Contest,
Tic Tac Malaysia Menjemput Seluruh Warga Mewujudkan ‘Kindness Trail’ dengan ‘Gentle Messenger’ Tersendiri
Sejak bermulanya pandemik pada tahun 2020, ramai rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan terpisah, terbatas dan tidak pasti yang belum pernah berlaku sebelum ini. Untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan insan-insan tersayang baik jauh mahupun dekat, Tic Tac Malaysia telah melancarkan kempen ‘Kindness Trail’ Tic Tac yang menampilkan ‘Gentle Messenger’ – iaitu suatu alat realiti terimbuh yang dapat membantu rakyat Malaysia menyebarkan kata-kata yang baik di samping memenangi pelbagai hadiah mingguan.
Mulai sekarang sehingga 24 April, kempen ‘Kindness Trail’ Tic Tac menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyebarkan aura positif dan kata-kata yang baik antara satu sama lain menerusi mesej dan karakter yang boleh disesuaikan melalui ‘Gentle Messenger’ di www.tictac.my, yang menampilkan karakter jenama Tic dan Tac yang ikonik dan comel.
Tic Tac senantiasa mementingkan keseronokan, perkongsian dan hubungan. Produk ini menawarkan penghasilan kesegaran yang menyamankan dan menjadikan mood korang kekal ceria. Oleh itu, sememangnya ingin memanfaatkan usaha menyebarkan kebaikan dan aura positif selain mencipta hubungan yang bermakna. Tatkala rakyat Malaysia mewujudkan ‘Kindness Trail’ Tic Tac antara satu sama lain, korang juga boleh membeli pek khas Pudina (Mint) dan Oren (Orange) ‘Kindness’ untuk memenangi hadiah yang boleh dikongsi dan dinikmati bersama insan tersayang.
Untuk mengambil bahagian, para pengguna hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah yang berikut:
Langkah 1: Beli pek Tic Tac ‘Kindness’ dalam perisa Pudina (Mint) atau Oren (Orange), dan dapatkan kod unik di dalamnya
Langkah 2: Layari www.tictac.my dan kongsikan kata-kata yang baik menerusi ‘Gentle Messenger’
Langkah 3: Masukkan kod unik yang didapati di dalam pek ‘Kindness’ di www.tictac.my
Langkah 4: Sahkan alamat e-mel korang untuk menyempurnakan penyertaan
Kempen ini bakal menyaksikan sejumlah 322 pemenang dalam tempoh kempen selama 8 minggu, yang membolehkan peserta meraih peluang untuk memenangi hadiah mingguan seperti baucar Shopee bernilai RM100 dan Fujifilm Instax Cameras bernilai RM400, dan juga dua hadiah utama penginapan selama dua malam di Desaru Resort untuk 2 orang bernilai RM9,000.
Bagi menyemarakkan semangat dalam menyebarkan kebaikan, Tic Tac Malaysia juga telah bergabung dengan pempengaruh media sosial untuk menghadiahkan Kindness Kits yang telah disusun khas. Peserta yang berminat boleh melayari tanda pagar #TTKindness Trail di Instagram untuk mendapatkan maklumat lanjut.
0 Pandangan: