Bukit Bintang,
Tarikan Terbaharu Mesti Dikunjungi Di Bukit Bintang Museum Of Illusions
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Bukit Bintang bukan lagi tempat yang biasa-biasa yer. Di tengah-tengah kesibukan kota itu ada banyak perkara yang menarik boleh dilakukan selain daripada kulinar dan juga pusat beli-belah yang gah dan begitu menarik. Juga ada dibalik selok belok itu terletak satu daya tarikan terbaharu yang bukan sahaja menghiburkan tapi juga memberi ilmu yang berguna.
Maha nak bawa korang sama-sama pergi ker Museum Of Illusions yang terletak di aras satu dan dua Hotel Ansa Bukit Bintang. Korang kalau datang nampak Hotel Ansa boleh masuk ikut pintu utama hotel tu dan pergi ke aras satu naik escelator. Ini bukan muzium biasa-biasa yang buat pameran barang bersejarah atau artifak. Ia lebih kepada pengujian minda dan juga pembelajaran sain dan teknologi yang digarap dalam bentuk mainan yang lebih interaktif.
Harga tiket untuk masuk ke muzium ini seperti di bawah ni:-
1) Dewasa (umur 15+): RM 35 (MyKad) / RM 45 (Non-MyKad)2) Kanak-kanak (umur 5-15): RM 25 (MyKad) / RM 35 (Non-MyKad)3) Pelajar (Kad Pelajar Yang Sah): RM 30 (MyKad) / RM 40 (Non-MyKad)4) Warga Emas (umur 55+): RM 30 (MyKad) / RM 40 (Non-MyKad)5) Keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak): RM 90 (MyKad) / RM 120 (Non-MyKad)
Kalau korang tengok pada harga ini maksudnya muzium ini boleh dikunjungi oleh semua peringkat usia dan juga warga. Janji mereka boleh berseronok dan juga belajar bersama anak-anak atau keluarga. Tapi ada yang kata harga ni sedikit mahal tak apa nanti pada last posting ni Maha akan bagitahu bagaimana korang boleh masuk dengan dapat diskaun lagi sempena dengan bulan kemerdekaan ini. Baca sampai habis ok.
Masuk-masuk sahaja dah ada banyak mainan atas meja yang boleh dimain oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Ini kerana maianan kat sini bukan biasa-biasa ia menguji minda dan juga kekreativiti seseorang untuk berfikit menyelesaikan sebarang masalah. Itu yang Maha kata kalau main permainan atas meja ni orang dewasa belum tentu boleh selesaikannya. Cuba korang cabar diri dengan anak-anak atau juga kawan-kawan siapa yang pantas menyelesaikan mainan yang ada.
Pergi pula kat bahagian dinding yang ada kat situ dihiasai bukan sahaja gambar atau polaroid biasa-biasa tau. Korang kena baca arahan yang diberikan kat tepi sesetengah gambar tu dan juga ada panduan disediakan bagaimana nak mendapatkan kesan ilusi yang sebenar. Baru menarik dan juga seronok.
Maha paling suka kat sini bila korang pergi kat bahagian beberapa bilik yang ada. Kat sini sikit mencabar dimana perlu kepada kreativiti untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik. Contoh kerusi yang besar tu boleh buat orang yang sebesar Maha ni nampak kecil jer dihujung jari. Itu yang bestynya kat sini. Kemudian ada pula ruangan yang mana korang dalam gambar berdiri macam sama tapi bila tengok dalam gambara nampak seorang kecil dan seorang lebih besar.
Kalau korang rasa cukup berani dan kuat boleh masuk ke terowong Vortex. Ia adalah terorong menentang graviti tapi sebenarnya hanya ilusi kita sahaja. Nasihat Maha jangan masuk banyak kali boleh mabuk dibuatnya wakakaka. Tapi seronok kerana kita tahu kita tidak jatuh tapi rasa macam nak jatuh bila melalui terowong tu.
Banyak lagi lah daya tarikan yang best kat muzium ini. Sejam dua juga korang perlukan untuk habiskan semua mainan yang ada lebih kurang 80 jenis pameran dan juga termasuk mainan. Kadang-kadang ia membuat kita terfikit dan menjana daya pemikiran kreatif bahawa bila buat macam ni ia akan jadi macam ni. Bagus untuk pendidikan kanak-kanak yang sedang membesar. Jadi ada masa bawa anak-anak datang sini seronok.
Tadi Maha ada bagi tahu macam mana korang nak dapatkan diskaun tiket untuk masuk ke muzium inikan. Sempena dengan bulan Kemerdekaan Malaysia dan juga Hari Malaysia yang kita bakal raikan tak lama lagi. Museum Of Illusions juga nak bagi korang peluang masuk dengan memakai pakaian yang ada warna bendera Malaysia. Kalau korang pakai pakaian yang ada warna bendera Malaysia sahaja dan cukup tak perlu buat apa-apa pun just tunjuk kat kaunter yang pakaian korang ada warna bendera Malaysia seperti jadual kat bawah ni.
1) Dua (2) warna bendera Malaysia akan dapat 20% diskaun tiket masuk2) Tiga (3) warna bendera Malaysia akan dapat 30% diskaun tiket masuk3) Empat (4) warna bendera Malaysia akan dapat 40% diskaun tiket masuk
Promosi ini hanya sah untuk tempoh bermula 29 Ogos ini hingga 2 September 2022 sahaja. Jadi masa tu hari cuti korang datanglah kat muzium ini bawa keluarga atau anak-anak semua meriahkan hari Kemerdekaan negara yang ke 65. Last sekali sebelum pulang ada ruangan menjual cenderamata korang boleh beli dan bawa pulang sebagai kenang-kenangan.
Nak tahu lagi promosi lain dan info tentang Museum Of Illusions lebih lanjut boleh layari:-
Instagram : https://www.instagram.com/museumofillusions_kl/
Laman web : https://museumofillusions.my/
0 Pandangan: