Austarlia Beef,

Resipi Gourmet Steak Wraps and Salad Dengan 'True Aussie Beef'

Isnin, Julai 12, 2021 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Apa aktiviti korang sepanjang daripada PKP 3.0 mula sehingga kepada ia masuk sekarang Fasa kedua pula dan ada lokaliti yang kena PKPD. Mesti korang dah pakar memasak kat rumah tukan hehehehe. Silap-silap lepas habis PKP ni boleh buka kedai makan masakan barat hehehe. Sebut pasal masakan barat ni hari tu Maha ada cuba satu menu masakan menggunakan daging dari Australia.



Jadi maha ingat nak kongsikan resipi tu kat sini kalau korang rasa nak cuba boleh lah try ok. Maha buat yang biasa-biasa jer alakadar mana yang tahu. Lain tu pakai hantam sahaja. Maha namakan resipi ini iaitu 'Gourmet Steak Wraps and Salad'.  Korang lagi hebat kan masak-masakn ni kan. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak memasaknya. Tak susah pun cuma leceh sikit kerana ada banyak komponen yang perlu sediakan dahulu. Jom kita masuk dapur.....



Bahan-bahan utama:

- 200gm Black Angus True Aussie Beef Striploin
- 1 Bawang Holand
- 100gm Cendawan Butang
- 1 1/2 sudu Minyak Zaitun
- 1/2 sudu serbuk Daun Basil
- 1/2 sudu serbuk Daun Rosemary
- 1 sudu Gula
- 1 sudu Garam
- Daun Salad, Taugeh Hijau dan Tomato Cherry 

Cara nak memasak:

1) Perapkan daging dengan rempah seperti sebuk daun Basil dan juga serbuk daun Rosmary bersama sedikit garam. Gaul dan rata seluruh daging tu sebelum perap setengah jam jer.  
2) Kita buat bahagian bawang goreng. Potong bawang membulat. Kemudian masak dalam kuali bersama minyak zaitun dengan sedikit gula, garam dan serbuk daun tadi. Bila dah masak hitam sikit boleh angkat dan asingkan.
3) Kita buat pula bahagian cendawan butang. Cendawan yang telah dibasuh potong dan kemudian masak dalam kuali dengan sikit minyak zaitun dan masukkan garam sahaja. Sudah masak dalam 10minit asingkan.
4) Baru kita panggang daging tadi dalam kuali dengan masukan sedikit butter sehingga cair. Kemudian masak setiap belah daging dalam 10minit jangan lebih nanti terlalu masak. Lepas kedua-dua belah dah masak kita angkat. Biar sejuk sikit dan potong nipis-nipis.
5) Sediakan wraper tak kisah jenama apa. Kemudian susun setiap bahagian setiap sudut wraper. Lipat menjadi bentuk segitiga dan panas sekejap atas kuali untuk garingkan wraper tu baru sedap makan.



Siap dah boleh hidangkan untuk makan tak kisah makan siang atau malam. Ni baru makanan orang diet hehehe. Makanan sihat katanya ada protien dari daging dan juga sayur hijua untuk serat seimbang. Kalau makan hari-hari boleh kurus Maha ni wakakaka. Daging tu korang kena guna True Aussie Beef tau kerana ia daging yang berkualiti tinggi dan sihat kurang lemak dan juga bagus untuk diet. 





Kalau korang ada lagi resepi yang menarik nak kongsikan kat sini boleh jer mana tahu Maha boleh cuba hehehe. Yer lah duduk rumah apa yang boleh buat makan tidur dan buat kerja. Moga kita terus sihat dan juga terus diberikan kebaikan selepas apa yang kita lalui sekarang ini. Moga penyakit Covid ni terus jauh dari kita semua. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 








0 Pandangan: