Dapur,
Fakta Menarik Pemakanan Dan Peraduan U.S. Potato
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga semu rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Hari ni Maha nak kongsikan satu bahan makanan yang mesti wajib ada di dapur setiap rumah iaitu kentang. Tapi ia adalah kentang istimewa yang di import dari USA. Selama ini kita mendapat fakta yang kurang tepat tentang kentang. Kali ni Maha nak bongkarkan sedikit tentang kebaikan U.S. Potato yang sering digunakan dalam masakan. Juga Maha nak berikan korang peluang untuk menangi hadiah istimewa daripada U.S. Potato melalui satu peraduan. Nak tahu kena baca sampai habis posting ini.
U.S Potato adalah satu bahan makanan yang sebenarnya sesuai untuk diet seseorang. Ini kerana ia bebas lemak, bebas natrium dan bebas dari kolesterol yang tidak sihat. Satu biji kentang ia dapat memberi sumber vitamin C yang sangat baik, kalium yang baik iaitu 620mg lebih daripada sebiji pisang, dan sumber vitamin B6 yang baik untuk tubuh. Semua vitamin dan kalium ini sangat diperlukan badan manusia agar mengekalkan kesihatan yang seimbang.
Percaya atau tidak dalam satu biji buah kentang mengandungi hanya 110 kalori dalam setiap hidangan untuk kendang bersaiz sederhana. Jadi ia adalah satu diet yang bagus untuk mereka yang sentiasa menjaga pengambilan kalori setiap hari. Yer lah sekarang ni orang kita lebih penting pada pengiraan kalori yang di ambil dalam satu hidangan. Selain itu juga U.S. Potato ini sangat sesuai untuk dimasak dalam pelbagai cara seperti bakar, kukus, rebus atau goreng. Ia juga sesuai untuk dimasak dalam hidangan tradisional Malaysia. Sebab tu sekarang Maha banyak menggunakan U.S. Potato dalam masakan di rumah.
U.S. Potato Corn Pancakes (Served Sweet Chili Lime Dip) |
Kali ini Maha nak kongsi bersama korang satu resipi masakan barat yang Maha cuba dari website https://uspotatogoodness.com.my/recipes/u-s-potato-corn-pancakes-served-sweet-chili-lime-dip/. Nama resipi ini adalah U.S. Potato Corn Pancakes (Served Sweet Chili Lime Dip) korang boleh klik kat laman web tu. Sini Maha hanya kongsikan hasilnya yang dah siap masak nampak sedap tak? Hehehehe cer komen sikit. Ini Maha buat untuk menyertai peraduan "Click For U.S. Potato Goodness". Jadi mohon jasa baik korang untuk klik resipi tu dan view sebanyak mungkin ok untuk Maha menang.
U.S. Potato Corn Pancakes (Served Sweet Chili Lime Dip) |
Peraduan untuk korang pun ada juga. Cara-cara untuk sertai peradun ini sangat mudah ikuti sahaja langkah yang Maha sediakan ni ok:-
1) Pilih satu resipi masakan berasaskan U.S. Potato dalam laman webhttps://uspotatogoodness.com.my/potato-recipes/2) Sediakan masakan yang korang dah pilih dan ambil gambar akhir masakan yang korang sudah buat dengan cara paling cantik dan kreatif.3) Hantar gambar masakan yang korang masak bersama dengan nama resipi yang korang pilih dalam laman web U.S. Potato kepada email mahamahu83@gmail.com
Nanti selepas tarikh tutup tiga orang pemenang dengan gambar paling kreatif mengikuti resipi dalam laman web U.S. Potatos tu akan memenangi wang tunai RM50 setiap seorang. Juga tiga nama pemenang ni akan layak tuk bertanding peringkat seterusnya dan menang pulak Hadiah Utama iaitu sebuah Airfryer.
Wow!! Menarikkan jadi tunggu apa lagi korang pilih resipi kat laman U.S. Potato dan masak kemudian ambil gambar sekarang. Tarikh akhir hantar penyertaan adalah pada 25 Nov 2021 sebelum pukul 11.59malam. Senarai pemenang akan Maha umum pada 30 Nov 2021 nanti ok. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
Ok. Nanti I datang rumah u dan kita sama2 buat resipi ye. Mesti menjadi nyer.
BalasPadamBTW, dah view your recipe ye
nanti Boleh try... nampak menarik dan sedap jugak heheheh..
BalasPadamOhh yes I love potatoes a lot, thanks for sharing this informative post here, also love the recipes too. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadamBesar2 juga kan US Potato ni! Puas hati masak and makan bah! Nak try juga la 👍
BalasPadammenariknya boelh try resepi yang Maha share ni!
BalasPadam