Buffet,

Raikan Hari Bapa Di Mardhiyyah Hotel & Suites Dengan Pakej Istimewa

Sabtu, Jun 04, 2022 Mahamahu 2 Comments

Terima kasih Abah, Ayah, Papa, Daddy, Abi atau apa sahaja yang anda panggil untuk insan paling penting dalam hidup kita. Pengorbanan insan bergelar abah, ayah atau bapa amat jarang ditonjolkan di hadapan anak-anak. Namun, setiap usaha yang dilakukan pasti dapat dirasai oleh keluarga tercinta. Jadi, pada hari istimewa ini, raikan insan yang dikasihi ini dengan meluangkan masa bersama sambutan Pakej Hari Bapa di Mardhiyyah Hotel & Suites.



Mardhiyyah Hotel & Suites meraikan bapa dengan menyediakan pakej hidangan bufet hi-tea autentik pada Hari Bapa, 19 Jun 2022 (Ahad). Bapa akan berpeluang mendapat pelbagai promosi istimewa. Antaranya berpeluang mendapat satu (1) bufet hi-tea percuma untuk dewasa dengan pembelian lima (5) pakej bufet hi-tea untuk dewasa dan diskaun 15% untuk 1 kg Red Velvet Cake.



Sempena Hari Bapa, tetamu boleh menjamu hidangan kegemaran mereka, terutamanya masakan Melayu, Jepun, Barat dan Cina yang disediakan khas oleh barisan chef berpengalaman, diketuai oleh Chef Eksekutif kami, Chef Shahril.






Selain itu, kemuncak bufet hi-tea ialah barisan hidangan utama seperti Nasi Goreng XO dengan Udang, Bahu Lada Hitam Madu, Yee Mee Goreng 'Kwai Hua', Daging Masak Merah Asparagus, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Ayam Panggang dalam Sos Mornay, Sashimi dan Sushi, California Temaki Roll , Aneka Cucur, Roti John, Pelbagai Pilihan Pasta dan Pizza, Dim Sum dan Pau”. Bufet hi-tea juga termasuk pilihan pencuci mulut. Nikmati pencuci mulut "Kuih-Muih Melayu, Bubur Kacang Bersago, Coffee Meuille Feuille, Kek Keju Mangga, Air Pancut Coklat, Panna Cotta Halia, Kek Mentega Klasik dan Black Forest.






PROMOSI BUFFET HI-TEA HARI BAPA 19 JUN 2022 DI RESTORAN ROYALE SONGKET

Harga: RM 115.00 bersih (dewasa)
RM 65.00 bersih (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun)
*Pembelian bufet hi-tea dengan lima (5) harga dewasa akan mendapat percuma satu (1) harga dewasa*
Tarikh dan Masa: 19 Jun 2022, 12.00 tengah hari - 4.00 petang
Tempat: Restoran Royale Songket, Level G Mardhiyyah Hotel & Suites



PROMOSI ISTIMEWA DISKAUN 15% KEK RED VELVET HARI BAPA

Harga: RM 90.10 bersih (harga asal RM 106.00 bersih)
*Tempahan hendaklah dibuat 3 hari lebih awal*

Untuk maklumat dan tempahan sila hubungi 
Tel : 03-5511 8811 
WhatsApp : 019-261 6847









2 ulasan:

  1. sedap sedap makanannya... ni ibu ibu yg over excited ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh bawa suami meraikan hari bapa nanti...

      Padam