Bajet 2022,

Jadikan Halal Pilihan Utama Anda Ketika Membeli-belah Kempen Dari Halal Development Corporation Berhad (HDC)

Khamis, Jun 09, 2022 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah kita masih hidup dan tinggal di sebuah negara Islam sebagai agama rasmi di sini. Juga di negara kita sangat senang untuk mendapatkan produk makanan atau keperluan yang Halal. Tapi masihkan kita titik beratkan kepada pemilihan status Halal itu terutama apabila membuat pembelian barangan makan dan minuman.



Ini kerana sekarang ini persaingan produk keluaran dan import dari luar negara juga sangat hebat sehingga kita hampir susah nak kenal pasti yang betul-betul ada Halal atau tidak. Kenapa kita sebagai pengguna tidak hanya fokus kepada produk tempatan yang telah mendapat pengesahan Halal daripada badan yang diiktiraf seluruh dunia seperti JAKIM. Kerana kita tahu Halal itu bukan sahaja merangkumi kehendak orang Islam tetapi ia juga meluas melibatkan kebersihan dan keselamatan sesuatu produk yang dihasilkan.





Sehingga ada sesetengah pihak menyatakan untuk mendapat status Halal itu bukan semudah yang diperolehi. Tapi bila sudah ada ia sangat memudahkan dan menjamin produk yang dihasilkan adalah terbaik dan mampu pergi sampai keluar negara. Maka dengan kesedaran untuk meningkatkan jualan dan juga pembelian barangan Halal dari Pengusaha Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Malaysia ini pihak HDC atau Halal Development Corporation Berhad di bawah Inisiatif Bajet 2022 melancarkan kempen "Jadikan Halal Pilihan Utama Anda".





Kempen ini melibatkan lebih daripada 500 usahawan halal seluruh Malaysia dan juga beberapa buah pasaraya besar di Malaysia. Matlamat utama adalah untuk menyasarkan peningkatan penjualan purata syarikat halal PMKS yang difasilitasi antara 20%-30% sepanjang tempoh kempen dari April hingga Julai 2022.





Ia terbahagi kepada dua kagetori, iaitu yang pertama, Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS di pasaraya-pasaraya besar. Bagi menjayakan kempen kategori ini, HDC telah menjalinkan kerjasama dengan Lulu Hypermarket dan Lotus’s Store (Malaysia) Sdn. Bhd. Kerjasama strategik ini akan menyaksikan kempen bermula pada 22 April 2022 yang lalu di semua cawangan pasaraya Lulu dan di semua cawangan Lotus’s di seluruh negara.





Kategori ke dua pula, iaitu Program Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS, yang melibatkan kerjasama dengan Food Panda Malaysia, penyedia platform secara dalam talian (e-commerce) dan logistik terkemuka, yang telah bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2022. Hari tu Maha sendiri dah perti ker Lulu Hypermarket dan dapat lihat banyak sangat produk PMKS yang di promosikan sepanjang kempen ini. Korang kalau ker sana boleh kenal produk yang ada letak logo 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' pastinya ia adalah produk Halal dan juga keluarakan PMKS.



Macam-macam yang boleh dapatkan di pasaraya ini seperti produk sejuk beku seperti, roti canai, capati, kuih muih, daging dan juga produk siap proses seperti nugget, sosej, daging burger dan macam-macam lagi. Selain itu ada juga produk makanan dan minuman seperti madu, minuman kopi, minuman koko, teh, sos, kicap, aiskrim dan pelbagai lah. Macam Maha bagi tahu korang cari sahaja logo kempen ini dan boleh terus pilih masuk dalam bakul.





Halal ini bukan sahaja daripada negara Islam seperti negara kita dan juga beberapa negara jiran tau. Malah ia telah meluaskan pasaran sehingga kepada negara lain yang juga mula melihat sektor Halal ini sebagai salah satu peluang perkembangan ekonomi yang meluas. Sepertimana negara China telah mengatasi Singapura sebagai destinasi eksport halal terbesar pada 2021 masing-masing sebanyak RM4.6 bilion dan RM3.7 bilion, diikuti Jepun, Amerika Syarikat dan Indonesia. Lihat bahawa negara luar pun dah menghargai ekonomi Halal kenapa tidak kita.





Jadi bukan nak bekempen cuma nak galakkan untuk kita sebagai orang Islam mencari yang suci dan Halal itu adalah wajib. Jadi tidak salah bermula dari dalam diri kita untuk semua ini. Bukan setakat laungan kempen tapi juga jadikan keperluan dan kebiasaan harian kita untuk dapatkan produk yang Halal. Jadi lepas ni kalau korang nak beli apa-apa produk pastikan 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' ok. 




 






8 ulasan:

  1. Mencari yang halal itu fardhu. Bagus ada kempen sebegini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulkan kena support kempen mcm ni..

      Padam
  2. Wah. Tahniah semua yang terlibat. Moga ianya menjadi platform yang kuat untuk membantu perkembangan industri halal dan juga ekonomi tempatan

    BalasPadam
  3. wahh kite nampak capati! jom support lokal dan halal! makan pun boleh tanpa was -was. jadi apa produk favourite awk dkt lulu?

    BalasPadam
  4. Betul tu, bagus ada kempen macam ni. Selain kita support usahawan dan pengusaha makanan kecil ni kita juga dapat membeli barangan halal tanpa was was

    BalasPadam
  5. kempen yang sangat baik. mencari barang2 halal dan juga keluaran tempatan lebih mudah dengan adanya kempen ini. :)

    BalasPadam
  6. Bagusnye buat program macam ni. Nak shopping groceries yang halal pun senang

    BalasPadam
  7. Geramm ek masuk LULU ni, semua benda ada nak di beli.. kalaulah Johor ada, memang ke sini aja Sis berbelanja tanpa was-was...

    BalasPadam