Kajang,

Masakan Melayu Asli Terbaik Di Restoran Lubuk Asam Pedas Claypot Dan Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang

Isnin, Ogos 01, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan dikasihi sekalian. Kali ini Maha nak bawa korang semua kita pergi makan kat sebuah restoran yang menyajikan makanan Melayu original. Betul-betul dapat rasa keaslian masakan Melayu yang mana kita tahu kalau masakan Melayu ni kaya dengan rempah dan juga pelbagai variati. Contoh kalau Masak Asam Pedas sahaja ada pelbagai jenis, Asam Pedas Melaka lain, Asam Pedas Johor lain dan juga begitulah kat tempat-tempat lain dan juga menu lain.



Kali ini kita pergi jauh sikit dari Kuala Lumpur ni kita cari masakan Melayu di Saujana Impian Kajang tu. Kat mana lagi kalau bukan di Lubuk Asam Pedas Claypot Dan Patin Tempoyak. Restoran ini kalau korang tak cari ia agak tersorok kat kawasan perumahan. Tapi kalau Waze atau Google boleh jumpa senang jer and parking pun mudah. Kalau hari minggu agak ramai jugalah makan kat sini tempat dah popular kot.




Masuk sahaja dalam restoran tu nampak dekorasi dengan penuh pelbagai barang antik dan klasik yang dimilik mungkin pemilik restoran ini kot. Restoran selesa tak begitu besar dan mampu memuatkan sehingga dalam 30 ke 40 orang dalam satu-satu masa. Restoran terbuka ni senang kalau makan yang pedas dan panas pengudaraan penting sebab itu kat sini sangat selesa. 

ASAM PEDAS BERLADA KEPALA IKAN MERAH

ASAM PEDAS BERJINTAN TETEL

ASAM PEDAS ORIGINAL IKAN PARI

ASAM PEDAS DAUN KESUM IKAN KEMBONG


Selain itu, hidangan kat sini pun semuanya sangat menarik dan lazat dihidangkan dalam claypot. Menu utama yang menjadi daya tarikan kat restoran ini adalah mestilah Asam Pedas. Kat sini sahaja ada lebih daripada 10 jenis kuah Asam Pedas yang disediakan sendiri. Semua kuah Asam Pedas ni sedap kalau dinikmati panas-panas sebab itu ia dihidangkan dalam claypot bagi mengekalkan kepanasan kuah itu untuk jangka masa lama.
 

Kuah Asam Pedas Original/Daun Limau (Melaka)
Kuah Asam Pedas Daun Kesum/Lada Hitam (Johor)
Kuah Asam Pedas Berempah 
Kuah Asam Pedas Berjintan
Kuah Asam Pedas Berlada
Kuah Asam Pedas Cili Api
Kuah Asam Pedas Halba
Kuah Asam Pedas Kids
Kuah Asam Pedas Rebus
Kuah Asam pedas Rebus Lada Hitam

Itu dia senarai 10 jenis kuah Asam Pedas yang korang boleh pilih untuk dimasak bersama dengan pelbagai jenis lauk di dalamnya. Kalau nak Tetel ada, Ikan Kembong, Ikan Pari, Ikan Parang, Ayam dan banyak lagi. Termasuk juga kepala Ikan Merah dan juga kepala Ikan Jenahak bagi yang suka makan kepala ikan perhhhhh dah meleleh air liur ni.



Juga yang menjadi keistimewaan masakan Melayu kat sini adalah Masak Patin Tempoyak Claypot. Kita tahu kalau sebut masak Tempoyak paling popular adalah kat Pahang dan juga kat Perak. Ia pula popular dimasak dengan Ikan Patin. Masakan Patin Tempoyak sini cara Kuala Kangsar Perak dan bekalan Ikan Patin yang segar didapatkan dari Pahang. Kat sini pun mereka sediakan menu ini dalam claypot untuk mengekalkan kesedapannya sehingga pada hirupan titisan terakhir. Begitu lah nak digambarkan kesedapannya.

MASAK IKAN PATIN TEMPOYAK 

MASAK IKAN PARANG CILI API


Korang order kauh ini bukan korang makan kuah sahaja tapi ia datang sekali dengan set nasi putih dan juga timun serta sambal belacan dan telur masin untuk kuah Asam pedas. Bagi kuah Masak Tempoyak lak ia datang dengan nasi putih, timun, sambal belacan dan ikan masin. Jadi lengkap satu set untuk makan baru lah kena selerakan.




Itu makanan Melayu tapi bagi memenuhi kehendak rakyat Malaysia ni yang juga suka minta pelbagai hidangan termasuk masakan western mereka juga ada buat kat restoran ini. Paling menjadi pilihan dan popular adalah Western Fried Chicken Chop, Grill Chicken Chop dan Grill Lamb. Juga ada menu sampingan seperti Roti Bakar dan snak seperti French Fries. Jadi kalau bawa anak-anak kecil boleh bagi makanan macam ni diamlah mereka duduk kat meja. Kalau tidak jenuh nak kawal belari-lari sahaja.

GRILL LAMB

FRIED CHICKEN CHOP

GRILL CHICKEN CHOP


Makan sahaja tak ada minuman pelik jugakan. Kat Restoran Lubok Asam Pedas Claypot Dan Patin Tempoyak ini mereka ada pelbagai jenis minuman yang popular. Maha senaraikan kat sini mana tahu ada yang jadi pilihan dan selera korangkan. Kat sini ada Milo Tabur Dinasour, Sirap BanCin, Sirap BanCinLai, Jus Lubuk TembCin, Jus Epal Asam Boi, Teh Cincau, Jus Tembikai Laici dan banyak lagilah.



Satu lagi keistimewaan yang ada kat restoran ini dan tak ada kat tempat lain adalah korang boleh dapat potongan harga RM1.50. Macam mana nak dapatkan ada notis kat meja memberi tahu sekiranya korang kemas meja seperti dalam gambar dan susun semua pinggan dan cawan serta kerusi meja akan dapat potongan harga untuk setiap meja. Itu inisiatif pemilik restoran untuk mendidik pelanggan kat sini sentiasa kemas meja lepas makan seperti mana yang kita buat kat rumahlah kan. Tak salah pun kita sama-sama membantukan. Maha suka konsep macam tu mendidik dalam cara yang paling halus.




Sebab itulah, Maha rekemen sangat korang yang nak cari masakan Melayu terutama Asam Pedas dan juga Masak Tempoyak kat Restoran Lubuk Asam Pedas Claypot Dan Patin Tempoyak Saujana Impian Kajang. Jauh sikit tak apa tapi berbaloi sangat memang tak rugi. Restoran ini beroperasi setiap hari Isnin sampai Sabtu dan hari Ahad mereka tutup. Buka dari pukul 12.00 tengahari hingga 11.00 malam. Jadi boleh lah plan datang sini bawa keluarga atau juga ajak kawan-kawan. Selamat menjamu selera semua.

Alamat :
📍 Lubuk Asam Pedas Claypot & Patin Tempoyak
No.2 Jalan Impian Murni 1/4 Saujana Impian 43000 Kajang, Selangor

Laman sosial:

Order untuk penghantaran ke rumah:
ShopeeFood dan GrabFood







2 ulasan:

  1. Eh eh. Dia datang Kajang tak tegur kita ye. Awas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa tu sesat kat Kajang hehehehe...

      Padam