BBQ dan Dim Sum,

Cawangan Baharu Pak John Steamboat, BBQ And Dim Sum Di Great Eastern Mall Jalan Ampang

Jumaat, Ogos 05, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selalu kalau kita makan steamboat kat mana-mana tempat mereka akan sediakan paling banyak pun 3 ke 4 jenis sup untuk masak steamboat. Manakala sos untuk pencicah pun tak banyak pilihan dan sos biasa sahaja. Kali ini Maha jumpa satu tempat steamboat yang menyediakan enam jenis sup untuk korang pilih nak masak steamboatnya. Manakala untuk sos sahaja ada lebih kurang dalam 20 jenis sos buatan sendiri.



Bestnya kat sini bukan sahaja ada Steamboat malah ada juga sekali BBQ dan Dim Sum. Sebab itu nama tempat ini Pak John SteamboaBBQ And Dim Sum. Sekarang ni mereka ada buka satu lagi cawangan baharu iaitu terletak di dalam Great Eastern Mall Jalam Ampang. Nak pergi situ pun mudah jer waze Great Eastern Mall dan juga nanti park bawah mall dan naik terus ke tingkat 3. Restoran Pak John tu ada kat aras tiga.





Maha hari tu pergi ngan kawan-kawan ramai dalam 10 orang kami pilih bilik VIP 1 yang boleh memuatkan dalam 30 orang. Dalam tu siap ada set karaoke tau. Juga ada satu lagi bilik VIP 2 yang boleh memuatkan sehingga 20 orang. Juga dalam bilik tu boleh booking untuk buat private event seperti sambuat hari jadi, majlis reunion dengan kawan sekolah ke, atau juga buat majlis ramah mesra dengan rakan pejabat. Bilik ni kalau nak korang kena booking awal baru dapat sebab selalu penuh ramai orang nak. 




Buka itu sahaja Maha suka makan kat Park John kat sini ia lebih besar dan luas. Sangat selesa dan juga makanannya sangat banyak pilihan. Daripada masakan panas seperti Nasi Putih, Nasi Goreng, Mee Goreng, Bihun Goreng atau juga Spaghetti. Pastu kat bahagian goreng-gorengan juga ada banyak pilihan korang boleh seperti Nugget goreng, Wedges, Tempura, Popia, Samosa, Brokoli Goreng, Terung Goreng Celup Tepung dan macam-macam lagi. Nak ambil tu berpada-pada tau jangan tamak dan membazir tahu orang Malaysia ni kaya dengan makanan tapi ingat pada orang lain juga.



Kita pergi pula kat bahagian lauk-pauk untuk steamboat. Pelbagai makanan laut segar ada kat sini korang memang akan makan sampai kembung perutlah. Ada udang, ketam, kepah, lala, siput buluh, isi ikan dan juga pelbagai bahan yang diproses seperti fish ball, fish cat, beef ball, shrimp, sosej, crab meat, dan juga yang warna-warni kanak-kanak sangat suka lah.



Kalau makan steamboat tak letak sayur-sayuran segar tak sah dan kurang uhmmm. Kat sini ada pelbagai pilihan sayuran segar dan juga menghijau sangat lengkap. Pastu kalau korang suka makan steamboat letak mee kat sini pun ada macam-macam pilihan mee. Bukan sahaja mee segera malah buat pertama kali kat sini ada juga Mee Udon, Mee PaMa, Surimi dan banyak lagi.



Pergi pula kat bahagian daging untuk BBQ. Kat sini ada banyak koleksi daging yang telah diperap dengan pelbagai perapan sangat-sangat lazat. Korang boleh pilih daging, kambing, ayam, ikan, sotong dan banyak lagi. Ni korang memang akan tambah. Paling special kat sini mereka ada juga Daging Hiris Premium seperti Daging  Lembu Slice, Daging Kambing Premium Slice, Itik Salai, Abalone daging Ayam Slice dan macam-macam lagi.




Penat nak cerita semua makanan kat sini sebab tu Maha boleh bagitahu ia bagaikan pesta makanan dan tak melapau kalau Maha boleh bagi tahu macam juga syurga makanan kat dunia ni. Tadi Maha ada sebut pasal enam jenis sup yang ada kat sini untuk kuah steamboatkan. Korang boleh pilih dua jenis sup untuk steamboat daripada enam tersebut. Sup yang ada seperti Tomyam, Sup Ayam, Sup Ikan, Sup Udang, Sup Kimchi dan Sup Kari. Manakal untuk sos tadi ada banyak pilihan selalu ada Thai Sos atau juga Sos Cili dan Tomato sahajakan. Kat sini ada macam-macam seperti Light Soy Sauce, Belacan Sauce, Shrimp Sauce, Chili Oil, Fried Onion Oil, Sour & Hot Sauce, Yellow Chili Sauce dan macam-macam.






Maha tambah lagi ada juga Homemade Sushi dan juga Dim Sum serta pau. Untuk pencuci mulut lak kat sini bila dah makan panas-panas dan pedas-pedas nak juga cuci dengan yang sejuk. Kat sini ada ABC, Cendol, Aiskrim, Waffle,  Puding serta buah-buahan segar. Minuman jangan ceritalah korang nak yang bergas ada yang manis ada yang kopi ada, teh ada yang sejuk dan juga suam pun ada. Pendek kata semua adalah berbaloi pula tu degan harga yang korang bayar untuk makan bufet steamboat and bbq kat sini. 





Kalau korang tanya harga untuk weekday dan weekend berbeza harga. Juga untuk makan bufet lunch dan dinner juga harga berbeza. Tapi ada harga istimewa buat pelajar, warga emas dan OKU, manakala untuk kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. So macam mana korang rasa ok tak kat sini nak makan sepuas-puasnya. Kadang-kadang rasa rugi lak tak cuba semua makanan kerana perut dah kenyang. Kita diingatkan untuk tidak membazir makanan dan ambil apa yang nak dimakan sahaja ok. Itu kena diamalkan bila makan kat bufet steamboat atau mana-mana juga.

Buffet Hari Biasa:

Waktu Tengah hari: 
Dewasa : RM53.90
Kanak2 : RM 31.90 (6 - 12yo)
Students/ Senior Citizen/ OKU : RM44.90

Waktu Malam:
Dewasa: RM65.90
Kanak2 : RM33.90 (6 - 12yo)
Student/ Senior Citizen/ OKU : RM44.90
*Mon - Fri (5pm - 10pm)

Buffet Hujung Minggu:

Sepanjang Hari : RM73.90
Kanak2 : RM38.90 (6 - 12yo)
Senior Citizen/ OKU : RM63.90




Nanti korang datang kat cawangan baharu Pak John Steamboat BBQ and Dim Sum di Great Eastern Mall bolehlah tinggalkan komen korang kat sini ok. Staff mereka juga mesra dan juga selalu tambahan bahan-bahan makanan yang dah nampak kurang sikit mereka akan topup. Jangan risau tak akan habis punya. Kita jer mampu atau tidak makan semua. Selamat menjamu selera semua.

Maklumat lanjut dan promosi atau nak booking boleh layari:







0 Pandangan: