Atria Shopping Gallery,

Empat Restoran Wajib Singgah Untuk Makan Dessert Di Atria Sopping Gallery Damansara Jaya

Selasa, Ogos 23, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikashi sekalian. Sebelum ini Maha ada kongsikan kepada korang tentang tempat makan yang wajib singgah untuk cari makan tengah hari atau makan malam di Atria Shopping Gallery. Tapi tujuan untama adalah untuk menikmati semua juadah yang enak ada di sana. Kali ini Maha nak bawa korang pula untuk mencuba dan merasai keenakkan makanan atau minuman untuk pencuci mulut yang ada di sana. 



Restoran yang Maha pergi ni bukan lah semata-mata yang terbaik tapi banyak lagi cuma yang Maha senaraikan ini adalah pilihan ramai orang dan juga pastinya sedap. Selain itu juga korang boleh sertai untuk kempen "Gastronomic Feast" yang tengah berlangsung dari 5 hingga 31 Ogos 2022 ini. Ada banyak aktiviti lain yang mereka anjurkan kat sini untuk minggu ni pun ada lagi sempat nak join. 

1) Fruit Festival - 27 dan 28 Ogos 2022
2) We Dare You To Eat Challenge - 28 Ogos 2022
3) Learn How To Artfully Photograph Food - 27 Ogos 2022

Selain itu juga kalau sesiapa yang beli makana dan makan di restoran terpilih di sana boleh kumpul setem untuk tebus baucer dan sertai cabutan bertuah. Cara nak sertai sangat mudah dua langkah ini sahaja korang perlu ikut dan terus boleh tebus baucer. 



Langkah 1
Kumpul satu setem apabila anda menjamu selera di mana-mana kedai F&B di Atria Shopping Gallery dengan perbelanjaan minimum RM30 (RM20 & ke atas untuk Ahli Atria Apps) dalam satu resit pada hari yang sama.

Langkah 2
Tunjukkan resit anda dan dapatkan kad Foodies Reward yang dicop di Concierge Counter tingkat bawah.



Jom Maha bawakan korang beberapa restoran makanan dessert atau pencuci mulut kali ini. Ada empat dan mesti korang suka sebab semua orang suka dessert. Ada yang sediakan kek, ada yang sediakan minuman juga tak kurang yang buat cupcake dan banyak lagi lah. Jom kita tengok.

1) BLACKBALL 


Ini pula satu lagi outlet dessert yang istimewa ada dekat Atria Shopping Gallery. Ia terletak di aras G di kawasan tengah-tengah mall. Situ ada meja untuk lepak dan sembang-sembang bersama kawan-kawan dan juga nak chill dengan dessert ini. Blackball adalah istimewa pencuci mulut daripada Taiwan. BlackBall diberi nama istimewanya melalui ramuan utama, 'Xian Cao' iaitu kebaikan jeli 'hitam' dan 'bola' keladi dalam ciptaan pencuci mulut yang diasaskan oleh Mr Tang seorang pemandu pelancong.




Itu sikit apa yang Maha dapat masa makan kat sana. Di antara menu yang Maha sempat cuba masa tu adalah Sesame Soya Delight, Golden Sweet Corn Delight, Matcha Soya Delight, Uji Matcha Crushed Ice dan satu lagi tu nama Maha tak ingat lah tapi semua sedap. Boleh ambil yang sejuk ais atau juga yang panas. 







Kalau dalam cuaca panas sangat sesuai untuk ambil yang sejuk sangat melegakan tekak dan juga memberikan kesegaran selepas penat berjalan. Ramai juga orang suka makan kat sini sebab ia dessert yang tak terlalu manis tapi masih sedap. Ia juga tersenarai dalam kempen kat Atri dan boleh makan sini untuk dapatkan setem. Ia buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Maklumat lanjut boleh follow Instagram @blackball_atria.

2) MIKI BAKERY


Ini pula korang memang mesti suka kerana ia menyediakan Eggs Tart dan juga ada Milk Cake. Miki Bakery ini konsep Grab and Go juga korang boleh beli bakeri yang ada dan ia dimasak baru setiap hari dan juga adalah homemade. Jadi korang boleh dapat rasa kesegaran dessert ini. Kalau Eggs Tart tu kena makan panas-panas baru dapat rasa kesedapannyakan.









Kali ini mereka ada sediakan set dalam satu kotak istimewa iaitu 'The Miki Family' x '3-sister Milk Cake'. Dalam kotak tu ada tiga perisa Milk Cake iaitu Douyong , Pandan dan Kacang Merah  dan juga ada Eggs Tart serta ada macam Mooncake pun ada juga ini dan dalam inti dia ada macam biji labu. Sedap dan juga rasa unik makanan orang Malaysia akan suka punya lah. Ia buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Boleh follow mereka kat Instagram @mikibakerykl.

3) MR CHIZU 


Ini Maha sangat suka yer kenapa kerana kat Mr Chizu keistimewaan mereka adalah Cheese Cake yang lembut resipi daripada Jepun. Kalau korang tengok yang Japenese Cheese Cake tu gebu dan juga boleh menari-nari bila digoyang sangat sedap. Itu lah kegemaran Maha dan boleh habis satu biji Cheese Cake tu. Kat sini mereka ada sediakan yang perisa coklat dan juga original. Konsep outlet kat sini juga adalah Grab and Go boleh singgah beli pesan dan bawa balik.









Selain itu juga kat Mr Chizu ada juga jual seperti Cheese Tart Hanjiku (half cook), Hanjuku Slice (cake half bake), Portuguese Egg Tart, Sponge Cake dan minuman juga. Kalau korang tak boleh nak singgah kat Atria ni boleh jer order online untuk mereka hantar terus ke rumah. Tapi tak panas lah dan kurang menyengat sikit rasanya. Ia buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Outlet kat Atria ini pun ada dalam kempen dan boleh beli RM30 dalam satu resit dah boleh dapat setem untuk tebus baucer. Info lanjut atau tempahan boleh ke Instagram @mrchizu_atria.

4) ZUS COFFEE


Bagi pecinta kopi ini adalah jenama restoran yang cukup terkenal dan ramai dan mula suka. Menyediakan minuman berkafen yang beraroma. Zus Coffee yang terletak di arasa Ground Floor Atria Shopping Gallery ini kecik sahaja kedainya. Hari tu ada kopi panas dan juga kopi sejuk yang Maha order bersama dengan kawan-kawan. Juga sempena dengan bulan kemerdekaan ini mereka ada buat promosi iaitu order satu kopi yang dalam promo ini boleh dapat satu lagi percuma katanya. Juga boleh beli kopi dan juga satu Apam Balik Cake special untuk promo ini.






Biasalah konsep Zus Coffee kat sini lebih kepada Grab and Go untuk mereka yang sibuk bekerja dan juga tiada masa untuk stay. Tapi ada juga sediakan ruang untuk mengopi kat situ tak banyak kecil jer. Tapi penting kena beli Zus Coffee kat Atria untuk dapatkan setem nak menang hadiah. Ia buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Info lanjut boleh ke laman Instagram @ZusCoffee.Atria.



Kali ini tak banyak sangat sebab ia dessert atau pencuci mulut jer. Tapi tetap sedap dan lazat kena cuba juga kalau datang beli belah kat Atria Shopping Gallery ini serta kumpulkan setem korang ok. Tarikh masih sempat lagi sampai 31 Ogos 2022 untuk kumpul setem tu. Banyak tak tempat makan sedap-sedap kat sini. Nanti ada lagi Maha boleh kongsikan lagi hehehe. Apa pun yang korang suka boleh tinggalkan komen kat sini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera semua.

Sebarang pertanyaan atau juga penerangan tentang kempen ini boleh hubungi:
ATRIA SHOPPING GALLERY
Tel : 03-7733 5156
Laman web : www.atria.com.my










0 Pandangan: