Datin Pafuka Eina Azman,

MAGGI SAH Malaysia! Membawakan Masakan MAGGI Paling Viral Setelah 51 Tahun Di Malaysia

Jumaat, Oktober 21, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Rupanya diam tak diam MAGGI yang korang selalu makan waktu tengah malam kalau lapar atau juga buat MAGGI goreng tu telah mengeyangkan perut rakyat Malaysia 51 tahun sejak dari 1971 lagi. Sebab itu kalau semua mee segara kita akan panggil MAGGI walaupun ia jenama lain kerana bagi kita MAGGI tu dah sebati dengan jiwa rakyat Malaysia.



Maha sendiri sebagai salah seorang peminat MAGGI walaupun tak makan selalu tapi ia menjadi sebagai menu penyelamat ketika waktu kecemasan tengah malam tau malas nak masak yang berat-berat. MAGGI daripada semangkuk mi Sup MAGGI yang lazat di rumah kepada sepinggan MAGGI Mi Goreng di restoran. Semua orang tahu dan juga suka.



Ini kerana pada hari ini Maggi menyambut 51 tahun di Malaysia dengan kempen MAGGI SAH Malaysia!, yang diadakan di Lanai Matic Jalan Ampang. Acara secara besar-besaran ini telah masuk tahun ketiga penganjurannya. Acara meriah ini dirasmikan oleh Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestle (Malaysia) Berhad dan turut sama Mr Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) serta Mr Chew Soi Ping, Executive Director of Sales of Nestle Malaysia dan Singapura, juga Madam Yit Woon Lai, Business Executive Officer of Nestle Professional Business Division.



Ia bermula daripada program televisyen Kembara DuniaKu MAGGI, SAH Malaysia! travelog yang dihoskan oleh Duta MAGGI Sis Sheila Rusly, Duta MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan Duta MAGGI Pedas Giler MK K-Clique. Kalau korang tonton program ini di televisyen MAGGI telah menjejaki 12 warung dan kedai makan tempatan di seluruh negara untuk mendapatkan resipi MAGGI viral mereka. Pengendali makanan ini telah diberikan MAGGI SAH Malaysia! plak pada acara kemuncak hari ini sebagai pengiktirafan terhadap hidangan MAGGI mereka yang diiktiraf oleh rakyat Malaysia.





Resipi viral ini seterusnya memberi inspirasi kepada pengusaha makanan lain untuk menghantar resipi MAGGI kreatif mereka sendiri melalui cabaran dalam talian ResipiKu KreaktifKu. 8 finalis hari ini bertanding untuk hadiah wang tunai berjumlah RM10,000. MAGGI SAH Malaysia! Kempen ini juga meraikan kreativiti peminat MAGGI melalui cabaran ResipiKu DuniaKu, yang memuncak pada sesi memasak "secara langsung" hari ini di mana 12 finalis pengguna bersaing untuk tiga Hadiah Utama berjumlah RM5,000 hadiah wang tunai.





Majlis besar-besaran dan meriah ini juga turut diadakan pelbagai aktiviti menarik seharian. Ada menyediakan gerai makanan pelbagai makanan lokal. Juga ada gerai yang mengilhamkan makanan tempatan berasaskan MAGGI seperti gerai MAGGI Goreng Asli, gerai MAGGI celup, gerai Murtabak MAGGI dan juga gerai Satay Kajang yang popular tu. Juga ada persembahan daripada artis tempatan bagi memeriahkan lagi majlis.





Juga turut sama menjaya MAGGI SAH Malaysia! kali ini adalah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai mengiktiraf sumbangan dan usaha mereka dalam mengawal selia dan menggiatkan semula perniagaan pengusaha makanan di Malaysia dalam normal baharu. 

Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI SAH Malaysia! kempen, boleh layari https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/maggi-sah-malaysia/.







0 Pandangan: