Buffet Ramadhan,

Buffet Ramadan Di Zebra Square Kuala Lumpur Dan Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall

Khamis, Mac 10, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasi sekalian. Masih lagi dengan Ramadan Buffet review yang tak habis-habis lagi. Kali ini Maha bawa kelainan sikit sebab selalu hotel kali ini kita bawa kepada sebuah dewan. Kalau masuk tempat ini sangat besar dan punya parking yang luas dan percuma. Dalam pula di hiasi dengan dekorasi bagai sebuah istana perkahwinan sebab tempat orang selalu buat majlis kahwinkan.



Ini lah dia ada dua tempat berbeza iaitu Zebra Square Kuala Lumpur dan Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall. Tapi yang Maha pergi hari tu adalah Zebra Square KL yang dekat dengan bulan Kampung Pandan. Kat situ ada pelbagai pilihan masakan Malaysia yang menarik bersama-sama dengan hidangan Melayu yang lain sepanjang masa. Semarakkan semangat Ramadhan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja korang dan raikan Kemeriahan bulan Suci bermula dari 7 April hingga 30 April 2022





Di Zebra Square Kuala Lumpur mampu memuatkan kapasiti tempat duduk 300 hingga 400 dalam satu-satu masa. Ia menawarkan hidangan bufet yang disediakan oleh Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan pasukan yang berdedikasi menyediakan semua makanan dengan konsep bufet. Menghidangkan masakan tempatan yang menggoda, hidangan barat yang lazat serta gerai aksi khusus lain di mana chef melakukan aksi gastronomi tepat di hadapan mata pengunjung yang menyediakan pelanggan perjalanan yang menjanjikan untuk mengujakan selera mereka, menggembirakan selera mereka, menggembirakan deria mereka.






Keistimewaan bufet di sini  adalah Kambing Bakar yang diperap dan dibakar sempurna dan sesuai untuk jamuan Ramadhan setiap hari. Selain kambing panggang, hidangan bufet ini menampilkan makanan kampung asli tradisional seperti Daging Gulai Utara, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Perut, dan Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis. Suasana “Kampung” campur modern dengan lebih kurang 50 jenis hidangan termasuk kuih Melayu & Nyonya Tradisional serta pelbagai puding, kek, dan pilihan minuman yang menyegarkan.



Harga pula untuk Zebra Square KL menawarkan harga RM125 bersih untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak atau warga Emas. Manakala Grand Pacific Ballroom, Evolve Concept Mall menawarkan harga RM92 bersih untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak atau warga emas. Promosi early bird pula dalam talian pembelian dari 01 Mac hingga 31 Mac 2022 menawarkan belian 5 tempat duduk dengan percuma 1 tempat duduk sehingga 50 tempat duduk.







Tempat yang direka untuk memberikan keselesaan maksimum bagi setiap kesempatan untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi tempat baru dan ideal adalah terletak di kawasan bandar bersepadu yang dinamik di tengah-tengah Kuala Lumpur.






Bakal dilengkapi dengan rangkaian perkhidmatan sambungan Wi-Fi, sistem audio visual yang canggih, kemudahan telesidang, bilik taska dan surau serta kemudahan tandas yang lengkap dan selesa di dalam kawasan itu. Kebolehcapaian ke Zebra Square Kuala Lumpur dengan stesen LRT yang berada dalam jarak berjalan kaki untuk kemudahan berulang-alik atau naik pengangkutan awam atau Grab.








Lokasi Zebra Square Kuala Lumpur dan Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall sekiranya tiada bufet Ramadan ini ia boleh menjadi pusat perniagaan dan riadah yang luar biasa dengan menawarkan tempat yang ideal untuk sebarang acara besar atau kecil seperti perkahwinan, persidangan, pelancaran produk, sidang media, majlis resepsi, pameran atau lain-lain. Jadi ia boleh berubah ikut mood yang korang nak bila diperlukan sangat flexible tempat ni ok.

Sebarang tempahan boleh hubungi :
Whatsapp / Tel : 017-570 7039 / 017-251 6315 
E-mel : info@moderndynamicgroup.com







0 Pandangan: