Barang Dapur,
Lokasi Food Bank atau Gerobok Rezeki Berhampiran Anda #RakyatBantuRakyat
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kita masih dalam dalam Fasa berjuang untuk membantu mereka yang dalam keadaan sangat terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 yang terus dan terus disambung sampai tak tahu bila berkesudahan. Seronok tengok negara orang lain semua dah start bebas daripada segala penyakit ini kita negara yang masih struglle dengan isu ini tak habis-habis dah masuk tahun kedua.
Sebelum ini tahun lepas kita adalah antara negara yang dipandang orang luar sebagai negara yang berjaya menangani masalah Covid 19 kerana kita pernah mencatatkan 0 kes yang dilaporkan pada tahun lepas. Namun sebab kesilapan sikit yang dilakukan oleh orang-orang yang tamak dan gila kuasa sekarang kita tanggun sengsaranya. Kes makin meningkat tahun ini sehinggakan terpaksa dilaksanakan PKP lagi dan lagi dan lagi.
Malah negara kita juga dibariskan antara negara paling teruk kes jangkitan covid 19 di kalangan negara-negara Asia lain. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni. Sampai bila isu ini akan selesai. Nak kata lockdown dan sampai hilang pekerjaan dan punca pendapatan ramai rakyat bawahan atau B40 menjadi miskin tegar. Sampai sekarang pula bukan isu pada penyakit covid tapi lebih kepada isu tekanan perasaan dan kes baru pula meningkat iaitu kes bunuh diri.
Ada yang sanggup bunuh diri kerana tertekan hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan, putus bekalanan makanan dan juga sengsara kehidupan. Itu yang lagi teruk sekarang ini. Apa yang kita boleh bantu kita bantu sebagai rakyat yang masih prihati. Sehingga rakyat terpaksa melaksanakan kempen kibar Bendera Putih untuk menggalakkan mereka yang ada masalah mendapat bekalan makanan untuk kibar bendera putih dan siapa yang melihat agar dapat membantu.
Sekarang ini juga Alhamdulillah banyak NGO, Syarikat koporat atau juga orang persendirian yang telah ligat ambil inisiatif untuk membantu dengan memberi sumbangan melalui penyediaan Food Bank atau juga Gerobok Rezeki kepada mereka yang memerlukan keperluan makanan. Kat sini Maha senaraikan beberapa lokasi yang korang boleh pergi untuk dapatkan bantuan makanan sekiranya benar-benar memerlukan dan terputus bekalan makanan.
Senarai Masjid dan Surau sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang sediakan Gerobok Rezeki untuk diambil oleh mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan.
Kepada mana-mana orang atau sesiapa yang susah tak kira bangsa, agama dan juga warganegara yang sangat memerlukan makanan boleh datang untuk ambil makanan yang diperlukan sahaja untuk anda dan keluarga. Jangan malu atau segan untuk ambil kerana ia disediakan untuk membantu anda.
Bagi mereka yang tahu mana-mana keluarga atau rumah yang kibar bendera putih atau juga yang memang susah memerlukan keperluan dapur dan juga keperluan peribadi ini boleh datang ambil dan bagikan kepada mereka. Mungkin mereka ini tidak tahu lokasi nak tuju atau juga mereka ini tiada pengangkutan untuk pergi ambil di lokasi yang disediakan. Kita yang mampu ini bantu memudahkan urusan mereka.
Bagi individu atau juga badan koporat yang berkemampuan dan hendak menyalurkan bantuan barang keperluan ini boleh lah hantarkan barang ini ke mana-mana lokasi yang disenaraikan ini bagi membantu menambahkan lagi jumlah barang yang diperlukan di lokasi Food Bank atau Gerobok Rezeki ini. Kita sama kita membantu dan ini akan meringankan beban semua orang.
I regularly visit your site and find a lot of interesting information. Not only good posts but also great comments. Thank you and look forward to your page growing stronger.Street View 3D
BalasPadam