Fon Telinga,

Sudio T2 Terbaharu Dan Peranti Fon Telinga Tanpa Wayar Paling Laris

Isnin, November 01, 2021 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kalau korang masih ingat Maha pernah kongsikan kepada korang tentang fon telinga Sudio NIO. Maha pun dah suka guna fon telinga tu kerana ia sangat mudah dan juga senang digunakan dimana-mana sahaja. Nak buat video atau nak dengar lagu pun senang dan juga antara yang terbaik setakat itu. Tapi kini Sudio keluarkan lagi fon telinga tanpa wayar yang terbaharu dan paling laris katanya. Kali ini diberi nama Sudio T2 'simple but power'.



Sudio T2 kali ini lebih lagi syok dan juga lebih kepuasan bila gunakan. Bukan sahaja daripada segi reka bentuk yang agronamik dan mudah di gayakan tapi juga hasil bunyi yang sangat mantap. Ini ada beberapa ciri baharu untuk fon telinga Sudio T2 mereka.

Hayat Bateri Sehingga 35 Jam


Kalau selalu bila sebut padal fon telinga ni memang bahagian paling lemah adalah ketahanan baterinya. Terbaharu Sudio T2 ketahanan beteri sekali cas penuh boleh tahan selama 35 jam guna tanpa henti ok. Kalau korang guna sekali sekala ia mampu untuk bertahan beberapa hari. Juga pengecasannya juga tidak lama hanya 10 minit sekali cas korang boleh gunakan untuk 2 jam. Jadi guna untuk joging atau juga bawa sambil pandu kereta atau dalam penerbangan tak terasa perjalanan yang lama. Adalah penghibur untuk kita tidak lah mengantuk sangatkan.



Active Noise Cancellation (ANC)


Sudio T2 mencipta pengalaman mendengar yang lebih mendalam dengan menganalisis bunyi bingit dan menjana anti-frekuensi dalam masa nyata. Itulah kuasa teknologi pembuangan bunyi hingar aktif Sudio T2. Bunyi bising ditapis sebelum sampai ke telinga anda. Sekat gangguan bingit di mana sahaja anda berada, sama ada berulang-alik dalam transit, keluar untuk berjalan-jalan atau di rumah. Maksudnya bila masuk jer fon telinga ni terus korang ada dalam dunia korang tersendiri tiada gangguan luar.






Pemacu Audio Dinamik Dengan Keselesaan Sepanjang Hari


Selepas melalui ujian fizikal dan rekabentuk dan diuji pada lebih 400 bentuk telinga, hujung telinga Sudio T2 yang baru dibentuk menawarkan keseimbangan kesesuaian dan keselesaan yang sempurna untuk mana-mana saiz telinga manusia dari XS hingga L. Teruskan mendengar untuk tempoh yang lebih lama tanpa sakit telinga. Itu satu yang Maha tak berkenan sangat kepada jenama biasa fon telinga ni mereka tidak mesra telinga dan bila pakai pada masa yang panjang sikit kita cepat sakit pada bahagian dalam dan tepi telinga.




Terdapat Dalam Empat Pilihan Warna


Ini adalah yang paling best untuk Sudio T2 ni mereka datangkan dengan empat jenia varian warna pilihan dan pecinta muzik. Warna seperti Hitam, Putih, Sand dan Jade. Yang Maha ada ni adalah warna hitam yer lah hitam tukan menawan dan bergaya boleh kena pada apa sahaja jenis outfit dan juga situasi. 




Kawalan Sentuh Sudio T2


Terdapat beberapa cara untuk kendalikan fon telinga Sudio T2 ni dengan menggunakan jari korang sahaja. Kat bawah ni Maha bagi panduan untuk lebih cepat menggunakan fon telinga ini tak perlu kawal pada telefon korangkan. 

- Klik pada mana-mana peranti untuk memainkan muzik atau menjawab panggilan
- 2 kali klik pada peranti belah kiri untuk memainkan lagu sebelumnya
- 2 kali klik pada peranti belah kanan untuk memainkan lagi yang seterusnya
- 3 kali klik pada peranti belah kiri untuk merendahkan volum 
- 3 kali klik pada peranti belah kanan untuk meningkatkan volum
- Tekan selama 3 saat di mana-mana peranti untuk tamatkan panggilan




Waranti Antarabangsa Tiga Tahun Dengan Sudio SPHERE


Setiap produk barangan elektronik mesti kena ada waranti dan untuk Sudio jaminan kepada korang adalah waranti tiga tahun. Kalau ada masalah rosak akibat daripada produk tu sendiri boleh terus tukar yang baharu. Harag untuk fon telinga ini pula dipasaran sekarang ini adalah RM549 atau USD149. Tapi kalau korang nak beli sekarang ini melalui online di link https://www.sudio.com/my/ dan gunakanlah diskaun kod 'MAHAT2' untuk dapatkan potongan 15% lagi jimat dah kat situ. 



Jadi sekarang ni macam mana. Apa pilihan korang bila dah baca dan tengok sendiri bentuk terbaharu Sudio T2 ni. Rasa jatuh cinta tak hehehe. Maha dah dapatkan datu memang berbaloi sangat korang pun boleh juga dapatkannya. Nanti tinggalkan komen dan pendapat korang tentang fon telinga ni bila dah gunakan ok. Selamat mencuba.








 

8 ulasan:

  1. Letupsnya. Siap shooting kat Langkawi dengar khabar. Jauh pergi ye level awak sekarang nie. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat mcm mana demi memberikan yang terbaik pada pelanggan tiberrr

      Padam
  2. betul die unik...ramai dah guna memang best..tergoda plak kita tengok warna die

    BalasPadam
  3. design unik dan warnanya pun menarik. zaman sekarang banyak gajet canggih yang kadang-kadang kita pun tak terkejar. Malahan anak-anak pula lagi advance. Bolehla guna diskaun kod tu kalau nak beli

    BalasPadam
  4. ok sudio yg hitam ni.. mmg lawo.. aku mmg berkenan sgt hehe

    BalasPadam
  5. Jadi sekarang rasa nak rembat satu juga Sudio ni, semua design dia cute sangat ekk, color pun menarik.. harga berbaloi dengan spesifikasi dia..

    BalasPadam
  6. Canggih lah design terbaru produk sudio ni. Ada satu yg design lama.rasa nak cuba yang design baru ni pulak .lebih tahan lama baterinya..

    BalasPadam