Master Drive AI 2.0,

OGAWA Malaysia Pembukaan Semula Kedai Konsep Smart Retail Di Mid Valley Megamall

Isnin, Disember 13, 2021 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Kita bakal sambut tahun baharu 2022 yang tak lama lagi dalam keadaan kita juga masih lagi bertarung dengan Covid-19 dan juga beberapa variant baru yang mucul entah dari mana. Namun kita tetap tidak akan putus asa terus melawan demi mebangunkan ekonomi negara yang kita cintai. Begitu juga pemilik dan juga pengusaha kedai tak kira yang besar tau yang kecil tetap bersemangant untuk membuka semula peniagaan mereka. 



Seperti mana jenama OGAWA Malaysia yang baru-baru ini juga telah buka semula kedai pameran mereka dengan konsep baharu dan segar. Kali ini mereka membuka kedai dengan memperkenalkan hibrid teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup runcit yang dipertingkatkan untuk menjadikan pengalaman kedai lebih menarik kepada rakyat Malaysia. Maha teruja kerana juga menjadi antara tetamu yang dapat hadir sama pada hari pembukaan kedai konsep smart retail di Mid valley Megamall.






Berada di aras dua sayap selatan Mid Valley Megamall kepada penguna dan juga mereka yang suka produk kerusi urut mereka boleh datang sini. Kedai baharu ini juga menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global dan tawaran pengalaman terbaik yang sesuai dengan sasaran abad moden. Daripada estetika dalaman kedai kepada identiti jenama logo yang dipertingkatkan, kedai konsep OGAWA menandakan satu lagi babak transformasi yang mengintegrasikan kedua-dua kehidupan pintar dan pengalaman runcit fizikal yang memberikan 'Smart Living' yang mengasyikkan dengan cara yang mudah dinikmati.





Maha sendiri rasa teruja masa masuk kedai konsep OGAWA ni memang rasa bagaikan berada di sebuah kedai pintar dengan segala teknologi ada dalam tu. Reka bentuk dalamana kedai itu mengabungkan teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup runcit, menggunakan warna utama emas mawar dan putih juga dipadankan dengan warna bijirin kayu. Macam mana tu korang nak bayangkan. Ditambah hebat lagi dengan aliran pancaran cahaya merentasi ruang yang dapat menyerlahkan kualiti produk dan secara semula jadi memberi kesan kelembutan di setiap penjuru dinding.






Logo OGAWA juga diberi sentuhan kesegaran baharu daripada warna hijau yang boleh dikenali kepada putih yang lebih canggih mencerminkan ketetapan OGAWA untuk membawa kesejahteraan kepada semua. Korang boleh tengok pada ruang masuk kat kedai konsep baharu ini memang menarik bagaikan berada di dunia futuristik. Selain daripada penaiktarafan reka bentuk juga penaiktarafan khidmat pelanggan mereka. Ini dibuktikan dengan penyediaan ruang VVIP eksklusif didedikasikan khas untuk pelanggan mereka yang telah lama menyokong produk ini. 






Bestnya kali ini korang dapat juga merasai produk unggul OGAWA iaitu Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan sehingga 5,184 kombinasi urutan untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang luas, menampilkan Artificial Intelligence (AI) termaju termasuk pengecaman muka, Penjejak Kesihatan dan Pengimbas, dan Automatik Berkuasa AI. Kat sini Maha dapat cuba sendiri dimana produk ini korang boleh komunikasi dengan berkata-kata untuk membuat segala tugasan daripada memulakan kerja mengurut sehingga kepada mengubah fungsi lain. Korang hanya sebut sahaja namanya seperti 'Hai OGAWA' kerusi ini akan menyahut dan bersedia merima arahan lain daripada korang, menarik bukan.




Itu semua korang dapat rasai sendiri kat kedai baharu OGAWA ini sebelum korang sendiri membuat pengesahan untuk membawanya pulang kerumah. Baru lah kita rasa puas hati betul tak kan. Sempena dengan pembukaan semula besar-besaran, OGAWA juga menawarkan jualan Krismas eksklusif di mana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50%, dengan pelan 0% selama 68 bulan, hanya tersedia di cawangan-cawangan OGAWA sahaja. Bagi Maha sangat berbaloi untuk rembat promosi ini. Tunggu apa lagi layari laman sesawang https://www.ogawaworld.net untuk maklumat lanjut.








13 ulasan:

  1. Wah tahniah Ogawa atas pembukaan cawangan baru. Nnt kte gi survey sbb ogawa kat umah ni dah uzur sgt da hehe

    BalasPadam
  2. wah..memang berbaloi tu kalai beli. dah lama teringin juga nak beli mesin urut ogawa tu..haha

    BalasPadam
  3. Wowo...congrats on the grand opening of ogawa, the new models look so comfy, wish to own a massage chair at home. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  4. Congrats for the opening of Ogawa store. the massage chair really tempting. Used to own the old model and it is really good.

    BalasPadam
  5. terbaik ogawa.. buka outlet terbaru.. banyak pilihan boleh dapat dilihat sendiri pelanggan

    BalasPadam
  6. Tahniah ogawa. Hensem sungguhla kerusi ogawa tu. Syiok ni kalau ada kat rumah

    BalasPadam
  7. You should proceed your writing. I am confident, you’ve a great readers’ base already!

    BalasPadam
  8. One of the most serious issues is a lack of good communication

    BalasPadam
  9. this is very appealing, however , it is very important that will mouse click on the connection:

    BalasPadam
  10. I want, so there are plenty of resources to reference.

    BalasPadam
  11. Interesting! I was thinking the same thing as you. Thank you

    BalasPadam
  12. Such an amazing and helpful post. I really really love it

    BalasPadam
  13. I am glad that you shared this helpful info with us.

    BalasPadam