Aplikasi,

Ciri Baharu Dalam Aplikasi McDonald’s Order & Collect Dengan Cara Korang Sendiri Lebih Pantas Dan Mudah

Khamis, Februari 17, 2022 Mahamahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Maha nak tanya siapa sini yang tidak suka makan McDonalds sila DM Maha segera hehehehe. Tidak adakan mesti ramai yang suka makan terutama burger dan juga juga setiap kali McDonalds buat promosi baharu mesti korang nak kena cubakan. Maha sendiri pun suka makan burger dan juga fries McD tu memang memikat giler. 



Sekarang ni semenjak dunia diserang oleh pandemik Covid-19 tu semua orang dah mula menggunakan teknologi dalam buat tempahan makan. Begitu juga dengan McDonalds Malaysia mengikut perkembangan dan juga kehendak penggemar makanan mereka. Kali ini McD bukan sahaja buat aplikasi untuk tempahan penghantaran makanan ada ciri-ciri terbaharu diperkenalkan. Ciri Order & Collect membolehkan korang memesan, membayar dan memilih bagaimana dan dimana korang ingin mengambil pesanan secara terus melalui aplikasi McDonald’s.



Apa yang best aplikasi baharu ini korang tidak lagi perlu untuk bebaris panjang buat tempahan makanan yang dine-in atau juga yang pandu lalu. Korang tempah siap-siap dalam aplikasi McDonald’s ini nanti lepas tu korang boleh tentukan bagaimana korang nak ambil makanan tersebut. Kalau yang nak dine-in pun korang hanya duduk sahaja kat meja dan buat tempahan dalam aplikasi McDonald’s nanti krew mereka akan hantar terus makanan ke meja korang.



Lepas ini akan nampak pelik kalau masih ada lagi orang yang berbaris panjang kat kaunter atau ambil order lama-lama kat pandu lalu, kerana semua tempahan dihujung jari sahaja. Ada empat cara untuk korang nak ambil tempahan yang telah dibuat melalui aplikasi McDonald’s ini. 

1. Bawa Pulang (Takeaway
Pelanggan tidak perlu lagi beratur di restoran setelah membuat pesanan melalui telefon bimbit, dan hanya perlu mengambil pesanan mereka di kaunter.

2. Makan di Restoran (Dine-in)
Pelanggan boleh duduk bersantai di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit mereka. Pesanan yang telah dibuat akan dihantar ke meja mereka di restoran.

3. Pandu-Lalu (Drive-Thru)
Pelanggan boleh membuat pesanan awal dan mengambil pesanan di restoran Pandu-Lalu dalam tempoh 2 jam selepas pembayaran.

4. Pandu-Masuk (Drive-In)
Pelanggan boleh meletakkan kereta mereka di tempat letak yang disediakan di restoran sebelum membuat pesanan melalui telefon bimbit. Pesanan akan disediakan serta-merta dan dihantar ke kereta pelanggan.



Ciri baharu Order & Collect ini telah mula diperkenalkan sejak dari tahun 2021 seperti yang Maha bagi tahu dari awal-awal tadi di masa tengah tegang dengan kes Covid yang makin meningkat. Dengan cara baharu dan inovatif ini buat korang selaku peminat makanan McDonald’s rasa lebih selesa dan seronok untuk nikmati hidangan dengan cara yang lebih mudah. Cara tempahan dalam aplikasi ini juga telah diperluaskan diseluruh cawangan McDonald’s di Malaysia.



Sekarang ini pun aplikasi McDonald’s ini sudah ada dihampir semua telefon pintar rakyat Malaysia sebab senang dan mudah nak buat tempahan. Lagi pun penyediaan makanan mereka pun cepat dan juga enak kalau kat pejabat memang Maha dan kawan-kawan akan order McD sahaja senang tak ada masa nak keluar makan bila kerja banyak. Itu dah jadi gaya hidup sekarang siapa yang pantas ia akan mendahului permintaan.



Bagi meraikan pengguna yang mula beralih kepada cara yang efektif ini pihak McD memberikan ganjaran percuma setiap minggu mulai sekarang hingga 6 Mac apabila korang membelanjakan RM25 untuk Order & Collect dan pembayaran melalui Visa. Nak rasai pengalaman baharu ini bolehlah muat turun aplikasi McDonald’s di Apple Store atau Google Play Store sekarang juga.










5 ulasan:

  1. SENANG DAN MUDAH BILA ADA APPS MCM NI..TAK PERLU TUNGGU LAMA UNTUK PESAN MEKDI

    BalasPadam
  2. Mudahnya lahaii.. macam ni order je dari kereta, then datang amik je kann, senang.. tak perlu nak beratur dan tunngu lama.. bagus..

    BalasPadam
  3. I like this new order and collect method. Then it will be easier for us to buy what we want and do not need to wait for the long queue.

    BalasPadam
  4. Best guna applikasi ni. Senang kan. Saya sekeluarga memang gemar menggunakan apps ni. Kami selalu order masa tengah on the way. Bila sampai je tak perlu tunggu lama pun makanan dah siap. Tak payah nak beratur panjang-panjang.

    BalasPadam
  5. Bagus this new feature, sis dah try beberapa kali its easy and time saving

    BalasPadam