Cooking,

Dua Resipi Snak Mudah Dan Sihat Sesuai Untuk Satu Keluarga Dengan Menggunakan Kentang A.S.

Selasa, Julai 05, 2022 Mahamahu 8 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Dalam hari masakan yang korang selalu masak bahan apakah yang sering digunakan untuk menyedapkan masakan. Kalau macam Maha selalu masukkan kentang kalau dalam masakan sup, kari atau juga goreng. Maha memang suka makan buah kentang kalau masak sehingga empuk memang sedap.



Paling best Maha selalu gunakan Kentang A.S. Ini kerana ia adalah buah kentang yang serba boleh dan sangat padat dengan manfaat pemakanan. Kentang A.S ni bukan sahaja boleh buat masakan untuk lauk pauk tapi pelbagai lagi seperti snak mahupun juga pencuci mulut. Sebab itu Maha kata yang Kentang A.S. ni pelbagai fungsi dalam masakan selain daripada tinggi dengan khasiat untuk gaya hidup yang sihat. Kalau orang kata makan kentang itu boleh menggemukkan mereka kurang tepat. Ini kerana satu biji kentang A.S bersaiz sederhana hanya mempunyai 110 kalori sahaja.

Juga dalam kentang saiz yang sama membekalkan kira-kira 30% daripada nilai harian yang diperlukan tubuh iaitu 27 miligram Vitamin C. Apa gunanya Vitamin C? Kalau korang tengok masa pandamik Covid-19 menyerang dunia ramai pakar mengesyorkan pengambilan vitamin C. Ini kerana ia boleh membantu menyokong sistem imun badan yang membantu meningkatkan sistem imun kita secara semula jadi untuk membantu kita melawan penyakit. Wahhhh Maha ni sembang dan macam pakar nutrisi permakanan lak kan. Maha hanya nak kongsi dengan korang apa yang Maha tahu tentang Kentang A.S ini. 


Lagi info tentang kentang ini kalau korang nak tahu sebiji kentang bersaiz sederhana mengandungi 26 gram karbohidrat iaitu sumber utama tenaga untuk otot. Kentang A.S ini juga kaya dengan Vitamin B6 dengan satu kentang bersaiz sederhana membekalkan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 penting untuk fungsi sel yang betul. Ia dapat membantu meningkatkan metabolisme, mencipta sel darah, dan mengekalkan sel yang sihat dalam badan.

Kalau nak dibandingkan dengan buah lain contoh seperti pisang, kentang ini tinggi dengan kalium di mana satu saiz sederhana pada kentang mengandungi 620 miligram kalium atau 15% DV lebih banyak daripada buah pisang bersaiz sederhana. Kalium membantu mengawal keseimbangan cecair dan mineral di dalam dan di luar sel, mengekalkan tekanan darah normal, penting untuk menghantar impuls atau isyarat saraf, dan dalam membantu otot mengecut.



Maha bukan macam dalam istilah 'over claim' seperti mana produk kesihatan luar sana pasal nutrisi yang ada dalam kentang ini. Memang ini fakta yang semua orang kena tahu. Sebab dalam kentang A.S. ini mempunyai sifar lemak, sifar natrium dan sifar kolesterol, jadi ia adalah pilihan yang lebih sihat untuk kita satu keluarga mengambilnya. Jadi untuk orang yang nak diet kena banyak makan kentang.

Resipi Kudapan Mudah Sihat Dengan Kentang A.S.


Jadi untuk menikmati kentang ini macam yang Maha bagitahu tadi ia bukan lah hanya perlu dimasak dalam masakan berkuah dan lauk pauk sahaja. Tapi ia juga boleh dijadikan kudapan atau juga makanan sampingan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga makan. Sebab itu Chef Jason Manson mencipta resipi-resipi lazat dan sihat dengan menggunakan Kentang A.S sebagai bahan utama.



Salah satu resipinya Maha sendiri dah cuba dan try buat kat rumah sangat mudah dan sedap. Resipi yang Maha cuba ini diberi nama Loaded Oven Baked U.S. Lattice-cut Potatoes with Kam Heong Chicken Bolognaise. Nama pun dah sihat dengan bakar sahaja boleh buat satu resipi mudah. Kalau nak tahu bahan dan cara masak jom Maha kongsikan di sini.



Bahan-bahan utama untuk memasak

400gm Kentang A.S. Sejuk Beku Bentuk Lattice-cut
100gm Ayam cincang
50gm Pes Kam Heong 
20gm Bawang Holand (Kiub kecil)
10gm Bawang Putih (Hiris)
10gm Cili Merah (Hiris)
5gm Daun kari
10ml Minyak Masak
2 nos Limau Kasturi (Potong Kecil)
20gm Sayur Hijau (Ketumbar untuk hiasan)

Cara-cara memasak 

1. Panaskan kuali bersaiz sederhana dan masukkan minyak masak. Tumiskan bawang holand, bawang putih, cili merah dan daun kari. Dimasak lagi 5 minit dan masukkan pes Kam Heong dan juga ayam cincang. Dimasak selama 10 minit lagi dan siap ketepikan.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit. Susun Kentang A.S. Sejuk Beku Bentuk Lattice-cut di atas dulang pembakar. Mulakan kerja memasak memanggang kentang.
3. Setelah kentang masak warna keperangan, pindahkan dan susun ke dalam dulang hidangan. Taburkan bahan yang telah dimasak tadi di atas kentang dalam dulang tadi.
4. Hiaskan hidangan dengan Limau Kasturi dan daung ketumbang yang dipotong tadi.



Maka siaplah hidangan pertama yang sangat mudah dan cepat untuk dibuat. Pastinya sihat dan lazat makan bersama keluarga sambil tonton movie kat rumah atau nak bawa pergi berkelah kat luar pun ok sebagai kudapan. Resipi kedua yang Maha nak kongsikan kat sini juga menggunakan Kentang A.S. yang diciptakan oleh chef tadi. Nama resipi ini adalah Loaded U.S. mashed Potato Crab Cake. Jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan pulak untuk resipi kedua ini.



Bahan-bahan utama untuk memasak 

Bahan 1 : Kek ketam
4 biji U.S. Russet Potato (Potong kiub)
100gm Isi Ketam 
20gm Lobak Merah (dadu kecil)
20gm Bawang putih (dadu kecil)
5gm Daun Ketumbar (dicincang)
¾ sudu kecil Garam
¾ sudu kecil Lada Hitam

Bahan 2 : Sos Limau Nipis Aioli
5ml jus Limau Nipis
10gm Serbuk Jintan Manis
200gm Mayonis

Bahan 3 : Membalut Kek Ketam
Telur 3 biji (cuci telur)
200gm Tepung Serba Guna
200g serbuk roti Jepun

Cara-cara memasak

1. Sediakan mangkuk adunan kecil. Masukkan jus limau nipis, serbuk jintan manis dan mayonis gaul dan asingkan.
2. Sediakan periuk bersaiz sederhana berisi air. Masukkan kentang yang dipotong kiub dan masak selama 20 minit. Setelah kentang masak, gunakan penapis untuk mengeluarkan air yang berlebihan dan pindahkan ke dalam mangkuk adunan. Lenyekkan kentang sehingga hancur halus. Masukkan baki bahan di dalam kentang yang dilenyek tadi iaitu Isi ketam, Daun Ketumbar, Saderi, Lobak Merah, dan bawang. Bentukkan kentang menjadi bulat.
3. Sediakan 3 bekas saiz sederhana untuk masukkan tepung serba guna, bekas untuk bancuhan telur dan bekas untuk serbuk roti. Mula salut kentang yang dibentuk bulat tadi salutan pertama iaitu tepung dahulu, seterusnya celup dalam bancuhan telur dan terakhir salut dengan serbuk roti. 
4. Lakukan langkah ini untuk sekurang-kurangnya 6 kali. Panaskan ketuhar pada suhu 180 Celcius, masa memasak 15 minit. Susun kek ketam yang disalut tadi di atas dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Mulakan proses memasak sehingga berubah warna keperangan.
5. Setelah kentang masak, pindahkan ke pinggan hidangan bersama-sama dengan Sos Limau Nipis Aioli

Macam mana dua resipi yang Maha kongsikan ini mudah bukan dan pasti lazat menggunakan Kentang A.S. Lepas ni beralih kepada yang lebih sihat dan berkualiti untuk kehidupan dan keluarga yang sejahtera. Maha pun dah mula mengambil kentang pada kadar yang diperlukan untuk dapat kesihatan yang seimbang. Semoga korang juga dapat mencubanya dan jangan lupa komen kat sini hasilnya nanti ok. Selamat memasak semua.


#uspotatoes #uspotatogoodness #uspotatorecipes #eathealthy





8 ulasan:

  1. Amboiii sedapnya nampak Maha makan kentang. Sis memang akan pastikan ada kentang sebab boleh masak macam2. Banyak khasiat kentang. Jom mengentang...

    BalasPadam
  2. Wahhh menarik betul waffle cut fries ni ye. Nanti bole la fafa cuba beli. Sebab selalu beli yang straight n zigzag

    BalasPadam
  3. jadi kreatif jer mcm2 resEpi boleh disediakan.. MMG SGT menaRIK

    BalasPadam
  4. Nell sekarang pun added ni into my dietary list bah! memang nutritious kan US Potatoes ni..

    BalasPadam
  5. Kentang ni memang fav kami sekeluarga. Mak Ruby kalau masak sambal kentang ikan bilis, mesti potong kentang nipis dan goreng crispy. Pastu makan dengan nasi panas. Krup krap krup krap. Karbohidrat ngan karbohidrat. Hentam. Sebab ngam la dedua tu. Hahahaha

    BalasPadam
  6. nampak sedap betul!! Am nak cuba juga resepi yang Maha kongsikan..

    BalasPadam
  7. Thanks so much for this yummy potatoes recipe here, I love potato, so definitely gonna try making. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  8. wahh nak rasa jugak boleh? menariknya resepi ni, nanti bolehlah cuba dengan guna kentang A.S :)

    BalasPadam