Food Review,
Mencari Makanan Melayu Yang Mengimbau Nostalgia Lama Ada Di Seniman Halal Food Cafe
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Buat korang yang selalu jalan-jalan dan cari makan kat area yang mewah dan juga golongan elite boleh pergi ker Seniman Halal Food Cafe yang terletak di aras empat Pavilion Bukit Jalil. Ini kerana ia tidak menyediakan makanan barat tapi masakan Melayu yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia.
Masakan Melayu kat sini juga bukan yang fusion atau juga yang telah diubah ciri kemelayuannya. Ia masih mengekalkan lagi rasa asli masakan Melayu tapi ke tahap yang lebih antarabangsa yang dihidangan dengan konsep yang lebih menarik dan unik. Sesuai dengan kedudukan kafe ini dan juga nama kafe ini garapan kedua-duanya menjadikan satu hidangan yang melengkapi.
Ingin mengembalikan kenangan nostalgia lama, Seniman Halal Food Cafe juga memperkenalkan nama didalam set menu dengan mengambil inspirasi daripada filem-filem dan watak lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Nak tahu apa nama yang unik tu boleh baca posting Maha yang telah pergi makan di sana. Memang unik dan menarik sangat.
Set Talam
Seperti mana dalam Set Talam ni sangat begitu kena sekali dengan kafe ini. Talam Set DO, Talam Set RE dan Talam Set ME. Begitu dekat jiwa pemilik kafe ini nak terus mengekalkan nama filem Tan Sri P.Ramlee terus dibarikan nama sebegini rupa. Set Talam ini juadah dalamnya sesuai untuk dinikmati dua orang dengan lengkap ada lauk-pauk, nasi dan juga hidangan sampingannya.
Talam Set DO
Dalam set ini korang boleh dapat lauk iaitu Daging Salai Lemak Cili Padi, Ayam Kunyit Palembang, Sotong Sambal Tumis, Nasi Minyak Pengantin dan minuman Teh Tarik Terbalik. Serta ada keropok ikan juga sebagai hidangan sampingannya.
Talam Set RE
Bagi set ini pula yang suka kambing boleh ambil kerana ia ada sekali lauk Kari Kambing Jiwa Kacau, Ayam Masak Kicap Manis, Udang Goreng Halba, Nasi Kukus dan minuman Teh Tarik Terbalik. Juga ada sekali keropok seperti mana yang korang lihat dalam gambar ini.
Talam Set ME
Pelengkap set ini pula ada lauk seperti Tulang Sisih Kerutup, Ayam Goreng Pak Kaduk, Ikan Siakap Berlado, Nasi Minyak Pengantin dan minuman Teh Tarik Terbalik serta keropok papadom.
Semua set ini bagi Maha dan lengkap lah kalau korang datang makan berdua dating ker atau bawa keluarga boleh order untuk semua tiga set. Teh Tarik Terbalik tu memang teh tarik tu dihidangkan secara terbalik tapi masa nak minum korang kena tuang lah teh tu dalam mangkuk yang disediakan dan masuk semula dalam cawannya baru boleh minuman jangan teguk macam tu jer tumpah nanti hehehe.
Selain daripada Set Talam ni ada juga beberapa menu ala-cart lain yang boleh order untuk tambahan banyak pilihan kat sini. Macam Maha suka pada Ikan Siakap Berlado Dengan Petai dan Ikan Siakap Belado (tanpa petai). Dua-dua ini sangat memikat dan kena dengan selera tak begitu pedas dan juga rasa ikan masih lebut walaupun digoreng garing.
Kemudian ada juga menu tambahan lain seperti Kerabu Daging Bakar Air Asam Kerisik, Tauhu Sumbat Kejora, Sotong Kangkung Terangkat dan Daging Kerutup. Semua ini menambat selera kalau makan beramai-ramai pelengkap kepada yang utama tadi. Wajib cuba lah ini kerana ia dihasilkan oleh chef yang profesional dan menggunakan bahan semulajadi sepertu daun kaduk, kunyit, lengkuas, bunga telang dan macam-macam lagi untuk mengekalkan rasa aslinya.
Mee dan Nasi
Pada yang nak pilihan mee atau juga nasi impit kat kafe ini pun ada juga beberapa yang disediakan dalam bentuk mangkuk untuk satu orang makan. Mangkuk besar bukan kecik tau memang kenyang makan seperti ada Kuew Teow Beef Terkejut, Mee Kari Udang Bersepai, Mee Rebus Mambang Jingga dan Lontong Kering Wak Labib. Tak tahu kenapa nama mee ni pelik-pelik tapi rasa tak pelik sedap.
Seniman Pizza Biso Bonar
Bagi yang nak kurang makan nasi atau lauk pauk ni boleh cuba mereka punya piza. Walaupun ia menggunakan doh piza yang dihasilkan sendiri tapi topping kat atas piza tetap jiwa Malaysia. Ini kerana ada pilihan Sambal Bilis Petai Power dan Kerutup Kambing Mak' Tiri. Ada banyak lagi tapi bagi Maha yang dua ini sangat ngam power giler.
Doh piza nipis dan rangup serta tak tebal dihias pula atanya dengan lauk dengan rasa Melayu perh tak asing jadi satu gabungan yang sempurnalah untuk piza ini. Piza yang lain ada juga Pizza Ayam Percik Melambang, Pizza Asam Pedas Lautan Gelora dan Pizza Kerabu Ulaman Menjerit.
Kudapan Kudapan
Ini pula part untuk pencuci mulut yang ada kat kafe ini. Nama masih kekalkan lagi nama filem zaman dulu kala. Tapi rasa tetap masih sedap dan menarik. Korang boleh cuba mereka punya Keropok Lesong Kepayang, Cucur Bilis Si Tanggang, Roti Jala Sira Durian, Karipuf Cantik Molek, Pisang Sangai Ais Krim, Apam Nangka Madu Tiga dan Churros.
Minuman, Jus dan Seniman Mocktail
Bila dah makan kena ada minumankan kalau tidak tercekik lah hehehe. Tadi Maha dah cerita pasal Teh Tarik Terbalikkan. Itu memang kena order sedap minum panas-panas perhhh terangkat. Ada juga minuman kopi dan nescafe yang lain. Tapi yang nak kongsi kat sini pasal Seniman Mocktail.
Minuman Seniman Mocktail ini adalah ihlam campuran pelbagai rasa yang segar dan lagi menyegarkan. Ada rasa seperti Mojito Limau, Apricot, Acerola dan Chia Grand Tea, Rose, Lime dan Chia Seed, Blue Curacao, Mojito Markisa, Strawberry & Lemon Cooler dan Lychee Pops.
Merdeka Special Tiffin Set
Set tiffin edisi terhad ini ditawarkan pada harga RM75+ sahaja hanya untuk masa sampai 31 Ogos 2022 sahaja. Dengan corak tiffin menggambarkan Malaysia seperti bunga raya, menara Kuala Lumpur dan juga potret Tunku Abdul Rahman, menjadikan ianya cukup esklusif. Didatangkan juga dengan makanan seperti Nasi kuning Mahawangsa, Ayam Rendang Temasek dan Pengat Nangka Madu. Set tiffin ini sesuai dinikmati untuk 2 orang.
Sebarang promosi dan juga menu baru boleh layari laman sosial Seniman Halal Food Cafe:
Facebook : https://www.facebook.com/SenimanBukitJalil
Instagram : https://www.instagram.com/seniman_bukitjalil/
Whatsapp : 019-2142578
Lokasi: Seniman Halal Food Cafe Lot 4.31.00, Tingkat 4, Pavilion Bukit Jalil 2
wahhh...menarik tertarik menunyaa
BalasPadamTerus lapar tengok menu-menu yang Maha makan.... Tak boleh jadi ni... Nak kena cuba ni... Hehe...
BalasPadamManitoba Liquor and Lotteries Corporation , on behalf of the Province of 솔 카지노 Manitoba, is legally licensed to conduct and handle casino gaming exercise in Manitoba. MBLL operates Club Regent Casino, McPhillips Station Casino and the Shark Club Gaming Centre. MBLL is allowed to collect your private info for legislation enforcement functions or crime prevention by section 36 of the Freedom of Information and Protection of Privacy Act . We collect the minimum quantity of information necessary to fulfill these functions. In this instance, Manitoba Liquor and Lotteries and the Club Regent Event Centre could also be} referred to on a ticketing agent’s web site as the “event provider” or the “event organizer”.
BalasPadam