Alam Semulajadi,
Lima Lokasi Aktiviti Bersama Alam Semulajadi Wajib Dilakukan Bila Berkunjung Ke Kampar Perak
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Malaysia ni kaya dengan tempat percutian dalam negara yang indah dan banyak kita belum terokai. Seperti mana Bandar Kampar yang teletak Selatan Negeri Perak dalam petanya masih banyak tempat lagi yang boleh dikunjungi. Terutamanya tempat yang berkaitan dengan keindahan alam semulajadi. Selain daripada gua dan juga air sungai yang masih indah terpelihara ada juga tempat yang dicipta berunsur alam semulajadi untuk dijadikan tarikan menarik di sini.
Kenapa Maha bercerita tentang Kampar Perak ni, walaupun ia bukan kampung asal Maha tapi ia adalah lokasi yang pertama kali Maha jejaki kaki dan tahu banyak tempat best kat sini rupanya. Manusia dan alam semulajadi tidak boleh dipisahkan. Kat sinilah boleh buat pelbagai aktiviti lasak dan menguji ketahanan fizikal dan mental bersama alam semulajadi. Contoh seperti menerokai gua batu kapur paling besar di semenanjung Malaysia dan juga berakit dijeram sungai yang mencabar. Nak tahu apa yang Maha buat sepanjang berada di Kampar jom baca posting ni sampai habis.
Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Bandar Kampar mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit melalui PLUS. Sampai sahaja kat Kampar Maha bermalam di hotel yang juga menjadi mercu tanda di bandar ini iaitu Hotel Grand Kampar. Sikit perkongsian tentang hotel ini, Grand Kampar Hotel adalah hotel bertaraf 3 bintang dengan konsep seni bina Sepanyol. Dari jauh boleh nampak kubah yang besar dan bentuk yang gah di tengah-tengah Bandar Baru Kampar.
Hotel ni ada lebih kurang 155 bilik pelbagai saiz dan juga keperluang untuk pengunjung yang bermalam di sini. Juga kat sini korang boleh nikmati makanan sedap dan enak mereka di GK Cafe yang terletak di ruang lobby hotel. Makanan bukan sahaja sedap tapi banyak isinya memang kenyang. Disediakan sekali dengan sarapan pagi untuk penginapan di sini. Oklah sikit jer pasal hotel sebab Maha nak cerita pulak tempat menarik yang boleh buat pelbagai aktiviti lasak dengan alam semulajadi di Kampar. Jom kita mulakan.
Menerokai Gua Tempurung Gopeng
Ramai orang salah tanggap bahawa Gopeng berada di bawah daerah Ipoh kerana ia berdekatan dengan ibu negeri Perak ini. Tapi sebenarnya Gopeng adalah satu mukim di daerah Kampar. Seperti juga yang ada di sana iaitu tempat paling popular dikenali ramai iaitu Gua Tempurung. Ini pertama kali Maha jejak kaki kat gua ini dan satu cabaran untuk orang bersaiz comel macam Maha nak masuk terokai gua yang pajang 1.9km dan tinggi 578meter yang berusia lebih 400juta tahun dahulu.
Maha cabar diri juga untuk meneruskan perjalanan masuk ke dalam gua ini. Mengikut pada pemandu gua kami hari tu, ia diberi nama Gua Tempurung kerana pada puncak gua nampak seperti bentuk tempurung kelapa. Ia juga mempunyai satu pintu utama dan satu salur udara sahaja masuk kedalam dua. Perjalanan untuk habiskan seluruh gua mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam.
Bestnya kat sini laluan perjalan kaki telah disediakan dan juga ada sebanyak 1500 anak tangga yang perlu kami lalui dalam tu sebelum sampai kebahagia dalam gua. Kat sini ada empat pakej perjalanan iaitu ada yang kering sahaja dan juga ada yang kering dan basah. Kami lalui perjalanan kering dan basah yang dibawa sampai kedalam gua yang gelap tanpa ada sebarang cahaya masuk. Memang kalau ikutkan penat dan banyak platform yang Maha terpaksa rehat. Tapi sebab teruja sangat ia menjadi semangat yang membuak-buak untuk habiskan perjalanan ini.
Sambil jalan kami akan berhenti di beberapa check point untuk diberi penerangan oleh pemandu gua. Sebelum tahun 1935 gua ini antara tempat perlombongan biji timah secara kecil-kecilan. Juga ia pernah dijadikan tempat perlindungan orang kampung dan komunis daripada tentera musuh. Sebab boleh lihat ada beberapa tinggalan barangan yang digunakan orang dulu dalam gua serta juga lukisan yang asal pada dinding gua ini.
Lepas lalu perjalanan kering kami masuk pula bahagian basah yang ada anak sungai sepanjang 1.6km dalam gua. Ini sangat mencabar kerana kami perlu melalui kawasan yang rendah dan menerap untuk melaluinya dengan penuh air. Habis basah baju dan seluruh pakaian tapi puas hati. Masa tu dah tak ada cahaya hanya berharap pada cahaya lampu suluh didahi dan juga penduan dari rakan-rakan. Jadi kena masuk beramai-ramai baru best dan boleh kerjasama untuk saling bantu membantu.
Walaupun penat dan lencun basah kami tetap happy gelak ketawa lagi. Tapi faktor keselamatan perlu sentiasa dijaga walaupun dalam suka. Akhinrya Alhamdulillah Maha berjaya juga menamatkan perjalanan dan keluar gua ini dalam tempoh perjalanan lebih kurang 4 jam. Korang digalakkan untuk masuh pagi lebih semangat dan juga masuk waktu hari tidak hujan. Kalau hujang banyak kawasan tidak boleh dilalui dipenuhi air. Ini satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan kalau ada peluang nak datang lagi. Korang yang tak pernah masuk gua boleh cuba dengan Gua Tempurung ini ia nampak mudah tapi sangat mencabar.
Bergambar Di Gua Kandu
Selain daripada Gua Tempurung kat area sini juga ada satu lagi gua yang korang boleh datang untuk melihat keindahan alam semulajadi. Ia adalah Gua Kandu yang terletak bersebelahan dengan Gua Tempurung. Tapi ia berbeza kerana gua ini tidak dijadikan kawasan untuk terokai atau masuk ke dalam walaupun boleh. Ia lebih kepada gua untuk bergambar dan juga melihat keindahan dari dalam pintu gua sahaja.
Gua Kandu adalah gua ketujuh terpanjang di semenanjung Malaysia iaitu sepanjang 1100 meter. Gua sini merangkumi perbukitan batu kapur dengan morfologi kars yang menarik. Batu kapur di gua ini telah termetamorf dan berubah menjadi mamar akibat rejahan batuan garanit.
Gua ini diangarkan berusia 417 sehingga 280 juta tahun dahulu dan dikatakan menjadi tempat penginapan dan persembunyian para komunis masa dahulu. Gua Kandu dan Gua Tempurung disenarai dalam salah satu Geotapak Geopark Lembah Kinta. Kami datang Gua Kandu untuk bergambar sahaja dan tidak masuk ke dalam.
White Water Rafting Di Jeram Sungai Kampar
Ini adalah salah satu aktiviti lasak yang kami lakukan di Kampar Perak iaitu White Water Rafting. Ramai orang suka dan juga tidak sangka kat Kampar ada aktiviti menarik macam ni. Aktiviti water rafting ini dilakukan dengan team dan instructor profesional dari Reverbug. Mereka mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun untuk melakukan aktiviti water rafting pelbagai level.
Sampai kat kem Reverbug tu terus daftar untuk buat aktiviti air ini dan juga mengambil segala persiapan keperluan sebelum diberikan taklimat oleh instructor mereka. Semua ahli dibawa menaiki lori untuk sampai ke kawasan puncak permulaan aktiviti water rafting yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan.
Selepas tu diberikan taklimat oleh instructor yang ada dengan teliti terutama taklimat keselamatan dan juga bagaimana arahan yang akan diberikan ketika berada atas boat dan juga sepanjang perjalanan. Water rafting kali ini melalui lebih kurang 5km Sungai Kampar dengan 14 buah jeram yang dilabelkan dengan tahap I hingga III. Sangat mencabara lah juga walaupun nampak air sungai tenang sahaja tapi banyak batuan kat sini.
Aktiviti water rafting ini lebih kepada mendidik untuk kita mendengar arahan dan juga berkerjasama sepasukan untuk memastikan bahawa rakit tidak sangkut dan perjalanan yang selamat. Penat tu memang tidak boleh dinafikan tapi keseronokkan mengatasi segalanya bagi kami yang sesetengah pertama kali buat aktiviti ini. Best dan juga korang kalau datang boleh contact Reverbug untuk mendapat khidmat mereka yang profesional.
Ladang Teh Gaharu Yang Menghijau
Ini satu lagi aktiviti yang berkait rapat dengan flora dan fauna. Walaupun ia bukanlah hutan semulajadi tapi ladang yang telah mula dibangunkan pada tahun 1992 dengan hanya sebanyak 200 batang pokok Gaharu sahaja. Kini terlah mula membesar kepada tanah seluas 300 ekar dengan ada lebih kurang 200 ribu batang pokok Gaharu. Ini lah yang dipanggil Gaharu Tea Valley atau Ladang Teh Gaharu Gopeng.
Kalau kita tahu Pokok Gaharu ini orang selalu gunakan untuk menghasil minyak wangi daripada batangnya. Tapi kat ladang ini ia telah banyak membuat kajian dan menghasilkan produk hiliran keluarang dari pokok Gaharu seperti produk minuman teh, produk kesihatan dan kecantikan atau kosmetik. Juga produk makanan daripada rasa Gaharu yang agak kelat dan juga banyak khasiat dan vitamin didalamnya.
Lokasi ladang ini hanya 3km daripada pekan Gopeng dan hanya RM10 tiket masuk untuk dewasa dan RM5 untuk tiket masuk bagi kanak-kanak. Dalam ni kita akan dibawa menaiki van yang disediakan untuk pergi ke beberapa checkpoint yang telah ada seperti checkpoint pertama View Stage di mana kat sini korang dapat melihat keseluruhan ladang pada kawasan tinggi dipinggir bukit. Sambil tu boleh nikmati minuman teh atau kopi dari pokok Gaharu. Cantik pemandangan kat sini kalau datang tenang nampak hijau sahaja.
Lepas tu dibawa pula ke lokasi kedua iaitu checkpoint Hugging Park dimana kat sini ada beberapa pokok yang dilukis dengan lukisan menarik dan kita boleh bergambar OOTD dengan pokok dan sambil memeluk pokok Gaharu yang ada. Sangat sesuai buat yang suka bergambar kat area ini penuh Instagram korang kalau bergambar kat Ladang Gaharu ini.
Last sekali akan dibawa kepada checkpoint ketiga iaitu Love's Park di mana kat sini dikatakan ada sebatang pokok yang kelihatan seperti pasangan kekasih sedang menari dan berpelukan antara satu sama lain. Sesuai juga untuk bergambar dan menghabiskan masa menghirup udara segara. Cuma siapa tak tahan akan nyamuk kat sini ada banyak, jadi pakailah insect repellent. Satu jam juga korang akan berada dalam ladang Gaharu ini memang best jarang masuk ladang besar macam ni.
West Lake @ Kampar
Ia adalah kawasan tasik buatan hasil daripada tinggalan pelombongan biji timah yang satu masa dulu merupakan sumber utama di kawasan ini. Ia lebih kepada tasik kawasan riadah yang direka bentuk modern dan cantik. Kawasan sekitar tasik selalu orang jadikan tempat untuk berjoging dan juga riadah bersama keluarga.
Water Lake @ Kampar ni luas juga dan ada juga sesuai untuk orang bergambar dan para kaki pancing sini boleh pancing Maha tengok ramai datang bawa pancing sendiri. Ia kawasan tasik yang terbuka sesiapa boleh datang masuk kerana percuma jer. Tasik ini dibangunkan oleh pemaju perumahan berhampiran untuk ada kawasan riadah dan aktiviti pemilik perumah di situ.
Buat jurugambar amatur dan juga selalu juga orang jadikan kawasan untuk photo wedding. Maha datang tengok tasik ni rasa tenang jer. Alam dan manusia tidak boleh dipisahkan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi tanggungjawab kita untuk memulihara dan juga terus mengekalkan untuk generasi akan datang.
Jadi inilah lima lokasi alam semulajadi yang wajib korang datang kunjungi dan buat aktiviti yang disediakan bila berada di Kampar. So tak akan bosan lah bila korang datang ke Kampar kalau ada tugasan kerja atau memang sahaja nak jalan-jalan kat sini. Next posting Maha nak kongsikan puak tempat bersejarah yang ada di sekitar Kampar. Ini sangat menarik dan korang kena baca sampai habis sebab ada yang tak pernah diketahui ramai lagi ok.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Kampar boleh jer pergi ke laman Instagram https://www.instagram.com/beyoutiful_kampar atau ker laman sesawang Majlis Daerah Kampar https://www.mdkampar.gov.my
#beYoutifulKampar #TravelPerakLah #TravelKamparLah #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia
0 Pandangan: