Bangsar,

Ulang Makan Di Ombak Kitchen Untuk Lunch Port 2 Pax Sangat Berbaloi

Jumaat, Julai 29, 2022 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Port untuk makanan laut yang banyak dan juga pelbagai pilihan bukan sahaja seafood nya makan juga kuahnya mesti lah kat Ombak Kitchen. Ini adalah kali ketiga Maha datang makan kat sini kerana suka akan pilihan makanan laut yang ada. Puas hati dan juga berbaloi kalau makan terutama dengan tangan seperti mana trademark restoran ini. 



Kali ini Maha datang cuba untuk Lunch Port 2 Pax yang isitimewa. Ia hanya untuk waktu makan tengahari sahaja dari pukul 12 tengahari hingga 3 petang di mana-mana cawangan Ombak Kitchen. Sekarang ni mereka ada 3 cawangan iaitu IOI City Mall Putrajaya, Bangsar dan juga Bukit Jelutong. Kalau korang kerja dekat area ini boleh datang dan cuba sendiri untuk set makan tengahari mereka ni.

Ada 3 menu utama dalam set Lunch Port ini iaitu;- 


Lunch Pot Crab
Bahan-bahan: Ketam XL (1/2 nos), Udang Segar XL, Sotong, Brokoli, Jagung dan Nasi Putih
Harga : RM 99.90


Lunch Pot Slipper Lobster
Bahan-bahan: Slipper Lobster, Udang Segar XL, Kerang Hamaguri, Brokoli, Jagung dan Nasi Putih
Harga : RM 89.90


Lunch Pot Prawn XL
Bahan-bahan: Udang Segar XL, Sotong, Kupang Biru, Kerang Hamaguri, Brokoli, Jagung dan Nasi Putih
Harga : RM 79.90

Jadi korang boleh pilih daripada 3 set mana-mana dua port untuk makan berdua dine-in kat restoran dengan harga RM79.90. Sangat mudah, cepat dan selesa bagi mereka yang bekerja dan juga ada masa rehat yang terhad. Kalau Maha pun pilih untuk set Lunch port ini harga berbalaoi dan juga korang boleh pilih sebenarnya untuk dimasak dengan kuah apa.




Kat Ombak Kitchen ini ada 10 jenis sos yang istimewa dihasilkan sendiri dan juga dipastikan sedap kena dengan selera rakyat Malaysia. Korang suka yang pedas, kurang pedas, berkrim, manis-manis dan masam-masam semua ada. 



10 jenis sauce boleh pilih untuk set lunch port tersebut :-

1) Signature Crazy Cajun Sauce
2) Buttermilk Indulgence
3) Cheesy Zesty Lemon
4) Chili Crab
5) Garlic Butter
6) Spicy Coconut Curry
7) Tomato Basil
8) Meuniere (Butter Lemon Sauce)
9) Heritage Laksa
10) Salted Egg Cream



Kalau korang tanya Maha yang mana menjadi pilihan hati dari 10 sos ini Maha suka yang signature cajun, chili crab dan juga spicy coconut curry sebab orang Melayu tekak suka yang pedas-peda baru urhmmmm. Kalau tidak makanan laut tak dapat rasa kepuasan makan tanpa kepedasan. Korang ikut lah selera dan rasa tekak masing-masing ok. 

Promosi Yang Sedang Belangsung Fresh Premium Oyster 


Ini mesti ramai yang tercari-cari dan tergila-gilakan nak makan oyster fresh yang segara dan mentah. Sebab kalau tengok dah ramai orang start jual tiram kat tepi jalan tapi yakin ker ia segar dan berkualiti. Makan tak sakit perut dan juga bersih. Kat Ombak Kitchen ini mereka menjami kualiti dan juga pilihan tiram yang segar dan bersaiz besar sahaja untuk dihidangan dalam promosi terhad ini.




Kali ini korang boleh order enam ketul Fresh Premium Oyster dengan hanya RM39.90. Kalau harga biasa ialah RM76.90. Disediakan sekali dalam dulang dengan ais batu untuk kekal kesegaran dan juga ada sekali dengan hirisan lemon kerana kalau tengok orang makan oyster segar dengan perahan jus lemon di atasnya. Terus terjilat air liur bila tengok hehehe.

Pencuci Mulut Pelangi Yang Memukau


Ini salah satu yang wajib korang kena cuba bila datang makan kat Ombak Kitchen. Apa dia iaitu pencuci mulut pelangi yang istimewa. Ia menjadi tredmark kepada restoran ini untuk menghasilkan karya makanan yang unik dan menarik. Menampilkan pilihan buah-buahan tempatan dan juga luar negara dengan ada juga marshmellow serta donat Nutella goreng. 




Korang boleh buat ia sebagai satu karya untuk hari istimewa juga seperti meraikan harijadi, hari ulangtahun, hari kekasih, atau juga meraikan seseorang yang istimewa dengan menerapkan penulisan ucapan khas kepada insan tersayang. Ia sangat menjadi makna buat orang yang diraikan tu lah. Sos juga ada pelbagai jenis tu sema boleh makan dalam pencuci mulut ni tau cuma jangan makan kertas alas tu jer sudahlah hehehe.




Jadi korang rasa nak datang tak ke Ombak Kitchen ni mencuba menu mereka yang setiap hari datang boleh rasa kelaianannya. Ada pelbagai jenis makanan laut yang segar-segar dan juga sos yang istimewa tiada ditempat lain. Next time boleh lah datang sini lagi buat makan bersama-sama kawan-kawan atau bawa keluarga sebab keluarga Maha suka makanan laut ini. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.

Maklumat lanjut promosi makanan dan lain-lain tentang Ombak Kitchen boleh layari :
Laman sesawang : https://ombakkitchen.my












4 ulasan:

  1. Dapnya makanan dia. Next time ajak I pergi sekali ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah akan ajak u oll mana boleh lupa you hehehe

      Padam
  2. Sedapnye tengok Maha makan seafood2 segar tu... First LeYa dtg makan kat Ombak Kitchen ni dulu pun memang jatuh hati.. Next, nak pergi semula dengan someone special. Nak balas penghargaan yang dia dah bantu banyak kat LeYa... InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe bestkan kat sini wahh nak dtg lagi juga...

      Padam