Buffet Ramadhan,
Destinasi Rasa Serantau Tema Berbuka Puasa Dengan Perjalanan Seluruh Negeri di Sofitel Kuala Lumpur Damansara
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Kali ini kita pergi pula kat satu tempat untuk menikmati bufet buka puasa satu Malaysia. Di mana kat hotel ni chef mereka menyajikan hidangan masakan popular di serata negeri di Malaysia. Ini kerana kepelbagaian makanan yang tersebar di seluruh negeri menjanjikan kelazatan yang menakjubkan.
Hotel yang Maha maksudkan adalah Sofitel Kuala Lumpur Damansara yang terletak betul-betul di kawasan pesat membangun Pusat Bandar Damansara. Kali ini sepanjang Ramadan bufet buka puasa akan disediakan di Kwee Zeen Cafe atau Bilik Wau Bulan. Makan malam bufet dengan tema 'Destinasi Rasa Serantau' mejanjikan kepuasan dan juga kepelbagaian makanan yang terkenal seperti mana yang Maha ceritakan sebelum ini.
Cef utama di sebalik tirai akan menunjukkan kemahiran mereka dengan mempamerkan tujuh hidangan istimewa. Ia mewakili Tujuh Keajaiban masakan yang ada di seluruh Malaysia.
Pertama pergi ke Negeri Sembilan yang terkenal dengan Itik Salai Masak Lemak Cili Padi yang pedas. Itik salai yang dimasak dalam kuah santan kelapa asli dengan cili pedas. Kita ke bahagian atas pula iaitu Negeri Perak melalui rasa Rendang Tok Batu Kikir. Masakan tradisional yang menggunakan tulang rusuk pendek daging lembu yang direbus selama enam jam dalam santan kelapa dan rempah ratus Melayu.
Negeri seterusnya adalah Negeri Pahang dengan Udang Galah Masak Di Raja. Ia adalah masakan dengan udang sungai gergasi yang diperolehi terus dari Sungai Pahang iaitu sungai utama negeri ini. Mana lagi tempat nak cari Asam Pedas Ekor Lembu pastinya popular di Negeri Melaka. Ekor lembu yang lazat dimasak perlahan dalam kuah masam bersama rasa pedas dan panas. Negeri paling selatan tanah air iaitu Johor dengan juadah Lobster Otak-Otak Johor. Menggunakan ikan Asia yang dihidangkan dengan murah hati dengan udang galah, dibalut dalam bungkusan daun pisang
Lepas tu pergi ke kenduri rumah orang di Negeri Selangor mesti ada Kambing Bakar. Daging kambing berempah lembut yang dipanggang di atas api arang dengan perlahan dan penuh teliti. Akhir sekali kita terbang pula ke kepulauan Borneo iaitu Negeri Sarawak dengan aroma Manuk Pansuh. Iaitu juadah masakan ayam yang dimasak dalam ruas buluh.
Bila korang menikmati semua ini korang bagaikan bedada sepanjang penjelajahan makanan di Malaysia. Sambil itu pula di hiburkan dengan persembahan Gamelan tradisional dari Orkestra Perkusi. Ini akan meningkatkan selera dan nafsu untuk makan semasa korang menjamu selera di hotel ini. Menu lain turut juga ada melengkapi juadah di sini seperti masakan orang India dan juga itik salai cara Chinese. Serta juga juadah makana kuih muih tradisional yang saling melengkapi antara satu sama lain serta buah-buahan sebagai penutup segalanya.
Harga untuk Bufet makan malam Destinasi Rasa Serantau di Sofitel Damansara Kuala Lumpur:-
Bagi tarikh 3 April hingga 10 April dan 25 April hingga 1 Mei
RM128 seorang dewasa dan RM64 seorang kanak-kanak
Manakala tarikh 11 April dan 24 April
RM178 seorang dewasa dan RM89 seorang kanak-kanak
*Semua harga adalah tertakluk kepada cukai semasa.
Mereka juga ada menawarkan diskaun awal 20% untuk tempahan sebelum 1 April ini. Bufet makan malam Destinasi Rasa Serantau juga boleh didapati di Ballroom Wau Bulan dari 11 April hingga 24 April dengan hanya RM98, menawarkan pelbagai pilihan, meliputi pelbagai rasa kerabu, sambal dan kuih.
Jamuan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri pula di sini menawarkan korang jamuan yang meriah untuk seisi keluarga dan rakan perniagaan. Tempahan berkumpulan dan pakej rumah terbuka boleh didapati daripada RM108 setiap dewasa dan RM54 setiap kanak-kanak di bilik majlis peribadi bermula tarikh dari 3 Mei hingga 8 Mei.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi
Tel : 03-2720 6608
E-mail : HA123-fb4@sofitel.com
0 Pandangan: