jualan makanan,

Empat Hari Yang Mengenyangkan Di Nyum Nyum Fest the Curve Mutiara Damansara

Sabtu, Oktober 15, 2022 Mahamahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Apa korang nak buat cuti hujung minggu. Korang lapar? Nak cari pelbagai makana dari dalam dan luar negara. Jom Maha nak bawa korang untuk makan-makan kat Nyum Nyum Fest the Curve yang sedang berlangsung sekarang ini dari 13 hingga 16 Oktober 2022 di the Curve Centre Court. Masih sempat lagi ada dua hari lagi cuti ni. 



Kenapa Maha bawa korang ke sini sebab Maha dan pergi sendiri dan nikmati lebih daripada 12 vendor jualan makanan dan minuman yang lazat lagi viral. Korang tak percaya tengok lah ni ada gerai makanan DAPUR TAKO yang menyajikan Takoyaki pelbagai rasa dan saiz. Jadi Maha beli lah juga Takoyaki Ketam. Kat sini ada juga gerai SUSHIKA iaitu penyedia sushi halal dan telah viral dinikmati serata lapisan masyarakat. Maha sendiri beli tau mereka punya sushi Smoke Cheese Octopus terbaik dalam video Maha tunjuk korang ok.






Baru dua tau Maha bawa lagi korang ker gerai AT CUPCAKE & BAKERY untuk pilihan pelbagai pencuci mulut daripada cupcake sampai kepada kek yang pelbagai hiasan comelnya geram Maha tengok terus rembat lah apa lagi. Jalan lagi sebelah pergi gerai ROTI PAUNG KL yang dah memang terkenal ramai orang cari mereka punya Roti Sisir dan Maha apa lagi rembat satu sebab tahu memang sedap puas hati makan lembut jer rotinya.






Kemudian Maha beli pula minuman yang telah viral kat area Damansara ini iaitu di gerai THE MERCHANT. Kalau korang yang selalu shopping kat area the Curve ini akan nampak satu kedai dalam kontena kat luar laluan antara the Curve nak ker Lotus's tu ada kedai mereka The Merchant. Menyediakan minuman yang pelbagai rasa daripada kopi, teh, juice, sparkling dan macam-macam lagi. Mereka juga ada jual Nachos dan Tacos yang penuh guys. Korang kena cuba ini memang terbaik dan sangat-sangat rekemen pada korang untuk cuba.





Baru sikit ada lagi banyak lagi gerai lain yang ada dalam pesta makanan kat the Curve ini. Kalau korang nak cari makanan seperti TUMIS @ TEAK 5 yang sediakan masakan berkuah seperti Mee Kari, Rendang Daging, Mee Sup dan macam-macam lagi lah. Kemudian ada juga gerai yang sesuai untuk adik-adik mereka jual makanan seperti Corn Dog kat gerai nama CRAZY CHEESE. Cheese dia memang tarik tak putus dan penuh dalam tu puas hati.




Lagi kat gerai HAER BACKEREI yang menjual dessert seperti Tiramisu dan juga Cheese Cake. Ramai suka yang dessert sejuk macam nikan Maha tahu boleh beli kat sini juga. Lepas tu ada lagi CRAFT SPACE yang menjual pelbagai perisa Popcorn. Boleh buat kudapan sambil jalan-jalan kat dalam the Curve ni hehehe. Kalau nak berat lagi korang boleh cuba ni PEDOT LAMB GRILL'S ni memang terbaik. Daging kambing panggang mereka yang rasa sangat sedap lembut dan penuh jus. Habis masuk the Curve tu korang dah bau yang tu dulu terbaik lah bang.





Last but not list antara gerai yang ada dalam Nyum Nyum Fest the Curve ini menarik perhatian Maha adalah gerai AWESOME SNACKS yang menjual pelbagai jenis kuih dan biskut. Rasa dan macam hari-hari hari raya bila lalu kedai akak ni. Juga ada gerai istimewa dari ROYALE CHULAN HOTELS & RESORTS yang jual Nasi Royale Selimut Daging Itam Kai. Nama pun pelik kerana ia adalah resipi istimewa ciptaan chef di hotel ni nak tahu boleh rasa dan cuba. Maha dah beli sangat sedap. Makanan kat sini korang boleh testing dan rasa dulu sebelum beli tak ada masalah mereka semua kat sini sangat ramah dan juga sangat welcoming kata orang putih. Maha sendiri pun ada yang tak beli tapi rasa tetap kena rasa. Jangan bagi tahu orang tau hehehehe.






Best sangat kalau korang datang kat sini sebab bawah satu bumbung semua gerai makanan dan minuman disediakan. Juga kat sini sangat selesa dalam the Curve ada aircond dan tak panas. Kemudian mereka sediakan juga meja makan untuk duduk makan bila dah beli kat semua kedai ni. Juga ada persembahan setiap hari ada ahli muzik akan mainkan lagu untuk korang gituwww. Untung datang hari minggu ni mereka ada demonstrasi masakan daripada Chef Akbar dari Me'nate Steak Hub jam 3.00 petang Sabtu dan Ahad ni lah. 







Korang datang makan kat sini bukan sahaja makan untuk kenyang perut tapi juga boleh menang hadiah baucer. Mana ada orang dah bagi makan nak bagi pula baucer. Kat Nyum Nyum Fest the Curve sahaja tau. Caranya sangat mudah mai Maha ceritakan kat sini. Korang kalau beli walaupun hanya satu air minuman layak untuk mendapatkan satu kupon yang akan diberikan oleh penjual digerai-gerai. Kalau tak dapat korang boleh minta kadang-kadang mereka sibuk layan pelanggan. 




Bila dah dapat kupon tu korang kena scan QR Code yang ada digerai tersebut. Isi borang yang ada dalam tu dan lepas tu boleh pergi kaunter "Concierge" untuk tunjuk bukti pendaftaran dan kupon. Lepas tu boleh buat satu putaran bertuah. Satu kupon dapat satu putaran dan layak untuk dapat satu baucer. Jadi korang kumpullah banyak-banyak kupon dan jangan lupa untuk scan QR Code kat gerai-gerai yang ada. Banyak korang kumpul banyak lah baucer boleh dapat senangkan.




Kemudian ada pula Cabutan Betuah Utama yang membolehkan korang untuk menang hadiah-hadiah hebat seperti percutian 2h1m di Royale Chulan Kuala Lumpur dan juga Royale Chulan Damansara. Juga ada percutian 3h2m di Royale Chulan Cherating dan Royale Chulan Penang. Wow best giler dapat bercuti guyssss.. Apa lagi nak sertai cabutan bertuah utama ini caranya korang perlu ada 5 kupon makanan dari gerai-gerai tadi dan hadir pada 16 Oktober 2022 pukul 5.00 petang untuk menyertai cabutan ini. 




Dah penat Maha cerita macam-macam dapat kat Nyum Nyum Fest the Curve ini. Bukan sahaja perut kenyang balik boleh bawa baucer lagi tak balik tangan kosong. Tak kisah kalau korang nak beli makan kat situ boleh atau juga beli bungkus bawa balik pun boleh tapi pastikan dapatkan kupon dan scan QR Code yang ada kat gerai-gerai tersebut ok. Jom lah masih sempat lagi ni sampai hari Ahad ni boleh bawa keluarga dan juga kawan-kawan lagi meriah. Selamat menjamu selera semua dan selamat membuncitkan perut makan kat situ ok hehehe.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nyum Nyum Fest the Curve hubungi atau layari:
Tel : 03-7710-6868 
Laman web: www.thecurve.com.my 







13 ulasan:

  1. Banyaknya makanan sedap..aduh terliur pula. Kalau pergi sini rasanya tak tahu nak pilih makan apa..haha

    BalasPadam
  2. Nyum yum yummm.. bila food fest gini memang seronok laaa cari makan, pelabagai makanan ada boleh cuba kannn..

    BalasPadam
  3. Seru bangeeeeet acaranya. Serba banyaak makanan pula ternyata. Jadi bingung 😊

    BalasPadam
  4. sejenis yang enjoy food macam bae patut join event macam ni. lambat plak dapat tau. ruginyaaa

    BalasPadam
  5. Seronoknyaaaa uiii makan makan. The Curve ni tempat best. Cuma sepi kan sejak PKP pandemik COVID-19. Tambahan dah takde panggung wayang Cathay. Sedihnya. Ruby suka kawasan Mutiara Damansara ni. Cuma event Nyum Nyum ni kita baru tau. Ko kenyang dah. Kami jilat skrin je la. Hahahaa.

    BalasPadam
  6. Bestnya festival macam ni. Banyak makan-makan, dan harapnya banyak food tester juga!

    BalasPadam
  7. Paling best tau kalau ada food festival, boleh jumpa macam-macam jenis makanan. Tapi tu la, bahaya bagi yang sedang on diets..haha

    BalasPadam
  8. Wowo.....macam best this food fest to enjoy, so many varieties. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  9. Memang best kan! i pergi on weekend pun sangat meriah and the food semua sedap sedap

    BalasPadam
  10. Pergh! Terbaik la food fest ni, banyak sangat pilihan and bukan biasa2 la! We need more like this

    BalasPadam
  11. so happening kat the Curve Centre Court ni! They should do more events like this kan

    BalasPadam
  12. Best tu pg minum n makan2 kat the curve, the merchant tu anak kak punya, nti kena pg jgk tgk n mkn2

    BalasPadam
  13. wow can't believe there is a whole food bazaar at the curve! cannot wait to make a trip there for Pedot Lamb Grill's!

    BalasPadam