Beyoutiful Kampar,

Lima Lokasi Bersejarah Yang Terdapat Di Kampar Perak Kena Ambil Tahu

Rabu, Oktober 12, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebelum ini Maha ada kongsi lokasi yang korang boleh buat aktiviti lasak bersama alam semulajadi di daerah Kampar Perak. Kalau nak tahu boleh baca posting tu kat link sini. Kali ni Maha nak kongsikan lokasi tempat bersejarah pula yang terdapat di Kampar yang sebenarnya ramai orang tidak tahu. Mungkin juga ada anak jati Kampar pun tak tahu inikan pula Maha yang baru pertama kali sampai kat sana. 



Kat Kampar ni ada juga beberapa muzium yang menarik kalau nak tahu banyak tentang sejarah Kampar dan juga beberapa mukim di dalamnya seperti Gopeng. Korang tahu tak sebelum ini nama Gopeng disebut sebagai Mopeng. Kenapa? nanti Maha kongsikan kat posting ini. Tapi sebelum tu Maha nak bawa korang makan-makan kat satu kedai yang dah viral iaitu Restoran Iqa Corner Nasi Wanggey Malim Nawar. Mungkin ramai tahu tempat ni sebab masa Maha pergi pun penuh berbaris orang.



Kat sini popular adalah mereka punya Nasi Wanggey atau ada orang panggil Nasi Kandar. Memang kuah yang pekat dan pelbagai pilihan dengan lauk pauk yang sedap. Makan tu orang kata kalau cuci tangan masih tak hilang bau karinya memang pekat melekat. Juga yang menjadi pilihan ramai adalah Kari Kepala Ikan bersaiz gergasi ini.






Menurut Kak Ge iaitu pemilik restoran ini mereka memang dapatkan bekalan kepala ikan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran dan memastikan rasanya padu. Maha makan sekali kat situ pun terus jatuh cinta nak kena datang lagi makan bila lalu area sini. Selain daripada Nasi Kandar ada juga menu-menu lain kat sini yang ramai orang suka seperti Mee Kari, Laksa, Nasi Briyani dan macam-macam lah.





So jangan kata kat Kampar tak ada kedai makan viral ok korang boleh tengok kalau datang lewat mungkin lauk dah habis. Kalau datang time pick hour ramai orang bebaris kena tunggu turn. Kedai buka dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan tutup pada hari Sabtu. Tapi puas hati makan sini harga pun baik punya. Ok lah kita pergi pula matlamat utama iaitu mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang ada dalam daerah Kampar ini ok. Jom lest go. 

Muzium Gopeng


Pertama sekali Maha nak kongsi adalah Muzium Gopeng yang dari luar korang tak akan perasa ia sebuah muzium. Ia lebih kepada muzium milik sendiri yang diusahakan oleh keluarga yang berasal dari Gopeng. Berada kat deret kedai kayu lama jer kalau tak perasan papan tanda korang akan terlepas. Dulu deret kedai itu adalah kandang kuda zaman penjajah dulu. 






Di sini terletaknya banyak sangat barang sejarah dan juga barangan antik yang dimiliki dan juga didapati daripada masyarakat setempat yang menyimpannya. Juga kat dalam muzium ini kita boleh nampak susunan gambar sejarah perubahan dari tahun ke tahun pekan Gopeng. Dulu orang lama panggil ia Mopeng iaitu nama sepena dengan seorang pengusaha biji timah yang membuka pekan ini. Kemudian kerajaan negeri menukarkannya dengan nama Gopeng bagi komersial.




Kat situ juga ada dipamerkan barangan tinggalan lama yang digunakan zaman dulu untuk melombong biji timah. Sebab banyak pedagang dan pekerja dari china yang dibawa masuk ke sini untuk mengusahakan pelombongan itu. Kini ia telah lama ditutup kerana kehabisan sumber dan juga bahan biji timah yang dilombong. Maka segalanya tinggal sejarah.




Nak kunjungi muzium ini buka setiap hari dan tak silap tiada bayaran dikenakan kerana ia adalah salah tempat untuk generasi muda buat kajian dan mengenali sejarah Gopeng secara khusus. Harap ia akan terus dikekalkan selamanya kerana sejarah tidak mungkin berulang lagi. 

Muzium Pelombongan Biji Timah Kinta


Ini adalah salah satu muzium yang dibina untuk mencerikan segalanya lebih detail tentang pengusahaan pelombongan biji timah di kawasan Kinta yang pernah masyur satu masa dulu. Muzium ini terletak di tengah Bandar Baru Kampar sebelah dengan Pasaraya Econsave kalau tengok sekali imbas tak perasan pun ia adalah muzium.




Nak masuk muzium ini kena bayar iaitu RM5 untuk dewasa dan juga RM2 untuk kanak-kanak. Muzium ini besar dan lebih tersusun kemas kerana dijaga. Dari luar muzium dan nampak pelbagai peralatan dan mesin yang pernah digunakan zaman dulu kala untuk melombong biji timah. Juga ada replika patung yang sedang mendulang timah dengan cara tradisional.





Masuk dalam boleh lihat pula bagaimana perubahan cara pelombongan tradisional kepada yang lebih maju sikit dengan menggunakan jentera dan mesin. Juga nampak lubang yang digali sangat dalam dan besar serta hasil diangkut dengan menggunakan kenderaan besar. Tahu tak korang macam mana terjumpanya timah di kawasan Kinta ini.




Dulu ada seekor gajah diberi nama Larut peliharaan Long Jaafar lari daripada jagaan dan gajah tu dijumpai sedang berkubang dalam satu kawasan paya. Selepas berkubang terkeluar dipermukaan paya biji timah yang ada di dalamnya maka Long Jaafar yang telah mengusahakan perlombongan biji timah disitu dan kawasan tu diberi nama Larut sempena dengan nama gajah peliharaannya itu. Baguskan datang kat tempat macam ni kita tahu juga tentang sejarah. 

Paip Besar Gopeng


Ini satu lagi berkaitan dengan sejarah perlombongan biji timah juga. Kalau korang lalu jalan utama Ipoh ke Kampar korang akan nampak satu pair besar ditepi jalan. Itu adalah hanya sebahagian paip yang digunakan untuk menyambung saluran air dari Ulu Geruntum dan Ulu Gerah ke kawasan perlombongan biji timah di Gopeng. Paip itu dipasang pada tahun 1908 dan mengalami penambahan dari satu paip kepada dua paip kerana permintaan perusahaan biji timah yang meningkat sejak tahun 1919





Panjang kesuluruhan paip ini dulu adalah lebih kurang 15km dan berdiameter 30inchi. Besar tu memang boleh masuk orang dalamnya hehehe. Setelah tahun 2010 batang paip dan penyokongnya telah dirobohkan kerana struktuk asal sudah tidak kukuh dan membahayakan pengguna jalan raya di situ. Makan kini tinggal sejarah separuh sahaja paip itu yang dikekalkan bagi mengingati tentang sejarah besar di Gopeng dalam perusahaan biji timah. 

Menara Jam Kampar


Kalau korang perasan tengah Bandar Kampar di persimpangan lampu isyarat Jalan Gopeng dan Jalan Stesen berhampiran dengan Ibu Perjabat Polis Kampar ada terletaknya Menara Jam Kemerdekaan yang telah dibina sejak tahun 1960 masa tu Maha tak lahir lagi. Menara jam siap pada tahun 2 bulan selepas dibina dan jam dipasang pada tahun 1961 dan dirasmikan pada tahun 1962.






Menara tu kalau korang tengok dari dekat ia berbentuk segitiga dan mempunyai jam disetiap penjurunya. Jam itu pula akan berbunyi tepat setiap waktu. Kini kawasan tu telah diperindah lagi dan dijaga di bawah MDK. Kalau nak bergambar dengan menara tu boleh park kat kawasan lapang seberang jalan menara tu jangan parking tepi jalan sudah lah.

Arca Mendulang 


Satu lagi tanda yang menceritakan tentang besarnya perusahan pelombongan biji timah di Kampar Perak ini. Maka pada tahun 1993-1994 telah dibina sebuah arca besar di kawasan Bulatan Muhibbah berhadapan dengan Ib Pejabat Polis Kampar. Idea reka bentuk arca mendulang ini dibuat oleh Prof. Madya Dr. Ariffin bin Mohd Ismail dari Falkuti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam.





Dibina dengan menggunakan logam tembaga yang membentuk figura manusia sedang melakukan kerja mendulang. Itu melambangkan bahawa di Perak biji timah paling megar satu masa dahulu. Kalau nak bergambar boleh ambil dari jauh tidak digalakkan untuk pergi menghampiri arca kerana kawasan tengah bulatan jalan. 

Bandar Agacia 


Ini bukanlah bandar tinggalan sejarah tapi tak mustahil 50 tahun mendatang lagi ia akan jadi sejarah. Dulu bandar ini pernah digelar dengan nama Mini Disney Malaysia kerana reka bentuk bangungan kedai tiga tingkat yang di reka seperti sebuah bandar Eropah dan cat warna pastel pada dinding bangunan tersebut. Tarikan utama di sini adalah sebagai lokasi untuk bergambar kerana keunikan bangunan dan warna yang di gunakan. 








Maha pertama kali datang sini pun rasa bagaikan sebuah pekan kecil luar negara yang sangat cantik. Tapi sayang kawasan masih belum dipenuhi dengan peniaga kat seluruh kedai. Juga hampir terbiar dan ada yang sudah mula usang dimamah waktu dan mengalami kerosakkan. Harap terus dijaga dan dikekalkan kerana ia satu daya tarikan menarik yang ada di Bandar Kampar ni.



Itu lah dia ada lima lokasi sejarah termasuk muzium dan juga satu ni adalah bandar baharu tapi terbiar dah macam pra sejarah hehehe. Apa pun kat Kampar ni banyak yang menarik boleh diabadikan dalam diari photo bila berkunjung ke sini. Kalau korang rasa nak tahu lagi menariknya Kampar boleh layari laman Istagram https://www.instagram.com/beyoutiful_kampar dan juga laman sesawang Majlis Daerah Kampar https://www.mdkampar.gov.my.

#beYoutifulKampar #TravelPerakLah #TravelKamparLah #CutiCutiMalaysia #MalaysiaTrulyAsia








2 ulasan:

  1. Assalam En. Mahamahu, terlupa nak masukkan tempat ke-6 yang menarik di Kampar. Tempat ni saya panggil the "last stand" ada juga orang panggil nama lain. Ianya menjadi tempat pertempuran di antara tentera Jepun dan British dengan askar benggalinya selama 3 hari. Lebih 200 nyawa terkorban di tempat ini. Tempat ni letaknya tepi jalan bersebelahan kilang amang. Tak jauh daripada lotus kampar.
    Masih ada tinggal kesan-kesan pertempuran, rugi kalau tak singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tuan atas pendapat dan juga cadangan ni.. mungkin boleh diajukan kepada pihak MDK tentang tempat sejarah ini.. Terima kasih banyak2 tuan...

      Padam