Atria Shopping Gallery,

Empat Restoran Wajib Singgah Untuk Makan Tengah Hari Atau Makan Malam Di Atria Shopping Gallery Damansara Jaya

Isnin, Ogos 22, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha hujung minggu lalu jalan-jalan kat sebuah shopping mall untuk cari-cari barang. Sambil jalan-jalan tu singgah juga beberapa restoran makan yang ada dalam mall tu. Kalau korang yang suka membeli-belah di Atria Shopping Gallery di Damansara Jaya sekarang ini mereka tengah adakan "Gastronomic Feast" bermula dari 5 hingga 31 Ogos 2022 ini. Jadi masih sempat lagi ada beberapa hari yang sangat meriah.



Meriah kenapa kerana sepanjang dalam tempoh tu mereka anjurkan pelbagai aktiviti yang menarik di sana. Antara yang paling Maha suka adalah korang boleh nikmati perjalanan kulinari rasa makanan di restoran-restoran terpilih di dalam mall tersebut. Kalau korang singgah dan menjamu selera di restoran terpilih boleh dapat promosi istimewa dan juga hadiah. Macam mana nak makan dan juga boleh dapat hadiah hanya dua langkah yang korang perlu ikuti.



Langkah 1
Kumpulkan satu setem apabila korang menjamu selera di mana-mana kedai F&B di Atria Shopping Gallery yang terlibat dengan perbelanjaan minimum RM30 (RM20 & ke atas untuk Ahli Atria Apps) dalam satu resit pada hari yang sama.

Langkah 2
Tunjukkan resit korang dan dapatkan kad Foodies Reward yang dicop di Concierge Counter aras Ground Flour. 



Kalau korang berjaya kumpulkan tiga setem akan dapat RM5 baucer dan kalau dapat kumpul enam setem akan dapat RM10 baucer dan juga secara automatik akan layak sertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah Le Creuset Stoneware bersama baucer makanan. Senang sangat nak menang ni dan memang korang akan pergi kat mall tu dan makan sekali gus boleh kumpul setem. Pastikan korang simpan riset pembelanjaan tersebut ok sebagai bukti penebusan setem.



Ia akan berlangsung dari 5 hingga 31 Ogos ini jadi ada beberapa hari yang terakhir ni korang pulun habis-habis. Tips nak senang kumpul setem bawa kawan-kawan atau keluarga makan sekali ramai-ramai dan cukup minimun perbelanjaan makan dan korang boleh redem setem tu, terbaik tak hehehehe. Selain itu juga kat sana diadakan juga beberapa aktiviti menarik yang seperti di bawah.

1) Fruit Festival - 27 dan 28 Ogos 2022 
2) We Dare You To Eat Challenge - 28 Ogos 2022
3) Lear How To Artfully Photograph Food - 27 Ogos 2022

Jom Maha nak bawakan kepada korang beberapa restoran yang turut terlibat dalam kempen "Gastronomic Feast" kali ini. Banyak lagi tapi ni yang Maha sempat singgah dan cuba makan juga yang direkemen oleh ramai orang dan terbukti kesedapan dan kelazatannya. 

1) TEDBOY BAKERY


Kalau dengar nama restoran ini ingat ia hanya jual bakery atau juga roti-roti dan kek sahajakan. Itu memang menjadi tenggapan utama ramai orang termasuk Maha sendiri. Tapi bila dah masuk dan tengok menu mereka sebenarnya ia ada menyediakan pelbagai lagi makanan khas untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam. Menu yang berat-berat dan berkhasiat ada dijual di sini. 





Maha hari tu sempat cuba beberapa menu menarik mereka seperti Club Sandwich, Nasi Lemak With Chicken Rendang, Fried Chicken Carbonara dan Rice with Buttermilk Chicken. Kalau minuman pula ada yang panas dan sejuk korang boleh pilih mana satu yang nak mesti korang tak akan lupa untuk order kopi dan juga smoothie yang sejuk dan melegakan. 






Restoran Tedboy Bakery ini ada sembilan cawangan lain tapi korang kena pergi kat Atria Shopping Gallery ini sebab nak kumpul cop setem tu. Lepas tu leh redem hadiah. Restoran ini buka awal seawal jam 9.30 pagi untuk sarapan bagi yang kerja berhampiran dan juga tutup jam 10.00 malam untuk dinner. Kalau korang tengok roti, bakery dan pastry mereka semua homemade dibuat segar setiap hari untuk kekalkan kualitinya. Juga ada sediakan beberapa kek dan mini cupcake customize yang boleh ditempah ikut citarasa korang.
 



Nak tahu lanjut tentang menu dan promosi kat Tedboy Bakery ini boleh ke laman Instagram mereka di @tedboybakery atau juga pergi ke laman web mereka www.tedboy.com. Mereka juga sediakan perkhidmatan tempahan online dan penghantaran makanan terus ke rumah korang. Mudah cepat dan pastinya segar. 

2) LITTLE PENANG KAFE


Restoran seterusnya adalah Little Penang Kafe yang terletak di aras Groud Floor Atria Shopping Gallery. Kat sini bagi peminat makanan Penang original memang kena cuba. Ini sebab ia adalah perusahaan turun termurun generasi ke generasi keluarga dari Penang. Tak silap Maha sekarang ni dah generasi kedua keluarga ini yang mewarisi resipi mereka sejak tahun 1999. Sebab itu ia masih kekal utuh dan mampu memberi hidangan lazat seperti mana dari awal kemunculannya.




Hari tu Maha sempat cuba beberapa menu istimewa yang menjadi pilihan dan popular dikalangan penggemar makanan Penang. Korang kena cuba Penang Curry Mee, Char Koay Teow, Acar Fish Set dan Pie Tee Set. Kalau tanya mana yang Maha suka mestilah Penang Curry Mee yang pekat dan sangat banyak bahan dalam satu mangkuk besar tu. Kemudian yang Maha lagi suka adalah Pie Tee sangat rangup dan penuh bahan dimakan bersama sos pedas best gilerrr. 








Bagi minuman pula korang boleh order Cendol Biasa, Cendol Durian, Kedondong Shake, 3 Layer Tea atau 3 Layer Coffee dan Coconut Shake. Baru kena dan ngam dengan makana rasa sejuk yang menyegarkan tekak lepas makan pedas dan panas ni. Ada juga beberapa minuman kopi yang menjadi pilihan orang Penang boleh pilih di sini. 




Restoran ini ada tiga cawangan lain tapi korang kena datang kat Atria Shopping Gallery sebab nak cukupkan cop setem untuk redem hadiah istimewa. Ia dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam untuk makan tengah hari dan makan malam. Layari Instagram mereka di @LittlePenangKafe.

3) DAVE'S DELI 


Bagi korang yang nak lari daripada makanan tempatan atau makanan Malaysia boleh lah cuba yang western sikit kat Restoran Dave's Deli. Ini memang Maha tak perlu nak kenalkan lagi sebab dah memang cukup popular dikalangn peminat makanan barat terutama Chicken Roast mereka. Sejak tahun 1989 lagi restoran ini ditubuhkan sehingga sekarang menu mereka masih kekal dengan rasa yang sama sedapnya. Rahsia pada rempah ratus dan herba yang digunakan untuk menghasilkan perapan ayam dan juga sos istimewa mereka.



Masa singgah sini Maha sempat cuba menu istimewa iaitu Roast Chicken Sandwhich, Roast chicken Mushrooms Pie, Dave’s Beef Lasagna dan yang popular dan menjadi kegemaran ramai iaitu Dave’s Famous Roast Chicken. Ini boleh order untuk satu ekor atau separuh mahupun quater chicken. Istimewa ada kat restoran cawangan ini sahaja adalah pertama kali mereka keluarkan Frozen Pie. Ada macam-macam pilihan sepeti Chicken & Mushroom, Steak & Mushroom, Minced Beef & Cheese dan 8Hr Lamb Ragu.







Ini kerana banyak permintaan untuk pie mereka oleh penggemar makanan barat kat sini. Maka ia hasilkan dalam bentuk frozen agar boleh beli dan bawa pulang untuk makan kat rumah. Cara masak mudah hanya nyah beku dan masuk dalam Microwave atau Oven atau Airfryer sahaja. Lepas ni boleh lah setiap hari makan hidangan Pie dari Dave's Deli ini. 



Restoran buka jam 11.30 pagi hingga last order jam 9.30 malam untuk makan malam. Memang kena datang dine-in kat Atria Shopping Gallery lah sebab nak kumpul cop setem kan. Mereka ada lagi beberapa cawangan lain. Sebarang informasi lanjut boleh pergi ke laman Instagram mereka @DavesDeliMy.

4) LA JUICERIA SUPERFOOD


Dulu ia dikenali dengan restoran yang menjual jus segar dan sihat dalam mall. Kini mereka berkembang lagi dengan menjadi penyedia makanan sihat dan superfood kepada mereka yang mencari makanan terbaik sihat tapi tetap lazat. Inilah dia restoran La Juiceria Superfood turut serta dalam kempen "Gastronomic Feast" di Atria Shopping Gallery



Masih ada lagi minuman jus untuk immunity booster terbaik di Malaysia dengan bahan Superfoods seperti Kunyit, Halia dan Daun Betik. Kini mereka ada juga makanan dalam mangkuk yang sihat tapi sedap dan lazat. Korang boleh tengok mangkuknya begitu sihat dan berwarna-warni dengan pelbagai khasiat didalamnya. Korang boleh pilih untuk makanan sihat jenis apa yang korang nak ambil hari tu. 







Maha hari tu telah cuba Tokyo Bowl (716kcal), Egg Avocado Mentaiko Poke Bowl (914kcal), Keto Curry Laksa (454kcal), Kale Asada Mushroom Salad (537kcal) dan Pesto Tofu Wrap (658kcal). Mereka siap sediakan berapa kalori yang ada dalam setiap hidangan itu yang buat korang boleh rancang kesihatan makanan. Paling penting kebanyakkan bahan mentah dihasilkan sendiri oleh mereka untuk pasti kesihatan dan kesegarannya seperti Tempeh dan Tauhu memang dibuat sendiri. Juga dressing sauce juga dihasilkan sendiri.




Korang masih boleh enjoy kenikmatan makanan tapi dalam masa sama boleh jaga kesihatan juga. Satu mangkuk tu sudah cukup untuk memberi kekenyangan kepada yang makan. Maha sendiri pun satu mangkuk sahaja boleh habiskan sebab ia bergitu banyak serat dan sayuran. Restoran ini biasa akan buka jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam untuk makan setiap waktu dan kena makan kat Atria ini untuk dapatkan cop setem tu ok. Layari Instagram mereka di @Lajuiceria.



Ini baru empat sahaja restoran yang fasa pertama Maha kongsikan dengan korang yang terlibat dalam kempen "Gastronomic Feast" di Atria Shopping Gallery. Ada lagi beberapa restoran lepas ni tapi yang dessert atau pencuci mulut yang Maha nak kongsikan untuk posting seterusnya. Jadi tunggu dan kalau korang ada masa nak pergi beli belah boleh ke Atria dan nikmati segala makanan yang istimewa ada di sini. Maha sangat rekemenkan korang semua di bawah satu bumbung sangat mudah dan selesa. 

Sebarang pertanyaan atau juga maklumat lanjut tentang kempen ini boleh hubungi :-
ATRIA SHOPPING GALLERY
Tel : 03-7733 5156
Laman web : www.atria.com.my






0 Pandangan: