ini Maha ada tempah satu set makanan yang sebenarnya Maha sendiri jarang sangat makan. Siapa sini yang pernah makan masakan Mexico? Mesti pelikkan sebab jarang-jarang ada restoran makanan Mexico kat negara Asia ni macam Malaysia. Tapi sebenarnya ada dan ia adalah sebuah restoran makanan Mexico yang Halal di Malaysia. Kalau sebelum ni korang pernah dengar pasal nama Restoran Sombrero yang telah beroperasi lebih dari 10 tahun di Bukit Jelutong Shah Alam





Kali ini adik kepada restoran ini juga yang merupakan pemilik restoran dan kafe yang sama dan juga ianya Halal iaitu Kafe Mercado. Nak kenal kafe ni senang jer kat tulisan logo mereka ada topi Mexico yang menjadi treadmark kepada budaya Mexico. Jadi sebab itu Maha cuba order makanan dari kafe yang baharu dibuka ini, tak silap awal May sama dengan tarikh PKP 3.0 bermula. Jadi sekarang ini mereka ada sediakan penghantaran makanan menggunakan khidmat penghantar makanan melalui laman sesawang mereka sendiri.



Hari tu Maha masuklah laman sesawang Mercadofoods.my/menu untuk cuba makanan ni dah lama tak makan. Kalau korang nak tahu Mercado membawa maksud 'Pasar Makanan' di Mexico, jadi sebab itu konsep makanan kat sini seperti makanan jualan gerai ditepi jalan-jalan utama di bandar Mexico. Ia mejual makanan Halal authentic Mexico dan juga Tex-Mex. Siapa yang datang sana boleh 'customize' sendiri pilihan makanan seperti Taco, Burrito, Fajita, Ayam Bakar Pedas dan macam-macam lagi.

Taco Picante Chicken dan Taco Jalapeno Beef



Kalau korang masuk sendiri kat laman sesawang mereka di situ telah ditunjukkan langkah-langkah untuk buat pilihan daripada pemilihan wrapper macam mana sehingga kepada sos apa yang korang nak letak dalam tu. Hari tu Maha try cuba hampir semua menu yang ada. Sebab ia macam konsep grab and go jadi tiada banyak sangat menu berat kat Mercado ini. Tapi tetap kenyang kalau makan kerana saiz yang sesuai untuk seorang makan.

Quesadilla Platter Mixed Beef dan Quesadilla Platter Chicken



Hari tu Maha cuba mereka punya menu paling popular iaitu Taco. Ada dua jenis Maha cuba iaitu Taco Picante Chicken dan juga Taco Jalapeno Beef. Dua-dua menjadi kegemaran Maha sebab rasa Taco yang rangup garing serta bahan dalam tu yang penuh tak kedekut serta sos yang banyak memang kesukaan Maha lah. Lepas tu Maha tempah satu lagi iaitu Quesadilla Platter yang ni pun ada pilihan nak Mixed Beef atau Chicken. Ini pun juga menjadi pilihan ramai orang kerana ia macam piza yang diapit dua dibakar garing dan cheese leleh di dalamnya terbaiklah. Ia sesuai makan untuk 2 ke 4 orang tau besar saiz ni.

Burrito Beef Machaca



Banyak lagi best kat sini korang boleh cuba mereka punya Burrito. Untuk Burrito ni Maha pilih yang Burrito Beef Machaca dimana isi dalamnya daging lembu yang lembut dicarik-carik halus. Sangat padat sedap kunyah kerana ada cheese di dalamnya. Lagi satu yang ni pun sedap juga iaitu Chili Con Carne with Tortilla. Korang nak makan kena cicah tortilla yang lembu tu dengan chili con carne iaitu kacang hitam, kalau kat Malaysia macam seperti makanan Kacang Pool yang popular kat Johor tu. Tapi ni rasa lain lebih sedap dan juga ada taburan cheese juga atasnya.

Chili Con Carne with Tortilla



Pada yang suka makanan berat sikit kat sini ada jual makanan berasas nasi dan juga ayam bakar. Korang boleh pilih antara Pikantei Roast Quarter Chicken with Mole Sauce bersama 2 side dishes boleh pilih. Yang Maha pilih side dish ni iaitu Mixed Beans ada campur cendawan dan Pico De Gayo. Juga korang boleh ambil menu Nasi Tomato Mexico with Mixed Beans and Chicken Adovada. Ia sesuai untuk orang Malaysia suka makan nasi lebih kurang nasi tomato kat Malaysia dan ayam tu pula macam ayam masak merah cuma mereka gunakan cili khas daripada Mexico.

Pikantei Roast Quarter Chicken with Mole Sauce and 2 Side Dishes



Last sekali sebagai penutup Maha pilih Chili Beans Fries iaitu kentang goreng yang sos kacang diatasnya sangat sedap makan panas-panas. Kalau korang perasan kebanyakkan makanan Mexico ni mereka kaya dengan sayur dan mesti letak cheese dalamnya. Sebab kat sana ada pelbagai jenis kejukan. Puas hati lah hari tu dapat beli makanan Mexico ni harga sangat mampu milik dan juga saiz yang boleh buat kenyang perutlah. Jangan risau kalau siapa yang pertama kali nak cuba masakan Mexico pun boleh try sebab lebih kurang selera kita cuma ada sedikit bahan yang mereka gunakan bahan memang import punya.

Nasi Tomato Mexico with Mixed Beans and Chicken Adovada


Chili Beans Fries


Sebab itu kat Kafe Mercado ini bukan sahaja ada jual makana tapi juga ia ada juga pelbagai bahan mentah yang selalu digunakan dalam masakan Mexico. Barangan grocery harian meraka ada yang di-import dari Mexico, USA dan ada yang dibuat sendiri oleh Chef Arif dengan harga lagi murah daripada pasaran di luar sana. Ini pun boleh pos juga mereka hantar terus ke rumah. 

Chef Arif dengan Pikantei Hot Sauces


Macam yang ada kat Maha ni iaitu seperti Sombrero Pikantei Falming Hot Sauce, Sombrero Pikantei Pinago Tropical, Sombrero Pikantei Amargo Verde Sauce. Kenapa nama masih Sombrero? Ini sebab Maha cakap tadi mereka ni sama pemilik cuma ia konsep sahaja yang berbeza. Juga ada sos pedas seperti La Costena Salsa De Habenero, Tapatio Salsa Picante Hot Sauce dan juga Old El Paso Refried Beans iaitu kacang lenyek. 




Sekarang ni tengah ada pelbagai promosi hebat untuk pembelian dalam talian menggunakan Grab/Panda. Tapi kalau korang beli terus daripada aplikasi telefon Mercado sendiri lagi banyak untung boleh dapat reward points dan pelbagai promosi serta harga asal seperti dijual di kafe tersebut. Kalau korang nak cari Kafe Mercado pula ia terletak di Ground Floor Wisma Central sebelah Robinson Mall dan sebelah dengan KLCC. Siapa yang kerja area sana boleh lah singgah dan grab and go untuk dapatkan makanan Mexico yang Maha sebutkan tadi. 

Kafe Mercado terletak di Ground Floor Wisma Central 


Mana tahu ada yang nak mencuba tapi jangan risau ia Halal dan milik orang Islam tau iaitu Chef Arif sendiri. Nanti kalau dah singgah dan cuba makan atau tempah secara dalam talian boleh kongsikan pengalaman korang kat sini ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Terus jaga kesihatan dan tetap duduk di rumah #KitaJagaKita ok jangan keluar. Moga segala pandemik ini terus berakhir juga nanti. 

Sebarang promosi dan maklumat terkini tentang Kafe Mercado boleh layari:







10 ulasan:

  1. Nampak Taco tu macam menarik. Macam boleh ngam je dengan masakan Mexico ni. Warna warni isi dia tu yang buat menarik tu.

    BalasPadam
  2. Dapnya! Siap dapat dia nyer sos ek. Nanti boleh la uols masak untuk kita bila dah boleh berkumpul ye.
    Wah. Bertambah koleksi topi uols

    BalasPadam
  3. wah mudahnya boleeh order terus sampai rumah. nampak sedap semua makanannya :)

    BalasPadam
  4. Sedapnya. Teringin la nak rasa Taco tu bila tengok gambar Maha. Tapi akak jauh di Penang.

    BalasPadam
  5. ayakaramba !!!! hahaha rasa macam tengok orang mexico pulak yer. Makanan semua nampak sedap, harap2 boleh delivery sampai rumah saya juga. Sos dia pun semua mengancam , mesti rasa dia lain dari yang lain kan.

    BalasPadam
  6. Kemain ekk sama naik dengan Dutanya tu hahahaha.. meriahnya Maha dia punya inti dan sos, trasa kesedapannyaaaa uii.. tu semua sos dia ada jual ek.. nak kitim anak laa sebelum balik JB ni..

    BalasPadam
  7. Wahhh sedapnya wak..kte kan mmg suka mencuba pelbagai makanan dr negara2 lain..ohoiii nnt nak cuba mexican ni lak

    BalasPadam
  8. This looks absolutely delicious and pedas! I am sure the whole family will enjoy these dishes at any time of the day. cant wait to try this for myself

    BalasPadam
  9. Dah lama tak ke Wisma Central berdekatan KLCC tu kan. Ruby dulu keje kat KLCC, mesti ke Wisma Central untuk makan lunch. Tak sangka ada Kafe Mercado Food sekarang. Nanti lepas PKP nak pergi lah.

    BalasPadam
  10. woi apa semua nampak sedap2 ni.. x adil betul hahahahah.. tacos tu best giler... nanti nak tryla

    BalasPadam