Food Review,

Meriah Bufet Makanan Dari Pagi Sampai Ke Malam Di Park Inn By Radisson Putrajaya

Isnin, Mei 23, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih belum habis lagi mood staycation kat Park Inn by Radisson Putrajaya. Sebelum ini Maha cerita pasal kemudahan dan juga keisitmewaan bilik yang ada kat hotel tu. Bagi yang tak sempat dan hadam bahagian satu hari tu boleh pergi klik kat sini Bilik di Park Inn by Radisson Putrajaya. Lepas tu baru baca part dua ini pula sambungan kepada yang sebelum ini.



Kali ini Maha nak kongsi dengan korang sepanjang semalaman menginap kat hotel korang tak akan lapar. Juga korang tak perlu keluar jauh untuk cari makanan yang sedap-sedap dan banyak pilihan. Ini kerana kat kafe yang ada di Lobby Level tu menyediakan makanan dari pagi untuk sarapan pagi, kemudian Buffet Hi-Tea untuk makan tengahari dan juga Buffet Steamboat Dinner untuk makan malam hujung minggu.






Nama kafe ini adalah RBG Bar & Grill berada di aras lobby hotel ini dan ia mendapat persijilan Halal daripada JAKIM. Juga telah dapat pengiktirafan kebersihan kafe tahap A iaitu sangat bersih. So boleh sangat makan tanpa was-was kat sini. Maha sangat suka akan dekorasi dalam kafe ini ringkas dan juga teratur tidak terlalu padat. Juga hiasa yang minimalis sangat memberi ruang yang selesa untuk makan. Ada ruang makan luar yang terbuka bagi yang nak hirup udara sejuk pagi hari juga ada ruangan dalam yang berhawa dingin untuk mencari keselesaan waktu makan.

Sarapan Pagi Bufet Masakan Melayu


Maha mulakan dulu dengan makanan sarapan pagi. Kat RBG Bar & Grill ini memang menyediakan sarapan pagi. Sebab pakej penginapan akan ada sarapan pagi untuk dua orang kalau satu bilik lah. So pagi-pagi masih lemau nak cari makan kat luar agak kemalasan Maha makan sahaja kat kafe ini kerana tidak kurang juga pilihan makanan yang ada kat sini.




Sarapan pagi sini macam biasa dihidangankan bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ada hidangan bufet seperti Nasi Lemak bersama dengan telur rebus, kacang, timun dan sambal yang sedap. Maha hari tu tambah lagi dengan telur mata yang chef tu masakan korang boleh request jangan malu. Juga ada Kari Ayam, Mee Goreng, Sayur Goreng, Kacang paggang, sosej dan juga bubur nasi








Kalau anak-anak nak makan cornflake bersama susu ada juga kat sini. Kalau yang biasa sarapan English Breakfast boleh juga kerana ada sosej, ada Hashbrown goreng, dan juga omelet yang boleh diminta untuk chef masakkan. Juga terdapatnya roti bakar dengan pilihan topping yang pelbagai kat sini. So pagi memang Alhamdulillah cukup kenyang makan kat hotel ni tak perlu keluar jauh-jauh.

Bufet Hi-Tea Hujung Minggu Yang Berpatutan


Macam Maha yang duduk hujung minggu hari tu kat Park Inn by Radisson ini juga ada pakej untuk Weekend Hi-Tea. Ia ada pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja dari pukul 12.00 tengahari hingga pukul 4.00 petang. Makanan hi-tea ini disediakan dalam bentuk buffet jadi banyak pilihan makanan. 

Harga pula dari :-
Seorang Dewasa RM49.90+
Seorang Kanak-kanak RM29.90+ (5-12 tahun)








Menu hidangan bufet untuk hig-tea ini lebih kepada masakan barat seperti ada pasta, ada chicken roasted, ada mee goreng, ada nasi goreng, ada juga sosej dan juga piza. Bagi makanan tambahan lain yang ada kat sini seperti salad bersama dressing, mee sup dan juga ada pencuci mulut seperti kek dan kuih muih. Kalau minuman ada ABC dan Cendol yang korang boleh buat sendiri nak isi banyak mana bahan pun ikut sukalah.








Korang boleh makan sampai kenyang mana yang korang nak dan juga tak perlu nak risau boleh tambah bila habis konsep bufetkan. Tapi cuma jangan membazir rugi tau. Jadi makan tengahari pun dah ada kat sini memang boleh sangat bagi yang sibuk datang atas urusan kerja atau tidak sempat nak keluar makan.

Steamboat Buffet Dinner Paling Istimewa 


Ini paling istimewa yang disediakan di kafe RBG kat Park Inn by Radisson ini. Ini yang Maha tunggu-tunggu sangat sebeb jarang ada hotel sediakan bufet untuk steamboat dan ada juga yang ada grill untuk makan malam. Ia juga disediakan untuk hujung minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 6.30petang hingga 10.00malam. Memang puaslah korang makan kat sini best giler steamboat mereka.

Harga pula dari :-
Seorang Dewasa RM49.90+
Seorang Kanak-kanak RM29.90+ (5-12 tahun)

Bufet steamboat ni memang banyak pilihan makanan laut yang segar-segar. Kalau korang memang kaki makanan laut macam Maha ni boleh lah hadap macam-macam yang ada seperti Sotong, Udang, Lala dan Siput Buluh. Itu untuk yang boleh steam dalam pilihan sup iaitu sup Tomyam atau juga Sup Ayam. Kalau untuk panggan pula ada pilihan daging istimewa yang telah diperap dengan rempah ratus seperti daging lembu, daging kambing, ayam, udang dan banyak lagi. Sambil steam boleh juga grill kat tepi hehehe.







Kalau untuk yang bawa keluarga ada anak-anak kecil ada juga pilihan seperti bebola ikan, sotong, crab stick dan banyak lagi. Tambah pula dalam steam korang tu dengan sayur-sayur segar atau cendawan lagi heaven bila makan panas-panas. Nak lagi nikmat korang masuk sekali dengan pilihan mee yang ada kat situ seperti mee segera, mee kuning, kueh teow baru sedap makan steamboat. Pecah pula telur dalam kuah tu memang Maha suka buat macam tu hehehe. Dah macam makan mee rebus dengan semua bahan ada lengkap.








Juga kat sini disediakan pelbagai pilihan sos yang paling Maha suka adalah sos macam Thai sos tapi yang mereka homemade sendiri sangat sedap makan dengan yang grill atau yang steamboat. Makan lain pun ada jugalah seperti Nasi Goreng, Ayam Goreng, Nuggets, dan juga pilihan buah-buahan serta pencuci mulut macam kuih dan kek. Kalua nak minum air sejuk ada pilihan seperti Air Bandung atau Air Anggur dan Teh O Ais. Tapi bagi yang suka kopi kat dalam kafe ini ada sediakan mesin buat kopi sendiri tekan jer nanti siap kopi tu.





Apa lagi yang korang nak makan kat Park Inn by Radisson Putrajaya ini. Memang puas hati dari pagi sampai ke malam semua ada. Kalau kata tengah malam lapar pulak nak cari makanan semua kedai dah tutup tapi kat Lobby hotel ini ada sediakan Hungry Grab & Go. Iaitu ruang rack menjual makanan segera seperti mee segera, snack dan minuman. Hanya ambil dan bayar kat receptionis. Jadi tengah-tengah malam pun tak akan lapar kalau menginap kat hotel ini. Sebab itu Maha suka duduk hotel ni bab makan tak perlu risau ada sahaja. 



Pada korang yang tak pernah lagi menginap atau masih mencari hotel yang berhampiran dengan Putrajaya dan Kuala Lumpur sini adalah tempat yang Maha rekemenkan pada korang. Bukan sahaja tempat tidur yang selesa dan best tapi makanan pun ada juga. Pada yang pernah duduk sini boleh lah kongsikan pengalaman korang kat ruang komen bolehlah buat tambah rujukan kepada orang lain. Mungkin korang ada pengalaman yang lebih menarik bila bermalam kat hotel ni. Jadi selamat bercuti dalam negara dan selamat beristirehat.

Pertanyaan berkaitan kafe atau booking untuk makanan boleh hubungi :-
Tel : 603-89111999
Whatsapp : 010-2114681
Email : info.parkinnputrajaya@parkinn.com
Alamat : 
Park Inn by Radisson Putrajaya
Jalan Universiti,
Taman Unipark Suria,
43000 Kajang,
Selangor Malaysia.








2 ulasan:

  1. aduhai why la bukak blog maha time ni wuaaa lapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe saja nak share tempat best2 bagi orang terliur wakakaka...

      Padam