FoodPanda,

foodpanda Malaysia Kongsi Kegemaran Nasi Lemak Terbaik Dari Sekitar Lembah Klang

Khamis, September 29, 2022 Mahamahu 2 Comments

Malaysia menawarkan pelbagai sajian tempatan menarik yang diraikan dan digemari oleh rakyat Malaysia. Bagaimanapun, satu pilihan yang pastinya menyerlah, semestinya makanan ruji Malaysia, Nasi Lemak! Sebagai sebuah syarikat teknologi yang sangat memanfaatkan data, foodpanda Malaysia telah mengumpulkan beberapa kegemaran masyarakat tempatan untuk dinikmati para hadirin sempena majlis bersama media yang diadakan di Ibu Pejabat foodpanda di Bangsar South hari ini.

Pengarah Komersial Kanan, foodpanda Malaysia, Jay Ar. Juan


Majlis bersama media  ini adalah satu daripada usaha yang dianjurkan oleh foodpanda Malaysia bukan sahaja menyediakan platform kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dan juga HomeChef untuk mencapai kejayaan, malah turut memberikan mereka lebih banyak pendedahan jenama yang berpotensi untuk meningkatkan lagi jualan mereka. Ini selaras dengan usaha kerajaan Malaysia untuk menyokong peniaga-peniaga kecil dan memacu ekonomi tempatan.

Mengulas lanjut mengenai sesi bersama media ini, Pengarah Komersial Kanan, foodpanda Malaysia, Jay Ar. Juan, berkata, “Selain menyampaikan kegembiraan kepada rakyat Malaysia di serata tempat, kami juga bersemangat membantu vendor-vendor kecil mengatasi halangan dan mencipta kejayaan sendiri yang memberikan inspirasi. Harapan kami untuk tempoh jangka masa panjang adalah lebih ramai rakyat Malaysia menyokong peniaga tempatan dan terus memperkasakan mereka melalui aplikasi kami. Usaha foodpanda sebelum ini telah pun terbukti  terutamanya ketika pelancaran HomeChefs khusus untuk peniaga-peniaga kecil serta faedah istimewa seperti skim insurans dan banyak lagi. Dengan semua perkhidmatan kami, kami ingin melayan anda – para pelanggan, para vendor, rakan-rakan kongsi penghantaran. Seluruh  rakyat Malaysia.”

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia baru-baru ini, kami telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan beberapa perniagaan tempatan hebat yang menawarkan sajian klasik Malaysia dalam pelbagai variasi berbeza. Bagi kebanyakan orang, Nasi Lemak dianggap makanan ruji sekeluarga dan bagi saya secara peribadinya ia merupakan salah satu sajian tempatan kegemaran saya. Berdasarkan data yang kami ada, kami dapati sajian kegemaran ini terus menjadi salah satu pesanan tertinggi untuk kebanyakan pengguna foodpanda dan kami mahu anda mencuba kesemuanya dan beritahu kami yang mana satu kegemaran anda,” tambah Jay Ar.



Apa yang menarik mengenai penghasilan Nasi Lemak ialah ia menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti kelapa serta perisa yang dicampurkan ke dalam nasi, maka terhasilkan inovasi Nasi Lemak. Walaupun pada asalnya sajian ini diperkenalkan sebagai sarapan lagi tetapi pada zaman moden hari ini, rakyat Malaysia di serata tempat telah terbiasa menikmatinya pada bila-bila masa, sama ada menikmatinya pada waktu pagi atau dijadikan sebagai makan malam. Disenaraikan lima vendor yang menyajikan Nasi Lemak yang sedap serta terkenal dan menghantar beratus pesanan kepada para pelanggan yang ingin menikmati nasi lemak.

Pilihan pertama pastinya Nasi Ayam Mafia. Terletak di Sepang, ia sememangnya terkenal dengan Nasi Lemak yang pedas dan berlemak. Rasanya yang cukup berbeza tidak dapat disangkal lagi apabila mereka menggunakan bahan-bahan segar yang diimport dari Thailand. Jangan lepaskan peluang ini untuk menggandingkan ayam goreng mereka yang rangup dan berjus.



Seterusnya, kami ada Nasi Lemak Saleha, kisah kejayaan perniagaan yang benar-benar memberi inspirasi. Bermula dengan gerai di tepi jalan, Mat Isa Abdul Rahman dan Saleha Abdullah merupakan orang ‘kuat’ dan dan kini memiliki dua buah restoran dan sebuah kilang yang memproses bahan mentah dan ‘dapur’ untuk memasak sambal istimewa mereka. Nasi Lemak daun pisang ini sangat diminati sehingga diiktiraf sebagai restoran paling aktif dan terkenal di Kampung Pandan dan berkembang maju selepas tersenarai di foodpanda.



Satu lagi kejayaan yang boleh dibanggakan ialah Nasi Lemak Kukus SS19. Pastinya semua orang berpuas hati dapat menikmati Nasi Lemak wangi yang baru dikukus. Di Nasi Lemak Kukus SS19, inilah pengalaman yang boleh anda jangkakan dan membuatkan anda ingin lebih banyak. Kedai ini juga cukup dikenali dalam kalangan orang dewasa yang bekerja dan para pelajar universiti di Subang Jaya. Nasi Lemak mereka cukup terkenal dengan pelbagai pilihan lauk pauk untuk digandingkan bersama seperti sambal sotong, rendang ayam dan ayam goreng berempah.



Selain itu, kami juga mempunyai pesaing Nasi Lemak klasik, Amira Cafe. Telah mula beroperasi sepanjang tahun 80-an dan juga 90-an, Nasi Lemak ini menjadi sajian utama sepanjang masa. Santan yang diperah dan diparut secara berasingan adalah contoh-contoh yang membezakan Nasi Lemak ini dengan pesaingnya. Bahan-bahan yang diimport dari India adalah petunjuk berapa banyak usaha, kasih sayang serta perancangan baik telah diarahkan terhadap penghasilan sajian sensasi ini.



Akhir sekali, kita ada Pak Li Kopitiam. Tahap kebersihan, keringkasan resepi dan juga kemesraan pemiliknya merupakan deskripsi yang tepat bagi kopitiam legenda ini yang telah berada 30 tahun dalam pembikinan. Menjadi keutamaan kopitiam ini menghidangkan sajian tradisional rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan. Nasi lemak ayam goreng berempah merupakan pilihan para pelanggan setianya. Sambalnya cukup terkenal dengan rasa unik yang tidak boleh didapati di mana-mana. Gandingan bersama ayam goreng pastinya membuatkan anda menjerit PADU WEY!

Ketika negara beralih secara beransur-ansur ke fasa endemik, foodpanda terus memberi pengiktirafan bagi menzahirkan sokongan kepada vendor-vendor tempatan dan HomeChef untuk menawarkan sokongan yang amat mereka perlukan dan pada masa yang sama menghormati hidangan tradisional sepanjang zaman seperti Nasi Lemak yang memainkan peranan penting dan melambangkan identiti Malaysia.







2 ulasan:

  1. Nasi Lemak memang tak pernah muak dan menghampakan. LeYa pun rasanya hampir tiap hari sarapan nasi lemak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita nak cuba nasi lemak RM1 yang viral tu sedapnya....

      Padam