Chicken Rice Place,

Nasi Ayam Terbaik Di Kuala Lumpur Iaitu Chicken Rice Place Terletak Di Platinum Walk Setapak

Selasa, Ogos 23, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Maha adalah orang yang paling suka makan Nasi Ayam. Kalau kata makana tengah hari tu ada Nasi Ayam pun dah cukup memang boleh tambah berpinggan-pinggan. Banyak kedai klaim mereka menyediakan Nasi Ayam terbaik dan juga paling sedap di antero dunia. Tapi hakikatnya masak nasi putih dengan rasa yang tiada kemudian hidangan dengan sup kosong tambah perisa sahaja.



Itu memang pantang bagi Maha. Kalau betul nak berniaga dan juga nak buat Nasi Ayam sedap kena guna bahan yang betul lengkap dan segar. Kebetulan Maha tahu ada satu restoran Nasi Ayam baru sahaja buka di Platinum Walk Taman Danau Kota Setapak KL. Gigih Maha dari jauh datang memang nak cuba Nasi Ayam kat sini adakah ia memenuhi kehendak nafsu makan Maha atau tidak. Nama restoran ini istimewa Chicken Rice Place. Sedap sangat ker jom Maha kongsikan.




Ini adalah restoran pertama yang dibuka oleh pemiliknya setelah lebih satu tahun buat kajian dan juga mencipta resipi sendiri Nasi Ayam yang istimewa. Keutamaan restoran ini adalah Nasi Ayam mereka yang ada pilihan pelbagai jenis masakan ayam iaitu kukus atau stim, panggang atau roasted, bijan dan madu. Buatkan Maha tambah lagi teruja nak rasa makanan kat sini. 



Memang betullah mereka buat kajian resipi yang tepat kerana segalanya memenuhi kehendak dan nafsu makan Maha yang suka Nasi Ayam ni. Selain daripada ayam yang isitmewa mereka juga menggunakan rempah ratus yang terbaik untuk menghasilkan aroma masakan pada nasi yang bergitu ketara bila kita bau. Rasa juga sangat lengkap dan mecukupi manis dari sos kicap, pedas dari sos cili dan juga dari kuah sup yang panas saling melengkapi.




Puji melambung ni ada apa-apa ker? Bukan memang Maha cerita ikhlas dari hati masa pergi cuba makan kat restoran ini. Mula beroperasi pada 20 Ogos 2022 di kawasan baharu tu dan juga dengan segalanya masih baru. Tapi tetap menitik beratkan rasa masakan yang berkualiti. Itu yang bagus. Ni kedai jer cantik tapi makanan hurrmmmm. 





Selain dari makan Nasi Ayam mereka juga ada beberapa menu sampingan lain seperti Kerabu Mangga, Sayur Taugeh dan Mee Wantan Kering. Tak banyak lagi menu makanan kerana mereka fokus pada Nasi Ayam tapi dalam masa kesemasa akan menambah lagi menu-menu baharu untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan bangsa ni. Korang kena cuba mereka punya Teh Tarik memang betul-betul kaw gilerrr. Katanya menggunakan serbuk teh yang diimport dari Kelantan dan tiada kat tempat lain. Sedap minum waktu musim hujan sejuk-sejuk ni dapat menghangatkan dalam badan.



Dengar cerita pula lepas ni akan buka lagi cawangan kedua di Bangi pada penghujung tahun ini. Apa pun Maha doakan restoran Chicken Rice Place akan terus maju dan mampu menjadi penyedia makanan sedap dan lazat di Malaysia. Serta mampu berdaya saing dengan restoran yang ada. Kita kena sokong usahawan baru macam ni. Next time buka cawangan baru jemput Maha lagi tau hehehe. Lepas ni korang boleh datang restoran ini ia dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 2.00 petang dan untuk makan malam pula bermula dari pukul 5.00 petang hingga 10.30 malam




Kalau korang dah datang cuba makan Nasi Ayam sini tinggalkan komen kat sini senang Maha nak tahu sebab setiap orang ada citarasa yang berbeza-beza. Selamat menjamu selera dan juga selamat maju jaya buat Restoran Chicken Rice Place








0 Pandangan: