Kuchai Lama,

Nikmati Pelbagai Makanan Serata Dunia Dan Bermain Dengan Si Bulus Comel Di Meow Cafe

Isnin, Julai 25, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha tahu kat dalam ni ramai peminat dan pecinta kucing bukan. Kali ini Maha nak bawa korang ke sebuah kafe yang ada konsep haiwan bulu manja ini. Kafe yang dimaksudkan adalah Meow Cafe. Meow Cafe sebuah restoran yang menghimpunkan pelbagai hidangan tradisional dari dalam dan luar negara. 



Banyak makanan yang sedap-sedap dan popular dari serata dunia di kumpulkan dalam sebuah kafe untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kafe ini baru ada dua cawangan sahaja iaitu pertama di Kuchai Lama dan kedai kedua di Bandar Klang. Nama pun dan Meow Cafe mesti kat restoran ni ada haiwan bulu yang manja dan comel. Masa Maha pergi kat cawangan di Kuchai Lama ada seekor kucing tak sure baka apa sangat comel.



Korang boleh lah lihat gelagat kucing ini dari luar ruang pameran tak boleh nak sentuh kucing ni. Bila masuk sahaja dekorasi dalam kafe ini semua ada gambar kucing merata-rata. Paling best kat bahagian rak peti sejuk penuh denga pelbagai makanan yang sedap-sedap dan menarik untuk dibeli bawa pulang sebagai cenderamata. 





Konsep kafe ini adalah layan diri dimana pengunjung perlu membuat tempahan makanan di mesin layan diri yang disediakan dan lepas tu buat bayaran di kaunter. Selesai buat bayaran duduk kat meja yang disediakan dan tunggu lah makanan akan dihidangkan. Hari tu Maha cuba menu istimewa mereka yang menjadi kegemaran ramai orang iaitu 328 Katong Laksa Singapura. Ini adalah Laksa yang sangat popular di Singapura dan memang ramai orang suka makan Laksa ni kalau ke sana. Jadi kafe ini bawa khas menu ini untuk dinikmati kat Meow Cafe tak perlu pergi jauh-jauh.




Selain itu juga Maha hari tu ada order sekali dengan Sweet Potato Fries dan juga Chee Cheong Fun BBQ Chicken. Sweet potato tu memang sedap digoreng rangup dan manis-manis. Cuma untuk Chee Cheong Fun tu yang frozen punya dan juga kulit ia agak tebal sikit. But ia tetap masih boleh dinikmati. Banyak lagi menu lain dari serata dunia ada kat situ seperti Korean Chicken Chop, Fish & Chips, Japanese Torikatsu Curry Rice, Black Paper Chicken Chop dan macam-macam lagi lah.






Makanan lokal pula ada seperti Malacca Laksa, Penang Prawn Mee, Johor Curry Rice, Otah Otah dan banyak lagi. Ikut pada selesa korang kalau datang situ nak makan apa. Minuman pula korang boleh pilih daripada minuman dalam tin yang ada di sediakan dalam ruang peti sejuk. Hari tu Maha ambil minuman yang tak pernah dengar pun firstime cuba iaitu Tapping Tapir - Apple & Vanilla Light. Minuman bergas ni ok lah sedap dan segar. Kalau korang nak yang panas kopi boleh order kat kaunter. 




Mereka juga ada jual pelbagai cenderamata istimewa mereka seperti t-shirt, beg dan macam-macam lagi lah. Secara jujur bagi Maha restoran ini menarik dan unik dengan konsep yang lain cuma mungkin boleh tambah baik dari sergi service mereka sahaja. Mereka juga ada aplikasi dalam telefon untuk buat tempahan secara dalam talian dan penghantaran ke rumah. Meow Cafe dibuka setiap hari dan waktu operasi mereka adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Selamat menjamu selera semua.







2 ulasan:

  1. Wahhh.... Mesti comel2 kan kucing yang ada tu... Makanan yang Maha order pun not bad juga tu... Lama dah LeYa tak makan Laksa Singapore.. Okay, next boleh masuk list singgah mkn sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kita datang ada sekor jer kucing tapi comel lah hehehe... Laksa tu sedap unik dan menarik sambal tu pedas jangan isi banyak ..

      Padam