Dapur,

Resipi Laksa Utara Ala Bujang Masak Untuk Suka-Suka

Jumaat, Julai 02, 2021 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan semoga dilindungi dari penyakit. Nampak gayanya makin kena kurung lah sekarang ni bila kerajaan dah umumkan pula PKPD bersasar kepada mukim, daerah dan komuniti yang jangkitan serius seperti Selangor dan Kuala Lumpur. Tak tahu bila nak habis semua ni sebab hari-hari tengok kes makin lama makin meningkat tiada tanda penurunan pulak. 



Nampak gaya macam Raya Qurban tahun ni masih raya sendiri lagi lah tak dapat pulang ke kampung. Sedih raya dalam telefon sahaja lah tahu ni lagi. Tak apa lah nak buat macam mana raya tetap kena raya juga tak gituwww. Cuma kali ni nak buat satu resipi yang selalu juga kita temui semasa musim perayaan. Kalau dulu pergi rumah jiran mesti akan ada salah satu yang buat Laksa untuk jamu kepada tetamu yang datang beraya. Kali ni kita tengok pula resipi Laksa Utara Ala Bujang yang buat hehehe. Jom tengok bahan-bahan yang Maha gunakan.

Bahan-bahan utama:

1 bungkus Laksa Beras
1 kg Ikan Sardin / Ikan Kembung
1 sudu besar Belacan
2 kuntum Bunga Kantan (dibelah 4)
1 ikat Daun Kesum
4 keping Asam Keping
Gula dan Garam secukup rasa

Bahan untuk kisar halus:

10-15 tangkai Cili Kering
2 biji Bawang Besar
8 biji Bawang Merah
6 ulas Bawang Putih
1 cubit Udang Kering

Bahan untuk sayuran:

5 biji Telur (direbus)
2 biji Bawang Besar (hiris nipis)
1 batang Timun (potong panjang)
5 biji Cili Merah (potong nipis)
1 ikat Daun Salad (potong nipis)
10 biji Cili Padi (potong kecil)

Cara-cara untuk memasak:

1) Rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan.
2) Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar isi ikan sehingga sedikit halus. 
3) Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air rebusan dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan masak bersama bahan di kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
4) Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
5) Sekiranya kuah anda pekat tambah sedikit air mengikut kesesuaian. Masak lagi sehingga mendidih.
6) Hidangkan laska bersama kuah dan bahan sayur-sayuran.

Dah siap cara nak buat Laksa Utara ala-ala orang bujang yang buat main campak-campak sahaja. Tapi yang penting Laksa ni adalah kuahnya kena betul sedap menggunakan ikan yang segar dan berkualiti baru rasa kuahnya sedap memikat gituwww. Kalau siapa biasa pergi Langkawi atau Kedah mereka sediakan menu Laksa Ikan Sekor. Dalam laksa tu mereka letak lagi satu ekor ikan rebus nak bagi betul-betul nikmat makan Laksa. Kalau korang ada bajet lebih boleh juga buat. Selamat mencuba semua ok.











4 ulasan:

  1. perghhhh
    aku dah suka laksa
    delivery sini weh
    lapaq ahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe boleh kau sedia bahan aku masakkan wakakaka tunggu Raya Haji

      Padam
  2. Sedapnya laksa...seremban dah PKPD ni susah nak keluar pergi beli bahan buat laksa....Maha la ni...tengok akak dah teringin dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe Sabar akak kita usaha kemudian ok

      Padam