Anchor,
Resipi Istimewa Hari Raya Rendang Kuning Ayam Bersama Anchor Butter
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pejam celik-pejam celik dah tak lama jer lagi kita nak sambut Hari Raya. Teruja sangat sebab ramai dah buat persiapan raya. Tapi korang ada tak buat persiapan untuk hidangan pagi raya nanti. Yer lah sekarang ni kan dah boleh kunjung mengunjung rumah jiran dan sedara mara. Nak juga hidanga juadah istimewa.
Kalau Maha setiap pagi raya wajib akan ada masakan turun temurun emak Maha iaitu Rendang Kuning Ayam. Maha sempatlah belajar bagaimana nak buat resipi istimewa ini. Sebab kami sekeluarga suka sangat makan rendang ni dengan Nasi Impit atau juga Ketupat Daun Kelapa. Kalau korang nak cuba resipi mak Maha ni boleh lah kita buat sama-sama ok. Maha kongsikan bahan dan cara memasak kat sini.
Bahan-bahan untuk memasak:
500gram Daging Ayam2 sudu Anchor Butter Salted2 biji Bawang Besar4 ulas Bawang Putih2 inchi Kunyit Hidup2 inchi Halia2 inchi Lengkuas6 biji cili kering2 batang Serai2 keping Asam Keping4 sekawan Herba1 mangkuk Santan2 sudu Kerisik2 helai Daun KunyitGaram dan Gula secukup rasa
Cara-cara untuk memasak:
1) Kisar sehingga hancur satu batang serai, cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan lengkuas.2) Sediakan periuk dan masukkan Anchor Butter dana panaskan dengan api perlahan3) Masukkan empat sekawan herba dan masak sehingga naik bau.4) Tumis pula bahan yang dikisar dan sebatang serai dititik sehingga air agak kering sedikit.5) Selepas itu masukkan daging ayam yang sudah dibasuh kacaukan dan masak sehingga ayam kecut.6) Masukkan santan dan sedikit air kemudian kacaukan.7) Bila sudah mendidih masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa kacaukan.8) Kemudian bila hampir terbit minyak masukkan kerisik dan kacaukan.9) Akhir sekali masukkan daun kunyit yang dipotong halus dan kacaukan.
Siap resipi Rendang Kuning Ayam bersama Anchor Butter. Kenapa Maha gunakan Anchor Butter menggantikan minyak masak? Ini kerana ia adalah 100% mentega tulen Anchor, diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Boleh lihat warna kuning keemasan semulajadi buat rasa lebih berkrim dan sesuai untuk masakan savuri.
Ia juga lembut, berkrim, kaya dengan rasa dan buat hidangan lebih beraroma. Sebab tu Maha suka gunakan Anchor Butter ni dalam masakan berlauk atau berkuah macam rendang ini. Korang pun patut cuba mungkin buat masakan lebih sedap dan keluarga lebih sayang. Kalau korang mencuba resipi Maha ni nanti komen kat sini ok.
0 Pandangan: