Balang Ramadan,

Berbuka Puasa dengan Balang Ramadan Nutella Edisi Terhad

Selasa, April 19, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sempena bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Nutella Malaysia telah melancarkan balang Ramadan Nutella edisi terhad. Pelancaran ini turut menampilkan resipi mudah dan cepat yang boleh dicipta oleh keluarga untuk berbuka puasa dan menikmati detik-detik gembira bersama keluarga pada bulan Ramadan ini. 



Dengan slogan “Rasa Ceria, Erat Bersama”, Nutella berhasrat untuk menambah kegembiraan dan menggalakkan ikatan kekeluargaan pada bulan Ramadan ini menerusi pengenalan tiga resipi mudah dan cepat yang boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga, iaitu Fried Bread (Roti Goreng), Mini Tart (Tart mini) dan Breakfast Bite (Sarapan Ringkas)



Sulabh Madhwal, Ketua Pemasaran Nutella Asia Pasifik berkata “Nutella adalah sapuan paling popular di dunia dan hal ini telah membolehkannya memperoleh kedudukan di meja sarapan di seluruh dunia. Oleh itu, mengapa anda tidak berbuka puasa dengan Nutella. Kami sedar bahawa dengan jadual kerja yang sibuk dan urusan harian, ibu bapa mahukan resipi yang mudah, cepat dan sedap untuk berbuka puasa bersama keluarga, dan dengan Nutella, kami ingin memberi para ibu penyelesaian yang pantas kepada detik-detik bersama keluarga yang lebih gembira dan menyeronokkan.”  



Balang Ramadan Nutella edisi terhad boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, kedai serbaneka dan kedai runcit yang menjual pada harga yang sama dengan balang biasa 680g mulai bulan April hingga Mei 2022.  Nutella juga sedang menganjurkan pertandingan foto secara dalam talian yang memberikan peluang kepada semua 20 peserta untuk memenangi Electrolux Oven Toaster.
 


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nutella Malaysia, laman YouTube di Nutella Malaysia - YouTube, atau layari www.nutella.com/my/en/. Terdapat banyak lagi resipi Nutella di www.nutella.com/my/en/get-inspired/recipes.








0 Pandangan: